Wednesday, 24 March 2010


24th March 2010

Bab 31

Julia menghampiri Iskandar.

"Aku tahu siapa perempuan tu. Aku tak faham kenapa lelaki akan suka perempuan macam dia. Mulanya tunang aku dan kini kau pula." Kata Julia

"Kau diam Julia!" Marah Iskandar. Nina sudah panik. Begitu juga dengan Fuad. Sudah lama dia memendam perasaan tentang perasaan saudaranya itu terhadap bakal tunangnya itu.

"Jue! Jangan nak rosakkan acara orang. Buat apa Jue datang sini lagi? Kan Fuad dah cakap jangan ganggu keluarga kami lagi." Fuad sudah naik angin. Di samping itu juga Fuad tidak mahu mendengar apa-apa tentang masalah yang dia sendiri enggan tahu ataupun dengar. Nizam dan Tasya hanya mendiamkan diri. Mereka bernasib baik kerana hanya mereka saja yang ada di rumah ini, ada pun yang lain tinggal cuma anak-anak kecil dan pembantu rumah keluarga Hajah Sharifah.

"Jue dah cakap sebelum ni Fuad kepunyaan Jue. Milik Jue. Tunang Jue. Buat apa Fuad nak bersama perempuan tu? Bagi je si Is ni! Dia kan suka perempuan tu." Nizam dan Tasya terkejut.

"Kau diam! diam! diam! Jangan nak buat aku marah!" Julia ketawa.

"Jue tahu Fuad sendiri dah tahu akan perasaan Is terhadap perempuan tu kan sebab tu Fuad sengaja nak menyebelahi dia. Terimalah hakikat Fuad! Fuad tetap milik Jue!"

"Walauapapun yang terjadi Fuad tetap milik Ira. Memang benar Fuad dah tahu perasaan Is terhadap Ira tapi Fuad tidak peduli itu semua kerna Fuad tahu Is tak akan buat sesuatu yang melukakan hati Fuad. Dan juga kerna Ira memilih Fuad!" Julia mengetap bibir. Geram.

"Jue akan pastikan Ira akan tinggalkan Fuad! Fuad tunggulah! Fuad tetap akan jadi milik Jue!"

"Kalaupun Ira tinggalkan Fuad, Fuad tetap tak akan memilih Jue! Fuad cuma cintakan Ira!" Julia semakin berang dan terus berlalu pergi meninggalkan kami.

Iskandar menghampiri Fuad sambil kepalanya tunduk. Tidak berani dia memandang wajah Abang Saudaranya ini.

"Abang, Is nak minta maaf. Is tahu Is dah buat salah tentang perasaan Is. Maafkan Is Bang. Is tak tahu macam mana boleh Is ada perasaan begini. Is rasa bersalah dengan Abang. Maafkan Is Bang." Timbul perasaan rasa bersalahnya terhadap Abang Saudaranya ini. Dia tidak boleh mengkhianati Abang Saudaranya ini kerana Abangnya ini lah yang menjaga dirinya seperti adik kandungnya sendiri. Dia sangat menghormatinya.

"Diam! Abang tak nak dengar lagi. Biarlah! Tidak mustahil orang tidak akan jatuh cinta perempuan seperti Ira kan. Abang tahu."

"Abang, Is tak akan layan perasaan ini lagi. Is akan lupakan Ira. Ira milik Abang! Hanya Abang! Maafkan Is dengan apa yang berlaku Bang." Fuad memandang Iskandar dan tersenyum. Nina menarik nafas lega. Selama ini perkara inilah yang selalu tersekat di mindanya.

"Tak apalah Is. Abang percaya Is. Masalah sekarang adalah Julia. Abang takut dia buat sesuatu terhadap Ira."

"A'ahlah Bang. Benci pula Nina. Hari ni kan hari pertunangan Abang. Dia datang nak rosakkan mood kita agaknya. Tak apa! Nina tak akan biarkan dia buat sesuatu terhadap Kak Ira! Kalau Nina tahu dia buat apa-apa dengan Kaka, habis dia!!"

"Berani nampak!" Sampuk Tasya yang dari tadi hanya mendiamkan diri.

"Eh mestilah. Aku tak akan biarkan hal ni! Betul tak Bang?!" Nina memandang Iskandar. Iskandar mengangguk.

Julia! Dia tidak akan membenarkan perempuan itu mendekati gadis itu.

Fuad bertekad akan melindungi gadis itu. Hanya dia!

Tuesday, 23 March 2010

Bab 30

Dua minggu berlalu selepas hari perkahwinan Alya dan Zimi...

Akhirnya hari yang aku nantikan sampai juga. Upacara pertunanganku dengan Fuad akan berlangsung hari ini. Beharap berjalan dengan lancar. Begitu juga dengan Nina. Sebelum acara pertunanganku di jalankan, upacara pertunangan Nina dengan Wan akan berlangsung terlebih dahulu. Aku tidak menyangka upacara pertunanganku dan Nina berlangsung di hari yang sama.

Sejak tadi entah kenapa tiba-tiba saja hatiku merasa gelisah seperti ada sesuatu yang berlaku.

"Kau ni Ira, apasal kau nampak gelisah sangat ni? Ini baru tunang, kau dah buat muka macam tu. Mengalahkan perempuan yang nak melangsungkan pernikahan je." Usik Alya.

"Kau ni Al nak usik-usik aku pula. Aku tak tahulah kenapa aku gelisah sangat ni. Kau rasa Fuad okey tak?" Aku berdiri memandang di luar jendela. Keluarga Umi dan Arwah Ayah banyak yang hadir ketika ini.

"Kau ni Ira cakap macam tu pula. Tadi dia ada SMS Zimi tanya tentang kau. Okeylah tu maknanya. Kau ni terlebih fikir pula. Sudah jangan banyak fikir. Duduk sini." Tiba-tiba handphoneku berbunyi menandakan ada message masuk. Aku pantas mengambilnya dan membaca isi kandunganya.

Fuad - I Love You Sayang. Tentu cantik Ney sekarang kan.

Aku tersenyum membacanya. Alya yang duduk di sisiku mencuri membaca SMS kiriman Fuad.

"Wooo! 'I Love You Sayang~~~' Kan aku dah kata dia tentu okey di sana."

"Al! tak baik tau curi tengok." Marahku manja. Alya ketawa.

"Eyelah eyelah. Sorry."

Di rumah Fuad...

Akhirnya acara pertunangan Nina dengan Wan selesai. Kini giliran dirinya pula. Fuad merasa gembira hari pertunagannya dengan gadis yang di cintainya akan berlangsung. Di lihatnya kedua orang tuanya sudah bersiap sedia hendak bertolak kerumah bakal tunangnya itu.

Iskandar dan Nina menemani Fuad di rumah. Ini urusan orang tua-tua biarlah mereka yang menguruskannya.

"Adik Abang ni dah jadi tunangan orang. Tahniah ya Nina." Kata Iskandar. Ketika itu mereka duduk di ruang tamu. Tasya dan Nizam turut ada bersama mereka.

"Terima Kasih Bang. Nina tak sangka secepat ni Nina dah jadi tunang orang."

"Mana tak cepatnya, takkan nak tunggu lama lagi, lagipun Nina dan Wan pun dah lama bersama kan." Nina ketawa kecil.

