Tuesday, 2 March 2010

Bab 4

Aku mencari-cari alamat rumah yang di bagi oleh Umi tadi. Dengan keadaan malam yang gelap gelita ni lebih menyukarkan aku mencari rumah tersebut. 30 minit aku mencari, akhirnya rumah itu dapat ku cari. Aku masuk ke perkarangan rumah itu dan meletakkan keretaku di belakang sebuah kereta bmw x5.

Mungkin kedatanganku di sedari oleh orang yang ada dalam rumah tersebut. Tidak lama kemudian Umi mengeluariku di muka pintu, begitu juga dengan Hajah Sharifah dan Pg Hj Khalid.

"Tak sesat Ira?" Tanya Hajah Sharifah dengan ramahnya.

"Boleh lah juga. Malam ni susah sangat nak cari. Kalau waktu siang senang lah sikit." Balasku sambil bersalaman dengan mereka berdua. Pg Hj Khalid menjemput aku masuk. Aku hanya menurut.

"Bibi, panggil Nina dan Fuad. Anak Auntie Maria dah sampai. Cepat ya." Arah Hajah Sharifah terhadap pembantu rumahnya.

"Jemput duduk Ira." Aku hanya menganngguk.

"Bang, cepatlah turun. Anak Auntie Maria dah datang tu. Cepat!" Nina masuk ke bilik Abangnya. Fuad masih lagi berbaring di atas katil sambil menonton televisyen.

"Abang malaslah. Nina sajalah pergi." Balasnya tanpa memandang muka adiknya.

"Abang ne! Nanti Mama marah. Lagipun kita nak makan malam bersama kan. Cepatlah Bang." Nina menarik-narik tangan Abangnya supaya bangun dari baringannya. Fuad menarik tangannya kembali.

"Abang penatlah. Nina je lah turun. Kalau Abang lapar, Abang turunlah."

"Ish Abang ni! Kalau Mama marah, Nina tak tahu." Nina terus berlalu meninggalkan Abangnya.

Nina turun tangga dengan perasaan geram. Geram betul dia dengan perangai Abangnya itu. Nina menapak ke ruang tamu di mana tetamu itu duduk.

"Ahh ini pun Nina." Hajah Sharifah bingkas bangun setelah melihat anak perempuanya muncul.

"Ira, ini anak perempuan Auntie, nama dia Nina." Sambung Hajah Sharifah lagi.

Aku memandang dan bingkas bangun bersalaman dengan Nina.

"Hai Saya Ira." Kenalku kepadanya. Nina memandangku tanpa kelip dan tangannya masih terkaku memegang tanganku. Aku turut memandangnya dan mengingatkan sesuatu.

"Hmm kalau tak silap. Nina ni perempuan yang Ira langgar tadi tu kan. Masa kat kedai buku." Aku cuba mengingatkan kejadian tadi petang.

"A'ah. Tak sangka Ira ni anak Auntie Maria. Kecilnya dunia." Kami berdua tersenyum.

"Mana Fuad Nina?" Tanya Hajah Sharifah setelah sedar kelibat anak lelakinya tiada.

"Abang.. Abang.. Abang, dia pening. Tak larat dia nak turun." Nina memberikan alasan. Nina mula berfikir, tidak menyangka orang yang di kejar Abangnya ada di depannya sekarang. Kalau Abangnya tahu, entah apa benda dia nak buat.

"Lah tadi mama tengok Fuad okay saja. Betul ke ni Nina?" Nina mengaru-garu kepalanya yang tidak gatal, dia sebenarnya tidak pandai berbohong, apatah lagi dengan mamanya ini.

"Tak apalah Efa. Memang betul agaknya Fuad pening. Biarlah dia rehat." Sampuk Umi. Mungkin Umi sedar kelakuan Nina yang sudah berbohong. Tidak mahu memanjangkan cerita.

"Bu, makanan sudah siap." Kata pembantu rumah Hajah Sharifah yang muncul tiba-tiba.

"Okaylah. Abang, Mar, Ira, Nina, kita makan." Kami menuju ke ruang meja makan. Aku duduk di sisi Nina sebelah kanan, manakala Umi pula duduk di sisi Auntie Efa di sebelah kiri. Uncle Khalid pula duduk di tengah-tengah antara kami. Kami menikmati makan malam dengan penuh selera. Ketika itu aku banyak bercerita dengan Nina. Mungkin perumuran kami hampir, banyak benda hendak di kongsikan.

No comments:

Post a Comment