Tuesday, 2 March 2010

Bab 9

Sejak kejadian petang tadi aku lebih banyak berada di dalam bilik. Aku tahu Umi tentu risau akan dirinya. Dalam masa dua hari ni banyak benda yang berlaku pada dirinya. Kehadiran Fuad dan Hazrul.

Aku duduk bersandar di atas katil sambil merenung kembali gambarku bersama Hazrul. Dia adalah cinta pertamaku. Dialah lelaki yang membuat aku merasa apa itu cinta tetapi dia jugalah lelaki yang akhirnya melukaiku. Aku ingin melupakannya tapi aku tidak terdaya. Terlalu berat untuk aku buang dirinya di dalam mindaku.

Tiba-tiba pintuku di ketuk, wajah Umi yang muncul di muka pintu bersama Nina. Aku menyembunyikan gambar itu di belakangku.

"Nina? Kenapa Nina datang? Nina datang dengan siapa??" Aku bertanya dengan nada yang biasa seperti tidak ada apa-apa yang berlaku. Mereka duduk berhadapan denganku. Umi seakan tahu aku ada menyorok barang, sepantas itu Umi mencarinya. Aku memandang Umi, Umi mengeluh.

"Umi tahu Ira tidak dapat lupakan Hazrul. Tapi Ira kena juga lupakan dia sebab Ira dah ada Fuad sekarang. Kasihan dia. Risaukan Ira. Tadi dia banyak kali telefon sini tanya Ira.Tu, sekarang dia ada kat bawah." Aku tunduk.

Tiba-tiba handphoneku berbunyi. Nama Alya yang tertera. Aku sepantas itu mengangkatnya.

"Ira, aku ada kat luar sekarang. Cepat buka ...." Aku memotong ayatnya.

"Jadilah. Apa pula tak jadi nak keluar. Aku turun sekarang." Aku bingkas bangun dan berlari turun ke bawah dengan handphone masih di telingaku. Umi dan Nina terkejut melihat reaksi spontanku itu. Mereka mengikutiku dari belakang.

"Lah kau cakap apa ni? Nak kemana? Kenapa dengan kau? Kau lari?"

"Tunggu kat kereta." Aku pantas mematikan talian. Sewaktu aku melintas di ruang tamu, aku ternampak Fuad duduk. Melihat saja diriku dia pantas berdiri dan menarik tanganku.

"Nak ke mana?" Tanyanya. Aku menarik tanganku kasar.

"Nak keluar." Balasku sambil berlalu pergi tapi Fuad menarik kembali tanganku.

"Keluar dengan siapa?" Tanyanya tegas.

"Dengan Alya la. Kawan Ira. Lepas tangan Ira!" Marahku. Fuad melepaskannya.

"Ira nak pergi mana?" Tanyanya dengan nada yang lembut, tidak seperti tadi, tegas.

"Tak payah Fuad nak tahu!"

"Jumpa Hazrul?" Tanya Fuad lagi. Aku memandangnya. Aku tidak menyangka Fuad akan menyebut nama lelaki itu.

"Tengok baju Ira! Takkan Ira nak keluar dengan pakaian rumah ni. Fikirlah!" Emosiku menjadi-jadi. Aku malas hendak melayan Fuad, sepantas itu aku keluar dan masuk ke kereta Alya. Fuad memandang kepergianku.

"Kita nak kemana?" Tanya Alya yang kebingungan.

"Bawa je kemana-mana. Please!" Alya seakan mengerti kegusaran kawan baiknya itu, dia mengikut saja apa kata kawannya itu.

No comments:

Post a Comment