"Fuad pun dah nak jadi tunangan orang. Bila tarikh perkahwinan kamu Fuad? Dah rancang?" Nizam pula mula bersuara.

"Kami rancang dua bulan yang akan datang nanti. Papa nak kahwinkan kami dua beradik sekaligus di hari yang sama." Jawap Fuad.

"Bagus juga. Akhirnya kawan aku ni nak kahwin. Kau Is bila lagi? Dah ada calon ke?" Mereka semua memandang Iskandar.

"Calon? Ada tapi dah nak kahwin. Aku patah hati je la. Lagipun aku nak puas-puas hidup membujang ni dulu lah." Terbeliak mata Nina mendengar apa yang di katakan Abang Sepupunya itu, di pandangnya Fuad berubah wajah Abangnya itu.

"Perempuan tu dah nak kahwin? Kau tu lembab agaknya sebab tu kau tak sempat. Tapi tak apalah banyak lagi perempuan di dunia ni kan." Iskandar hanya tersenyum kelat.

"Aku tahu siapa perempuan kau maksudkan tu Is." Tiba-tiba saja Julia muncul.

Bab 29

Aku tidak dapat melelapkan mataku. Kata-kata teman lelakinya masih terngiang-ngian di telinganya sewaktu Fuad menghantar Umi dan aku pulang. Aku menutup mukaku dengan bantal sambil ketawa bahagia.

"Hati-hati bawa kereta Fuad." Pesan Umi. Fuad hanya mengangguk. Umi pun berlalu masuk ke dalam rumah. Nina masih menunggu di dalam kereta.

"By, apalagi? By tak nak balik ke? Tu Nina dah tunggu tu." Fuad memandangku.

"Hmm? Kenapa ni?" Tanyaku lagi.

"Ney, By serius apa yang By katakan tadi. By nak suruh Mama Papa datang merisik. Ney tak menolakkan?" Aku memandangnya tanpa kelip.

Hari ini dah berapa kali orang-orang yang dekat denganku bercakap tentang perkahwinan. Pada mulanya Alya, Nina, Fuad sendiri dan juga kedua orang tua Fuad dan Umi.

Aku menarik tangan Fuad dan menyalam lembut tanganya seperti selalu kemudian memandangnya. Fuad masih memandangku menanti jawapan. Aku tersenyum dan mengangguk gembira. Fuad melompat kegembiraan. Nina yang menanti di dalam kereta pantas keluar melihat keadaan Abangnya begitu.

"Weehhh! Abang kenapa? Tak malu buat perangai begitu." Kata Nina. Fuad terhenti dan memandang Adiknya.

"Abang bahagialah sebab Ira setuju nak kahwin dengan Abang." Jawapnya acuh tak acuh. Aku ketawa kecil.

"Dahlah dahlah. Nina nak cepat ni. Nanti malam Nina ada dinner dengan keluarga Wan. Cepatlah Bang. Maaf ya Kak Ira tak masuk hari ni." Aku menggelang.

"Eyelah eyelah. Ney, By balik dulu. Love you." Aku hanya mengangguk. Fuad pun beredar.

***

"Eh eh tak boleh gembira sangat nanti lain pula jadinya." Kataku sendiri. Aku menoleh memandang bingkai gambarku bersama Fuad.

Sewaktu makan malam tadi aku sudah memberitahu Umi tentang lamaran Fuad. Umi gembira sangat dengan keputusanku.

Pada mulanya aku berfikir adakah keputusan ku ini betul atau tidak. Fuad belum banyak tahu tentang diriku begitu juga dengan aku, tidak semua aku tahu tentangnya. Lima bulan itu masih baru. Perkenalan kami pun tidak lama.

"Ah apasal aku ragu-ragu lagi, aku dah terima dia, tak kisahlah lama ke baru ke yang penting kami suka sama suka." kataku sendiri bagi melegakan hatiku. Aku memejamkan mataku memaksa diriku untuk tidur. Pada mulanya susah tetapi akhirnya aku terlelap juga.

Bab 28

Bilik Fuad.. 11:00 malam...

"Okey Abang cerita sekarang." Nina mengambil duduk di sisi Abangnya di atas katil. Fuad bingkas bangun dari katil kemudian membuka pintu memandang ke kanan kiri, memastikan tiada orang akan mendengar. Fuad menutup pintunya kembali.

Fuad tunduk kemudian berjalan ke kanan ke kiri berkali-kali dengan perasaan gelisah. Nina mengerutkan dahi kehairanan. Nina bingkas bangun mendekati Abangnya.

"Abang, kenapa dengan Abang ni? Risau pula Nina tengok Abang macam ni. Mari sini, Abang duduk dan relaks kemudian baru Abang cerita perlahan-lahan apa sebenarnya berlaku."

Fuad menarik nafasnya perlahan.

"Ada dua benda Abang risaukan sekarang. Pertama, tentang Julia." Fuad memulakan bicara. Nina baru teringat akan kehadiran bekas tunang Abangnya itu.

"Oh sebab Kak Jue. Abang, Kalau Kak Ira tahu tentang Kak Jue, tak apalah. Abang dengan Kak Jue bukannya ada apa-apa hubungan lagi kan."

"Itu Abang tahu tapi ini bukan masalah tahu atau tidak tahu, ni masalahnya sekarang Nina sendiri tahu macam mana perangai Julia kan. Bukan senang hendak kendalikan dia ni. Dah berapa kali Julia datang sini mahukan kami bersama kembali. Dua hari lepas dia datang sini lagi, Nina sendiri ada waktu tu, Jue cakap tentang kahwin pula. Dia masih berdegil. Abang takut Ira salah faham pula. Abang tak nak kehilangan Ira."

"Abang tak kisah kalau Ira tahu Jue tu bekas tunang Abang, itu memang patut dia tahu tapi apa yang Abang risau Jue akan buat sesuatu yang melukakan hati Ira. Nina faham kan maksud Abang?" Sambung Fuad lagi. Nina berfikir sejenak.

Memang benar gadis seperti Julia bukan senang hendak di kendalikan. Kalau dia mahukan benda itu, dia mesti dapatkan juga walau dengan cara apa sekalipun. Maklumlah anak tunggal, kesayangan ibubapanya. Dia teringat kedatangan bekas tunang Abangnya dua hari lepas mengatakan hasratnya ingin meneruskan pertunangan mereka dan bercakap tentang perkahwinan. Dah 'terbalik' agaknya dunia ni.

"Jue tak akan biarkan siapa-siapa menghalang hubungan kita ni. Fuad milik Jue. Jue tak akan biarkan 'perempuan kecil' tu merampas kepunyaan Jue."

Kata-kata bekas tunang Abangnya itu masih melekat di mindanya. Begitu dahsyat dan pelik. Berkali-kali Abangnya menerangkan kepada bekas tunangnya itu bahawa dia kini sudah mempunyai orang lain tetapi dia tidak peduli.

"Tentang Kak Jue nanti kita fikirkan macam mana nak selesaikan. Hal yang lain apa pula Bang?" Fuad mengeluh.

"Hmm... hal kedua yang buat Abang risau tentang Is pula." Nina terkejut. Sepantas itu juga dia memalingkan wajahnya dari memandang Abangnya.

"Takkan Abang dah tahu. Susah ni." Nina berkata dalam hatinya.

