Saturday, 6 March 2010

Bab 23

“Abang tak patut jerit kat Kak Ira begitu! Abang betul-betul melampau. Kalau nak marah, marah je, jangan sampai nak jerit-jerit! Kak Julia pun Abang tak pernah nak jerit macam tu, sedangkan Kak Julia lagi kejam menyakiti Abang. Inikan Kak Ira!" Marah Nina dengan tiba-tiba. Fuad tidak memberikan apa-apa reaksi. Mereka semua terkaku dan tidak menyangka Nina akan berani menyebut nama perempuan itu. Selama ini tidak ada seorang pun mengungkit masa silam Fuad.

"Nina! Sabar!" Hajah Sharifah keluar menyabarkan anak perempuannya, risau pula anak lelakinya mengamuk pula. Iskandar menarik Adik saudaranya masuk ke dalam rumah. Hajah Sharifah menghampiri Fuad dan menyabarkan anak lelaki itu pula.

“Nina ni cari nahas. Kan Abang Fuad tidak suka nama Julia di sebut-sebut. Nina ni betul-betul buat Abang risau. Kalau Abang Fuad mengamuk macam mana? Habis satu rumah ni pula.”

“Nina tak dapat nak control marah Nina tadi. Kasihan Kak Ira Bang.”

“Biarlah dengan perempuan tu. Dia dah sakitkan hati Abang Fuad. Buat apa nak kasihan kan dia.”

“Abang! Nina perempuan! Nina boleh rasa apa yang Kak Ira rasa. Kak Ira sebenarnya sayangkan Abang Fuad! Dan Nina pasti dengan kata-kata Nina, Abang juga sayangakan Kaka Ira. Kita tak tahu apa yang sebenarnya berlaku antara Kak Ira dengan Hazrul hari itu. Kita cuma nampak je tapi tak tahu apa sebenarnya berlaku sebalik kejadian itu.”

“Apa bukti Nina kata begitu? Ada?”

“Nina perempuan Bang. Nina boleh faham. Tadi, tengok Kak Ira pandang Abang, Nina boleh rasakan. Kalau tak, kenapa Kak Ira sanggup nak datang nak terangkan apa yang berlaku tapi Abang Fuad.. Langsung tak beri Kak Ira peluang untuk cakap. Abang tengok Abang Fuad, bila Nina sebut nama Kak Julia, Abang tak beri apa-apa reaksi, seperti selalunya Abang Fuad tentu marah bila sebut nama Kak Julia tapi kini tidak lagi kan.Nina tahu Abang dah maafkan masa silam dia kerna hati Abang sudah ada Kak Ira! Boleh Abang Fahm itu? Kenapalah lelaki bengang sangat nak faham hati perempuan. Asyik-asyik perempuan jua nak fahamkan lelaki. ” Iskandar diam. Memang ada benarnya kata-kata adik saudaranys itu, melihat renungan mata gadis itu ketika memandang Abang sepupunya, dia turut boleh merasakan perasaan itu. Dan yang lebih pasti Abangnya sememangnya sudah jatuh cinta dengan gadis itu.

Dia teringat kata-kata Abang sepupunya itu tempoh hari.

“Sakit hati Abang Nina.”

Iskandar memandang Abang sepupunya di luar rumah, jelas tepancar di mukanya wajah gelisah. Sekejap-sekejap mengusap mukanya seperti menyesal. Pada awalnya Iskandar tidak percaya apa yang berlaku, Abang sepupunya yang playboy kini sudah kembali ke asal. Serius mencintai sesorang. Seperti mencintai Julia dahulu. Tapi kali ini jauh berbeza dengan Julia. Waktu Julia meninggalkannya, Fuad tidak berperangai begini tapi pada gadis itu rangsangan hatinya terlalu kuat sampai Fuad tidak dapat control akan dirinya.

“YA ALLAH! Mama, apa yang Fuad lakukan ni? Fuad dah berlaku kejam pada Ira. Fuad tak patut jerit dia macam tu.” Fuad merasa kesal dengan kata-katanya tadi. Sepantas itu juga dia berlari hendak mengejar gadis itu tetapi belum sempat Fuad hendak masuk kereta, sebuah kereta masuk ke pekarangan rumah mereka, sesorang telah muncul. Fuad tidak menyangka dengan apa yang di lihatnya sekarang. Julia! Nina dan Iskandar turut terkejut melihat kemunculan Julia kembali.

Nina memandang Iskandar.

“Kita baru je sebut nama dia, dia dah muncul semula. Bang, macam mana ni?” Nina berkata pada Iskandar. Iskandar menjugkit bahu tanda tidak tahu. Dia juga bingung.

“Fuad!" Julia menghampiri Fuad. Fuad masih lagi terkaku.

"Fuad! i miss you sayang." kata Julia lagi terus saja dia memeluk kuat Fuad. Fuad tidak memberikan apa-apa reaksi.

Julia merasakan tiada respon dari Fuad, sepantas itu dia melepaskan pelukannya. Julia memandang lelaki di depanya sekarang.

"Sayang tidak happy tengok Jue pulang ke?" Tanya Julia manja. Julia memegang lengan Fuad. Fuad menariknya.

"Buat apa Jue pulang? Kan kita tidak apa-apa lagi. Dua tahun lalu Jue sendiri memutuskan pertunangan kita di sebabkan lelaki lain." Balas Fuad.

"Jue tahu Jue sudah membuat kesalahan besar. Maafkan Jue! Jue masih cintakan Fuad. Dan Jue tahu Fuad juga masih sayangkan Jue kan."

“Meluat aku!” Kata Nina dalam hati.

Selama ini, kisah silamnya di simpannya. Fuad tidak mahu mengingatkan kembali pada bekas tunangnya ini. Dia ingin hidup bebas dari kederitaan. Masa silamnya yang selama ini di elak sudah jadi tidak ada apa-apa lagi pada dirinya kerana dia sudah memaafkan masa silamnya dan menerima masanya sekarang iaitu Ira!

“Jue, maafkan Fuad!” Balas Fuad. Fuad hendak berlalu pergi tetapi Julia menghalang.

“Tapi kenapa? Sekejap itu Fuad lupakan Jue?”

“Sekejap? Dua tahun Jue, dua tahun! Bukan senang Fuad nak lupakan apa yang berlaku antara kita tapi kehadiran sesorang buat Fuad merasa cinta itu lagi. Fuad betul-betul serius dengannya. Fuad cintakan dia! Dan kali ini, walau macam mana pun Fuad tidak akan lepaskan dia dengan mana-mana lelaki lain walau apapun yang terjadi. Itu janji Fuad!. Maafkan Fuad! Fuad kena pergi!”

Nina dan Iskandar tersenyum mendengar kata-kata akuan Abangnya itu. Fuad terus meningglkan Julia.

No comments:

Post a Comment