"Abang tahu Nina pun rapat dengan Is kan. Mesti Nina pun tahu atau 'perasan' dengan hal ini. Sejak sebulan lalu Abang rasa pelik tengok Is. Cara dia layan Abang dah lain. Abang cuba cari apa kesalahan yang Abang dah lakukan rupa-rupanya...Abang tak tahu adakah hal ni benar atau tidak, adakah ini cuma Abang yang terlebih fikir. Is sukakan Ira kan?" Nina semakin terkejut. Nampaknya hal ini bukan rahsia Abang Sepupunya dengan dirinya lagi.

Memang benar apa yang Abangnya fikirkan. Pada mulanya dia hairan melihat perubahan mendadak Abang saudaranya sehinggakan dia sendiri bertanya terhadap Abang sepupunya itu. Pada mulanya Abang sepupunya enggan berterus terang tetapi sudah di paksa barulah dia mengakuinya. Sejak Ira bersama dengan Abangnya, hubungan kami berempat agak rapat. Tapi entah bagaimana 'perasaan' itu hadir di hati Abang sepupunya itu.

Tetapi kalau di fikirkan dengan kebaikkan dan kejujuran hati teman wanita Abangnya itu tidak mustahil mana-mana lelaki akan menyukainya. Kalau harapkan muka cantik tapi 'hati buruk' tidak ada faedahnya juga kan.

"Abang tak tahu bila Abang dah mula sukakan Ira. Abang tahu ini salah tapi Abang tak mampu elak perasaan itu juga. Ada 'sesuatu' tentang gadis itu. Sukar hendak dihuraikan. Abang rasa Abang boleh faham kenapa Abang Fuad dan Hazrul menyukai Ira." Luah Iskandar.

Kata-kata itu masih dalam ingatannya.

"Abang tanya Nina ni. Betul tak kata Abang tu?" Fuad masih lagi bertanya. Nina tersedar dari dunia khayalannya. Nina bingkas berdiri.

"Dah.. dah.. malam Bang. Nina nak masuk bilik. Dah lewat ni. Nanti kita bincangkan hal ni lagi ya. Selamat Malam Bang." Nina pantas berlari meninggalkan Abangnya tanpa mempedulikan panggilan Abangnya. Kedengaran Abangnya mengeluh.

Nina resah dan kebingungan di balik pintu bilik Abangnya.

Bab 27

Acara pernikahan Alya dan Zimi berjalan dengan lancar. Kini kawan baiknya itu sudah sah menjadi Isteri Zimi. Aku bahagia melihat mereka. Saat-saat aku lalai memerhatikan gelagat Alya dan Zimi mengayakan bermacam-macam gaya mengikut arahan jurugambar, entah kenapa ketika itu aku seperti menginginkan apa yang berlaku sekarang pada kawan baiknya itu berlaku pada dirinya.

"Bila agaknya Kaka Ira dan Abang Fuad ni kahwin ye?" Nina tiba-tiba bersuara. Aku menoleh memandangnya dan tersenyum. Terkejut juga aku mendengar apa yang di katakan Adik teman lelakinya itu.

"Tidak lama lagi. Mungkin sebulan yang akan datang." Tiba-tiba saja Fuad muncul di belakangku. Fuad berdiri di sisiku sambil tersenyum memandangku. Aku hanya mampu membalas senyuman itu.

Aku tidak tahu adakah Fuad serius atau tidak berkata begitu.

"Serius Bang?" Nina masih membicarakan hal ini. Aku yang berdiri di tengah-tengah antara mereka merasa gugup mendengarnya. Fuad memandangku lagi. Aku semakin bingung melihat pandangan dan senyuman itu. Bagi mengelak semua itu aku dengan pantas menghampiri Tasya yang berdiri tidak jauh dari pelamin bersama Nizam.

Tasya, siapa tak kenal. Kalau bab-bab kahwin dia paling 'sibuk' cuba mengayakan pengantin dengan bermacam-macam gaya. Jurugambar pula ikut sekepala dengan fikiran dan idea Tasya.

Tasya dan Nizam kehairanan melihatku.

"Kenapa Ira?" Tanya Tasya. Aku cuma tersenyum menggelang. Aku bernasib baik kerana Tasya tidak bertanya apa-apa lagi.
Fuad dan Nina ketawa kecil. Mereka tahu gadis itu mengelak dari mereka berdua apabila mereka membicarakan hal perkahwinan.

"Abang serius ke? Mama dan Papa macam mana?" Tanya Nina lagi. Fuad mengangguk.

"Abang masih belum cakap hal ni dengan Papa dan Mama, nantilah Abang beritahu mereka tentang perkara ni. Abang tahu Mama Papa mesti dah tunggu lama tentang keputusan ni kan. Abang tak nak tangguh apa-apa lagi. Abang tahu hubungan Abang dengan Ira masih baru tapi.. Abang risau Nina." Fuad menandang teman wanitanya. Nina mengerutkan dahinya kurang mengerti.

"Apa yang Abang risaukan?" Belum sempat Fuad menjawap Zimi memanggil mereka berdua untuk bergambar bersama. Begitu juga dengan kami bertiga.

"Tak apa nanti kat rumah Abang cerita. Tu Abang Zimi dah panggil tu. Jom" Nina menarik tangan Fuad kemudian Fuad menarik tangangku pula naik ke atas pelamin. Seperti biasa, Tasya apa lagi sudah mula mengarahkan kami dengan 'gaya' yang dia mahukan. Kami mengikut saja dengan perasaan gembira.

"Fuad, cuba kau duduk dengan Ira kat kerusi ni. Ambil gambar. Manalah tahu menjangkit nak kahwin lepas ni kan." Usik Tasya.

"Lah.. kesitu pula Tasya ni. Ira tak nak..."Belum sempat aku menghabiskan ayatku aku terpandang Fuad sudah duduk di kerusi pengantin kemudian memandangku, Fuad memberi isyarat supaya aku duduk di kerusi yang berada di sisinya itu. Mereka yang lain tersenyum kemudian turun dari pelamin tersebut. Begitu juga dengan Alya dan Zimi. Aku enggan duduk.

"Alah tak payahlah macam ni. Alya dan Zimi kan pengantin. Biarlah mereka..."Alya memotong ayatku.

"Kami dah puas ambil gambar kat pelamin ni. Duduk je lah Ira. Cuma ambil gambar je." Fuad masih lagi memandangku. Akhirnya aku duduk di sisinya dengan perasaan malu. Mereka tesenyum.

"Apasal aku je yang kena usik ni." Kataku sendirian dalam hati.

"Alan, ambil gambar mereka. Ambil cantik-cantik tau." Arah Zimi kepada jurugambar yang di ordernya itu.

Tasya pun sudah mula dengan 'arahannya'. Kami hanya menurut seperti biasa.

Monday, 8 March 2010

Bab 26

Kini aku berada di rumah Alya. Hari ini adalah hari pernikahan Alya dengan Zimi. Akhirnya yang di nantikan oleh sahabat baiknya itu tercapai.

Aku memandang Alya yang sudah siap berhias. Memang cantik sahabat baiknya ini. Selama ini dia tidak pernah melihat Alya mengenakan apa-apa make-up di wajahnya tetapi hari ini, dia betul-betul kelihatan cantik.

"Cantiknya kau Al. Kalau Zimi tengok mesti dia bengang." Pujiku berbaur usikan. Alya tersenyum. Berkali-kali dia menghela nafas, aku tahu kawan baiknya itu mungkin merasa gusar apa yang akan berlaku sekejap lagi. Aku cuba menenangkannya.

"Tak lama lagi kau nak jadi Isteri orang Al, susahlah aku lepas ni. Eyelah lepas ni kau akan bertambah sibuk uruskan perihal suami."

"Apa pula susahnya. Walaupun aku dah kahwin kita tetap macam dulu."

"Tak samalah Al. Mungkin selepas ni kau susah nak tidur di rumah aku lagi, keluar dengan aku dan macam-macam lagi lah. Keseoranganlah aku lepas ni." Alya tersenyum.

"Keseorangan apanye. Fuad kau tu apa?"

"Fuad tu lain. Kau lain. Kau kawan baik aku. Semua hal tentang aku kau tahu semua tapi Fuad tidak."

"Kau kahwin je la Ira dengan Fuad tu. Tak adalah kau sunyi dan keseorangan lagi. Kalau kau dah kahwin dah tak ada bezanya aku dengan Fuad lagi."

"Kau ne cakap senang je. Hubungan kami masih barulah Al. Lagipun aku masih belum terfikir sampai ke situ. Tambahan pula Fuad pun tak ada respon apa-apa kalau Auntie Efa cakap tentang kahwin."

"Itu kata kau. Aku ada dengar Zimi cakap. Kan mereka tu kawan. Fuad rancang nak datang merisik kau. Maknanya Fuad sudah mula berfikir hendak kahwin dengan kau." Aku terdiam.

Sudah lima bulan aku bersama dengan Fuad. Dalam masa lima bulan itulah banyak benda berlaku dalam sekelip mata. Gembira, sedih, bahagia, hampa, marah dan bermacam-macam.

Dalam masa lima bulan itu aku merasa bahagia bersamanya. Fuad sering membuliku dengan bermacam-macam kerenahnya tetapi walaupun begitu aku tetap merasa bahagia. Keadaan itu membuatkan kami lebih rapat. Aku tahu Fuad bukannya sengaja membuat sedemikian.

Cakap tentang kahwin pula. Aku jadi bingung. Bukankah ini terlalu awal untuk menuju ke alam perkahwinan sedangkan hubungan kami masih belum lama.

"Ira.. Ira.." Panggil Alya mengejutkan lamunanku sekejap tadi. Aku tersedar.

"Kau dengar tak cakap aku tadi?" Tanya Alya kepadaku.

"Kau cakap apa Al?" Tanyaku kebingungan. Alya ketawa.

"Kau fikir apa Ira?"

"Hmm fikirkan cakap kau tadi. Aku tak readylah nak fikir bab-bab kahwin ni."

"Umur kau berapa?"

"23"

"Fuad?"

"27"

"Fuad dah 27 tahun memang patut dah kahwin. Kalau umur kau tu tak ada masalah bagi aku. Kau dah kerja pun, kan? Kau tak kasihan tengok Fuad tu?" Aku mengaru-garu kepalaku yang tidak gatal. Runsing memikirkan kata-kata kawan baiknya ini.

Tiba-tiba ibu Alya, Hajah Insan muncul di muka pintu bilik dan menyuruh Alya bersedia untuk keluar kerana pengantin lelaki sudah sampai. Seorang pengangun menemani Alya keluar dari bilik dan membawa ke ruang tamu di mana pihak pengantin lelaki dan keluarga pengantin lelaki berada. Aku turut menemani Alya duduk di sisinya.

Aku memandang wajah Alya, terpacar wajah gembiranya. Aku tersenyum. Bahagia melihat kawan baiknya sudah menemui kebahagiannya.

Saturday, 6 March 2010

Bab 25

Hubunganku dengan Fuad sudah di ketahui oleh keluarga Fuad dan juga Umi sendiri. Mana tidaknya, baru saja Fuad meluahkan perasaannya kepadaku, Umi terus saja menelefon Auntie Sharifah dan menceritakan segalanya apa yang berlaku. Aku jadi malu bila Umi menghebohkan cerita antara kami.

“Umi, tak payahlah cerita semua pada Auntie. Malu la Ira Umi. Umi ni.” Aku merungut manja pada Umi setalah Umi meletakkan genggan telefon. Fuad yang duduk tidak jauh di mana kami berdua duduk tersenyum-senyum mendengar perkataanku.

Umi tidak melayanku, sebaliknya Umi menghampiri dan duduk di sisi Fuad. Umi memandang Fuad dan mengusap lembut seluruh muka dan rambut Fuad sambil tersenyum. Aku bingung melihatnya.

“Umi gembira kerana akhirnya Ira menemui cintanya sekarang. Terima Kasih Fuad kerana menyintai anak Umi.“ Fuad tersenyum dan mengangguk.

“Umi, Fuad bersyukur kerana menemui Ira dalam hidup Fuad, Iralah menyedarkan Fuad untuk merasa cinta sejati itu. Fuad tidak akan sia-siakan apa yang Fuad ada sekarang. Fuad tidak mahu membuat Ira terluka lagi. Fuad betul-betul mencintai Ira Umi.'' Fuad terus memandangku, aku membalas pandangannya. Airmataku jatuh. Fuad mengambil duduk di sisiku setelah melihat aku menangis dan mengusap airmataku lembut.

“Kenapa Ira nangis ni?Hmm? ” Tanyanya lembut.

“Tak apa-apa. Ira Cuma… Cuma merasa bahagia kerana di cintai sebegini. Sangat bahagia. Selama ini Ira tak pernah rasa perasaan sebegini Fuad walaupun dengan Hazrul dulu, Hazrul tak pernah nak begini. Ira… Ira… ahh.. Ira tidak tahu nak luahkan macam mana, yang penting Ira …” belum sempat aku hendak menghabiskan ayatku, sepantas itu juga Fuad menarikku dan memelukku dalam pangkuannya.

“Ira jangan cakap lagi. Fuad faham apa yang Ira ingin katakan. Bukan Ira saja berperasaan begitu, Fuad juga. Fuad tidak tahu kenapa kali ini Fuad seperti tidak boleh kehilangan Ira walau apapun yang terjadi.” Katanya sambil mengusap lembut uban-uban rambutku. Aku tersenyum bahagia.

Waktu Malam..

Keluarga Fuad asyik tersenyum-senyum melihat aku sejak datang tadi. Aku jadi malu di perhatikan begitu.

Pada mulanya aku terkejut melihat kedatangan keluarga Fuad semua tadi, rupanya Umi mengajak mereka makan malam bersama meraikan hari antara aku dan Fuad bersama. Itu alasan Umi.

"Umi ni, tak payahlah nak besar-besarkan hal ni. Buat malu je. Kita baru je mula, tak payah nak raikan hal ne pula. Apa kata Fuad pula nanti." Kataku ketika aku dan Umi berada di dapur.

"Tak apalah. Fuad lagi suka kita heboh-hebohkan hal ni." Jawap Umi selemba.

"Umi ni kan..." aku tidak sempat menghabiskan ayatku kerana Fuad muncul bersama Nina dan Hajah Sharifah ketika itu.

"Mar, nak Efa bantu apa-apa ke?" Tanya Hajah Sharifah. Umi menggelang.

"Tak apa, dah nak siap pun. Ni si Ira ne asyik merungut dari tadi, susah pula Mar nak buat kerja."

"Merungut? Kenapa Umi?" Tanya Fuad pula. Umi tidak menjawap sebaliknya memberikan senyuman nakal kepadaku.

"Dahlah. Fuad pergilah bawa Nina dan Auntie masuk. Kejap lagi siap ni." Aku menolak lembut badan Fuad supaya keluar dari dapur ini. Fuad hanya menurut kata-kataku sambil tersenyum.

"Fuad? Tak ada panggilan manja ke Kak?" Kata Nina. Aku tersenyum. Mereka pun melangkah masuk.

Kami menikmati makan malam bersama sambil bercerita. Macam-macam kami ceritakan ketika itu.

Di ruang tamu selepas makan malam..

“Sejak Auntie lihat Ira, Auntie teringin sangat Ira jadi menantu Auntie, akhirnya melihat Ira dan Fuad bersama, Auntie bahagia sampai tak tahu nak kata apa lagi. Harap kali ini hasrat Auntie nak Ira jadi menantu Auntie benar-benar tercapai. Kalau boleh kahwin cepat-cepat.” Kata Hajah Sharifah. Aku jadi bingung, tidak tahu nak kata apa sebab hubungan kami masih baru, lagipun kalau di fikirkan terlalu awal untuk aku fikir tentang perkara ini.

"InsyaALLAH Auntie" Jawapku sambil tersenyum.
"Ini yang aku lemah ni cakap pasal kahwin pula." Kataku dalam hati.

"Harap kali ini Abang sampai kahwin dengan Kak Ira. Jangan macam Kak Julia dulu. Tinggalkan Abang.... Opps!" Nina terhenti tidak meneruskan ayatnya sambil menutup mulutnya dengan kedua tanganya setelah dia sedar akan kelancangan kata-katanya sekejap tadi. Fuad dan keluarga Fuad memandang Nina. Aku mengerutkan dahi. Aku terdengar tetapi tidak pasti kata-kata Nina itu.

"Kak Julia? Siapa tu?" Tanyaku dengan dahi yang berkerut-kerut. Aku berdiri hendak duduk di sisi Nina untuk mengetahui lebih lanjut apa yang di katakan Nina tadi tetapi Fuad sepantas menarik lenganku. Aku menoleh ke arahnya. Fuad tunduk diam. Aku duduk kembali di sisi Fuad.

"Fuad..." Panggilku lembut. Fuad mendongak memandangku.

"Walauapapun yang terjadi Ira tetap menjadi milik Fuad dan Fuad tetap menjadi milik Ira. Dan Ira mesti percaya dengan hubungan kita di masa ini dan akan datang. Janji syg?" Sebenarnya aku kurang mengerti kenapa Fuad tiba-tiba saja berkata sedemikian tetapi memandangkan hubungan kami masih baru aku hanya menggangguk mengikut kata-katanya.

Fuad tersenyum melihat teman wanitanya sekarang menurut dan mendengar akan kata-katanya. Baru dia teringat akan kehadiran Julia kembali. Dia risau dengan kehadiran Julia akan membuatkan keadaan jadi huru-hara. Bukan dia tidak kenal Julia tu, kalau dia mahukan sesuatu mesti nak dapat. Bukan Fuad tidak mahu berjujur tentang masa lalunya dengan gadis di depannya sekarang tetapi ini bukan masanya.

Bab 24

Fuad bergegas keluar dari kereta sesampainya di rumah gadis itu. Kebetulan aku baru sampai ketika itu. Dengan pantas aku berlari masuk ke dalam rumah dan menutup pintu, Fuad sempat menghalang pintu dengan kakinya. Kedengaran Fuad menjerit kesakitan, aku masih lagi berdiri menghalang di belakang pintu itu.

"Ira, buka pintu ni. Please! Fuad nak cakap dengan Ira." Kata Fuad. Aku diam membisu. Tangisanku masih lagi tersisa akibat perbuatannya tadi.

"Ira. Please!" sambung Fuad lagi. Aku masih membisu.

Tidak lama kemudian kelibat kereta Hazrul muncul. Aku memandang di balik jendela yang tidak jauh dari pintu besar itu. Hazrul keluar dari kereta dan terus menghampiri Fuad. Fuad geram melihat kedatangan Hazrul ketika ini. Hatinya semakin memberontak. Dia cemburu kenapa lelaki itu yang mendapat kebahagian dengan gadis itu tapi bukan dirinya.

Fuad menarik koler baju Hazrul. Fuad marah melihat wajah lelaki ini berada di rumah gadis itu sekarang. Aku sudah jadi panik melihat keadaan mereka berdua, dengan pantas aku membuka pintu dan menerpa ke arah mereka berdua.

"Fuad, apa kau buat ni?! Lepaskan aku!" Hazrul menarik-narik tangan Fuad minta di lepaskan. Fuad mengendahkannya.

"Kenapa kau ambil Ira dari aku?! Ira aku punya! Aku mencintainya!" Marah Fuad. Aku tekaku mendengarnya. Hazrul tersenyum sinis mendengarnya. Fuad geram, sepantas itu dia menumbuk Hazrul hingga Hazrul jatuh terjelupuk ke lantai.

"Fuad! Cukuplah. Jangan pukul Haz lagi!" Aku menyabarkan Fuad sambil memegang tangannya. Fuad terhenti dan terus memandangku. Hazrul masih lagi terduduk di lantai.

"Ira, kenapa Ira selalu nak lawan bagi pihak Hazrul? Ira tak fikir apa perasaan Fuad selama ni?" Aku diam. Hazrul bingkas bangun.

"Siapa kata Ira tak pedulikan perasaan kau? Kau silap! Kau yang bengang tidak mengerti apa yang Ira fikirkan sebenarnya. Untuk pengetahuan kau, aku dengan Ira tidak ada apa-apa hubungan. Ira hanya mencintai kau Fuad. Memang selama ni aku mengharap untuk bersama dengannya semula tetapi aku dah terlambat. Hari tu, waktu aku sekeluarga datang kesini, aku tahu kau ada memerhatikan kami dan nampak apa yang berlaku, sejujurnya aku tidak berniat nak sakitkan hati kau, cuma aku rasa hari itu mungkin kali terakhir aku mengharap kasih terhadap Ira. Aku tahu Ira selama ini menahan kesakitan atas perbuatanku. Terlalu sayang untuk melpaskan Ira tapi apakan daya, hatinya sudah di ambil orang." Kata Hazrul.

"Habis tu kenapa Ira balas pelukan kau hari itu? Kau jangan nak tipu aku Hazrul?!"

"Aku tak tipu! Hari tu Ira hanya perlukan sesorang untuk mengongsi kesakitan yang dia alami selama ni, maksud aku perbuatan aku sendiri. Kedatangan keluarga aku ketika itu juga, cuma saja-saja. Tidak ada apa-apa yang berlaku. Keluarga aku sangat menyukai Ira. Memandangkan mereka ingin berjumpa dengan Ira ketika itu. Aku harap kau faham Fuad." Fuad terdiam dan memandangku. Aku tunduk membisu.

"Lepas ni kau selesaikanlah masalah kau dengan Ira. Jangan degil sangat! Aku dah terangkan apa aku rasa patut beritahu kau. Jangan abaikan peluang yang ada Fuad." Hazrul terus berlalu meninggalkan kami berdua. Dari tadi, dalam diam, Umi bersembunyi dan menjadi pemerhati dan pendengar apa yang berlaku dari tadi.

Aku dan Fuad masih lagi membisu tetapi mata Fuad asyik memandangku. Aku tidak selesa di pandang begitu, selain dari itu kini Fuad sudah tahu akan perasaanku, aku jadi gelisah dan malu. Tanpa berlengah lagi aku berlari masuk ke dalam rumah hendak melarikan diri dari Fuad tetapi sepantas itu juga Fuad menangkapku semula dan memelukku kuat dari arah belakang. Aku terkaku.

"Maafkan Fuad! Maafkan Fuad! Maafkan Fuad Ira! Fuad tak patut jerit pada Ira tadi. Fuad patut dengar apa yang Ira nak cakap tadi. Fuad menyesal. Maafkan Fuad Ira! " Kata Fuad sambil mengucup lembut kepalaku. Airamatku jatuh.

"I Love You!I Love You! I Love You Ira!" bisiknya lembut. Airmataku semakin kuat berguguran, sepantas itu juga aku memusingkan badanku menghadapnya dan memelukkanya kuat. Fuad membalas pelukkanku itu. Akhirnya Fuad mengerti isi hatiku!

Bab 23

“Abang tak patut jerit kat Kak Ira begitu! Abang betul-betul melampau. Kalau nak marah, marah je, jangan sampai nak jerit-jerit! Kak Julia pun Abang tak pernah nak jerit macam tu, sedangkan Kak Julia lagi kejam menyakiti Abang. Inikan Kak Ira!" Marah Nina dengan tiba-tiba. Fuad tidak memberikan apa-apa reaksi. Mereka semua terkaku dan tidak menyangka Nina akan berani menyebut nama perempuan itu. Selama ini tidak ada seorang pun mengungkit masa silam Fuad.

"Nina! Sabar!" Hajah Sharifah keluar menyabarkan anak perempuannya, risau pula anak lelakinya mengamuk pula. Iskandar menarik Adik saudaranya masuk ke dalam rumah. Hajah Sharifah menghampiri Fuad dan menyabarkan anak lelaki itu pula.

“Nina ni cari nahas. Kan Abang Fuad tidak suka nama Julia di sebut-sebut. Nina ni betul-betul buat Abang risau. Kalau Abang Fuad mengamuk macam mana? Habis satu rumah ni pula.”

“Nina tak dapat nak control marah Nina tadi. Kasihan Kak Ira Bang.”

“Biarlah dengan perempuan tu. Dia dah sakitkan hati Abang Fuad. Buat apa nak kasihan kan dia.”

“Abang! Nina perempuan! Nina boleh rasa apa yang Kak Ira rasa. Kak Ira sebenarnya sayangkan Abang Fuad! Dan Nina pasti dengan kata-kata Nina, Abang juga sayangakan Kaka Ira. Kita tak tahu apa yang sebenarnya berlaku antara Kak Ira dengan Hazrul hari itu. Kita cuma nampak je tapi tak tahu apa sebenarnya berlaku sebalik kejadian itu.”

“Apa bukti Nina kata begitu? Ada?”

“Nina perempuan Bang. Nina boleh faham. Tadi, tengok Kak Ira pandang Abang, Nina boleh rasakan. Kalau tak, kenapa Kak Ira sanggup nak datang nak terangkan apa yang berlaku tapi Abang Fuad.. Langsung tak beri Kak Ira peluang untuk cakap. Abang tengok Abang Fuad, bila Nina sebut nama Kak Julia, Abang tak beri apa-apa reaksi, seperti selalunya Abang Fuad tentu marah bila sebut nama Kak Julia tapi kini tidak lagi kan.Nina tahu Abang dah maafkan masa silam dia kerna hati Abang sudah ada Kak Ira! Boleh Abang Fahm itu? Kenapalah lelaki bengang sangat nak faham hati perempuan. Asyik-asyik perempuan jua nak fahamkan lelaki. ” Iskandar diam. Memang ada benarnya kata-kata adik saudaranys itu, melihat renungan mata gadis itu ketika memandang Abang sepupunya, dia turut boleh merasakan perasaan itu. Dan yang lebih pasti Abangnya sememangnya sudah jatuh cinta dengan gadis itu.

Dia teringat kata-kata Abang sepupunya itu tempoh hari.

“Sakit hati Abang Nina.”

Iskandar memandang Abang sepupunya di luar rumah, jelas tepancar di mukanya wajah gelisah. Sekejap-sekejap mengusap mukanya seperti menyesal. Pada awalnya Iskandar tidak percaya apa yang berlaku, Abang sepupunya yang playboy kini sudah kembali ke asal. Serius mencintai sesorang. Seperti mencintai Julia dahulu. Tapi kali ini jauh berbeza dengan Julia. Waktu Julia meninggalkannya, Fuad tidak berperangai begini tapi pada gadis itu rangsangan hatinya terlalu kuat sampai Fuad tidak dapat control akan dirinya.

“YA ALLAH! Mama, apa yang Fuad lakukan ni? Fuad dah berlaku kejam pada Ira. Fuad tak patut jerit dia macam tu.” Fuad merasa kesal dengan kata-katanya tadi. Sepantas itu juga dia berlari hendak mengejar gadis itu tetapi belum sempat Fuad hendak masuk kereta, sebuah kereta masuk ke pekarangan rumah mereka, sesorang telah muncul. Fuad tidak menyangka dengan apa yang di lihatnya sekarang. Julia! Nina dan Iskandar turut terkejut melihat kemunculan Julia kembali.

Nina memandang Iskandar.

“Kita baru je sebut nama dia, dia dah muncul semula. Bang, macam mana ni?” Nina berkata pada Iskandar. Iskandar menjugkit bahu tanda tidak tahu. Dia juga bingung.

“Fuad!" Julia menghampiri Fuad. Fuad masih lagi terkaku.

"Fuad! i miss you sayang." kata Julia lagi terus saja dia memeluk kuat Fuad. Fuad tidak memberikan apa-apa reaksi.

Julia merasakan tiada respon dari Fuad, sepantas itu dia melepaskan pelukannya. Julia memandang lelaki di depanya sekarang.

"Sayang tidak happy tengok Jue pulang ke?" Tanya Julia manja. Julia memegang lengan Fuad. Fuad menariknya.

"Buat apa Jue pulang? Kan kita tidak apa-apa lagi. Dua tahun lalu Jue sendiri memutuskan pertunangan kita di sebabkan lelaki lain." Balas Fuad.

"Jue tahu Jue sudah membuat kesalahan besar. Maafkan Jue! Jue masih cintakan Fuad. Dan Jue tahu Fuad juga masih sayangkan Jue kan."

“Meluat aku!” Kata Nina dalam hati.

Selama ini, kisah silamnya di simpannya. Fuad tidak mahu mengingatkan kembali pada bekas tunangnya ini. Dia ingin hidup bebas dari kederitaan. Masa silamnya yang selama ini di elak sudah jadi tidak ada apa-apa lagi pada dirinya kerana dia sudah memaafkan masa silamnya dan menerima masanya sekarang iaitu Ira!

“Jue, maafkan Fuad!” Balas Fuad. Fuad hendak berlalu pergi tetapi Julia menghalang.

“Tapi kenapa? Sekejap itu Fuad lupakan Jue?”

“Sekejap? Dua tahun Jue, dua tahun! Bukan senang Fuad nak lupakan apa yang berlaku antara kita tapi kehadiran sesorang buat Fuad merasa cinta itu lagi. Fuad betul-betul serius dengannya. Fuad cintakan dia! Dan kali ini, walau macam mana pun Fuad tidak akan lepaskan dia dengan mana-mana lelaki lain walau apapun yang terjadi. Itu janji Fuad!. Maafkan Fuad! Fuad kena pergi!”

Nina dan Iskandar tersenyum mendengar kata-kata akuan Abangnya itu. Fuad terus meningglkan Julia.

Bab 22

Empat hari berlalu...

8:30 pagi..

"Pagi Mama! Papa!" Sapa Fuad di awal pagi itu. Fuad mengambil duduk di sisi Hajah Sharifah di ruang meja makan untuk sarapan pagi. Kedua orang tua Fuad merasa hairan melihat anak lelakinya awal bangun ketika ini. Tidak pernah Fuad turun seawal begini.

"Awal Fuad bangun hari ni?" Tanya Hajah Sharifah.

"Fuad rasa tak sihat ma, tak tahan nak berperap dalam bilik lama-lama." Hajah Sharifah merasa dahi Fuad, memang panas! Muka Fuad kelihatan pucat lesu.

"Fuad demam ni. Kita bawa ke hospital." Fuad menggelang. Hajah Sharifah tidak memaksa kerana dia tahu anak lelakinya tidak suka pergi ke hospital jika dia sakit. Kalau Fuad merasa betul-betul tidak tahan baru nak terfikir nak pergi.

"Mana tak demam, tak cukup tidur. Bangun pagi, tak sarapan terus saja pergi kerja. Kerja memanjang sampai lupa nak makan. Balik kerja terus berperap dalam bilik. Mana tak demam, hidup seharian tidak sihat." Sampuk Iskandar yang baru muncul bersama Nina. Iskandar duduk di sisi Fuad, manakala Nina duduk berhadapan dengan Fuad.

Fuad tidak berkata apa-apa. Sudah empat hari dia tidak bertegur dengan gadis itu. Hatinya benar-benar sakit. Gadis itu berkali-kali menelefonnya dan menghantar SMS tetapi dia langsung tidak mempedulikannya. Tidak menjawap panggilan, jika SMS sampai, melihat nama gadis itu, terus saja di padam tanpa membacanya.

Lonceng pintu berbunyi.

"Siapa pula datang pagi-pagi ni? Hmm tak apa, Nina pergi buka." Nina terus menuju ke pintu dan membukanya. Nina terkejut melihat kedatanganku.

"Kaka?" Nina masih lagi terpaku memandangku. Tanpa di suruh, aku menapak masuk mengampiri Nina.

"Nina, mana Fuad? Kaka nak jumpa Fuad. Fuad marah dengan Kaka ke? Apa salah kaka sebenarnya? Dan.. kata Iskandar tempoh hari tu, apa sebenarnya?" Nina terkaku mendengar perkataanku.

"Nina, maafkan kaka kalau kaka datang awal pagi macam ni tapi kaka tak rasa selesa selama empat hari ni. Fuad masih tak jawap panggilan kaka dan balas SMS kaka. Kaka risau." Sambungku setelah melihat keadaan Nina sebegitu.

"Kaka masuk lah. Abang Fuad ada di meja makan. Kaka dah sarapan? Kalau belum kita sarapan bersama dulu." Nina menutup pintu dan menarikku masuk.

"Siapa datang Nina?" Jerit Iskandar. Nina tidak menjawap kerana kami sudah sampai melangkah di ruang meja makan. Kelihatan Fuad terkejut melihat kedatanganku. Aku bersalaman dengan kedua orang tua Fuad.

"Ira minta maaf datang waktu begini." Kataku agak sopan.

"Tidak apa. Ira sudah sarapan? Kalau tidak, kita sarapan sekali." Kata Pg Haji Khalid. Belum apa-apa Fuad sudah naik angin. Fuad terus saja keluar di belakang halaman rumah. Aku mengikutnya.

"Tak apa! Biarkan. Ini masalah mereka. Biarkan mereka selesaikan.Kita tak perlu masuk campur." Kata Pg Haji Khalid kepada semua keluarganya ketika itu. Pg Haji Khalid mengerti keadaan yang berlaku antara anak lelakinya dengan anak kawannya itu.

Aku memandang Fuad yang berdiri di sisi kolam renang. Pada awalnya Fuad memandangku, tidak lama kemudian Fuad memusingkan badanya membelakangiku. Aku melangkah perlahan menuju kearah Fuad dan berdiri di belakangnya.

"Fuad sihat? Ira tengok Fuad macam tak sihat je." Tanyaku memulakan bicara.

"Kalau Fuad sakit pun, Ira tak perlu nak peduli." Jawap Fuad acuh tak acuh.

"Apa hal?" Tanya Fuad dengan nada yang agak kasar.

"Nak jumpa Fuadlah." Jawapku berani.

"Buat apa nak jumpa Fuad. Ira pergilah kat Hazrul tu. Buat apa jumpa Fuad lagi! Kalau dia nampak Ira kat sini nanti marah pula!"

"Apa Fuad cakap ni? Ira tak faham. Kenapa Hazrul di bawa-bawa?" Aku kurang mengerti apa yang di marahkan lelaki di depannya ini.

Fuad memusingkan badanya pantas dan mendekatiku.

"Ira kan dah bersama semula dengan Hazrul. Hmm Tahniah!"

"Siapa kata Ira bersama dengan Hazrul semula?" Tanyaku pelik.

"Kalau tak bersama kenapa hari tu.. hari tu.. dia.. dia.. ahhh faham-fahmlah. Malas Fuad nak cakap. Sudahlah Ira! Jangan nak tipu Fuad! Ira pergi pulang je!" Aku diam seketika. Berfikir apa yang di maksudkan lelaki ini.

"Fuad kata apa ni? Ira masih tak faham." Tanpa ku duga Fuad mengucup dahiku dan memelukku kemudian sepantas itu juga dia melepaskan pelukan tersebut dan berdiri jauh denganku. Pada mulanya aku kebingungan dengan tindakan Fuad sebentar tadi tetapi akhirnya kini aku mengerti apa yang sebenarnya yang di marahkan lelaki ini.

"Sebab hal ini Fuad marah dengan Ira? Sebab hal ini juga Fuad langsung tak jawap panggilan dan SMS Ira? Begitu?"

"Fuad, kalau hal itu buat Fuad begini, Ira akan terangkan apa yang berlaku sebenarnya. Hari itu.." Fuad pantas memotong ayatku.

"Kalau Ira nak jelaskan tentang hari tu, tak payah! Fuad tak nak dengar. Hari itu sudah jelas terbukti apa yang hati Ira inginkan sebenarnya. Ira masih sayangkan dia."

"Fuad... Ira.." Fuad memotong ayatku lagi.

"Dan lagi..Sebenarnya hal ini Ira tak perlu jelaskan pada Fuad sebab Fuad bukan teman lelaki Ira. Fuad tidak ada kaitan dalam hal ini. Maaf lah sebab masuk campur dalam hal Ira dan Hazrul sebelum ni.

"Ira.." Lagi sekali Fuad memotong ayatku.

"Mulai dari saat ini kita tak payah jumpa. Fuad bertul-betul tak nak jumpa Ira lagi! Fuad bosan tengok muka Ira!." Fuad memusingkan badannya semula membelakangiku.

Airmataku jatuh. Sedih mendengar kata-kata Fuad. Fuad langsung tidak memberi aku peluang untuk mejelaskan apa yang berlaku antara aku dan Hazrul hari itu. Apa yang tersirat di hatiku kini, Fuad langusng tidak mahu mendengarnya. Aku kecewa.

"Maaf ganggu Fuad". Kataku. Sebelum berlalu pergi aku memandang Fuad walau hanya dari belakang badannya, itu sudah mencukupi. Kali ini Fuad seperti benar-benar membencinya. Hatiku merajuk dengan kata-kata Fuad.

"Kenapa tak pergi lagi? Pergi!" Jerit Fuad mengejutkan aku. Aku terus berlari meninggalkanya.

"Kak, Maaf ya. Abang sebenarnya tidak bermaksud nak buat begitu." Nina sempat menenangkanku, ketika itu aku sudah berada di luar rumah. Aku hanya menggelang dan meninggalkan rumah itu.

Bab 21

Aku tidak dapat tidur lena semalaman memikirkan masalahku dengan Hazrul. Sejujurnya, pada mulanya aku merasa bahagia melihat kehadiran Hazrul kembali tetapi di samping itu juga aku merasa sakit hati dengan apa yang Hazrul lakukan padaku. Aku keliru dengan perasaanku.

Apa yang aku mahukan sebenarnya? Dalam kerinduan, timbul rasa benci. Benci dengan perbuatan Hazrul dua tahun lalu.

Dalam keadaan yang mengantuk, aku masih boleh membuat kerjaku. Lagi satu jam, habis waktu kerja.

Tepat 5:00 petang, Umi sampai menjemputku. Alya ikut bersamaku pulang. Dalam perjalanan pulang, handphoneku sering berbunyi, nama Fuad. Tidak Fuad, Nina. Aku tidak menjawap satu panggilanya ketika ini kerna aku memerlukan ketenangan. Ketenangan menghadapi Hazrul nanti.

Sesampai aku di rumah, Hazrul sudah datang menungguku. Bukan Hazrul seorang saja datang tapi satu keluarga Hazrul. Aku terkejut melihat kedatangan mereka sekeluarga. Apa makna kedatangan ini? Aku gelisah.

Umi menjemput mereka sekeluarga masuk. Aku menarik lengan Hazrul sebelum masuk ke dalam rumah.

“Haz, apa ni?” Tanyaku. Hazrul mengusap-ngusap rambutku lembut kemudian mengucup dahiku lembut. Aku terkaku kerana kucupan itu mengingatkan aku dua tahun lalu saat-saat kami bersama. Kucupan itu sering di buat oleh Hazrul selepas kami pulang dari berjumpa. Tiba-tiba saja airmataku jatuh.

Sepantas itu juga Hazrul memelukku kuat. Aku tidak membantah. Aku menangis dalam pelukkanya. Hanya TUHAN mengerti apa yang aku rasakan ketika itu.

Apa yang Hazrul lakukan sebenarnya? Kenapa dia harus mengimbas kembali kenangan kami? Aku benar-benar tidak dapat menolak perasaanku ketika itu.

Dari jauh Fuad melihat apa yang berlaku di depanya sekarang. Hatinya sakit. Kini dia mengerti gadis itu sebenarnya masih mencintai Hazrul. Memang betul kata Hazrul, dia selama ini jadi penghalangnya. Nina yang duduk di sebelahnya memandang dengan penuh simpati kepada Abangnya. Begitu juga dengan Iskandar. Walaupun dia kurang mengerti apa yang berlaku di sebalik kejadian ini tapi melihat gerak geri saudaranya itu, memang sah Abang saudaranya itu jatuh cinta terhadap gadis itu.

“Sakit hati Abang Nina" Fuad berkata kepada adiknya.

“Abang, kita pulang. Biar Abang Is yang bawa kereta ini.” Kata Nina. Iskandar mengangguk tanda mengerti. Fuad dan Iskandar bertukar tempat duduk kemudian pulang.

Waktu malam…

Fuad duduk termenung di ruang tamu. Kedua orang tuanya yang duduk di sisinya tidak di pedulikannya. Dari pulang tadi sampailah sekarang, Fuad hanya termenung. Nina dan Iskandar merasa risau melihat keadaan Abangnya itu.

Tiba-tiba handphone Fuad berbunyi tapi Fuad tidak mengendahkannya. Kerana rimas dengan bunyi handphone tersebut, Nina mengambilnya dari poket seluar Abangnya itu. Nama Ira yang tertera.

"Abang, Kaka Ira call. Jawaplah Bang!” Nina menyerahkan handphone itu kepada Fuad tetapi Fuad tidak menyambutnya sehinggan deringan itu hilang. Lagi sekali ianya berbunyi, pemanggilnya sama.

Fuad bingkas bangun dari duduknya dengan perasaan marah.

"Abang malas nak jawap! Nina je jawap dan beritahu dia jangan ganggu Abang lagi!" Fuad terus berlalu naik ke atas meninggalkan mereka.

Tanpa berlengah Nina menjawap panggilan itu.

"Hello Kak Ira. Ini Nina.”Katanya.

“Oh Nina. Nina, mana Fuad?” Tanyaku

“Abang.. Abang.. Dia..” Nina gelisah tidak tahu hendak cakap apa.

“Nina okey? Kenapa ni? Kenapa dengan Fuad?”

“Kak, Nina tak tahu nak cakap macam mana tapi Nina kena juga beritahu Kaka.”

“Nina cakaplah.” Tanpa di duga Iskandar yang sudah tidak tahan melihat adik saudaranya itu seperti takut-takut hendak berkata, sepantas itu juga dia menarik handphone tersebut.

“Fuad tak nak kau ganggu dia lagi. Kau pergi je dengan lelaki yang kau sayang sangat tu! Faham!” Iskandar menutup pangilan tersebut.

Nina seperti tidak percaya mendengar apa yang di katakan Abang saudaranya ini, sepantas itu dia menghempas-hempas kecil badan Iskandar. Kedua orang tua Nina turut berisitigafar mendengar kata-kata anak buahnya ini.

“Astgafirullahalazim! Is! Is! Kenapa mesti cakap begitu?” Kata Hajah Sharifah.

“Abang dah gila! Itu dah buat kaka sedih tau!” Marah Nina.

“Alah! Abang Fuad cakap tak nak perempuan tu ganggu dia lagi. Apalgi. Abang cakap lah! Lagipun Nina tak berani beritahu dia juga.” Jawapnya. Nina menghempas lagi badan Iskandar.

“Abang cakap begitu sebab Abang dah marah, bukan bererti Abang serius dengan kata-kata dia. Ini boleh menambahkan kerumitan antara mereka kelak. Nina nak cakap dengan kaka elok-elok tadi supaya kak Ira faham dan tak terasa tapi Abang... " Iskandar terdiam seketika.

"Susah betul Abang ni. Itu pun tak faham ke? Sudahlah! Malas nak layan Abang. Abang kena selesaikan masalah ini" Nina terus berlalu meninggalkan Iskandar.

Bab 20

Hazrul duduk termenung di biliknya sambil berfikir. Sejak pulang dari rumah bekas teman wanitanya itu tadi dia mula berfikir, tentang apa yang akan terjadi pada dirinya dan bekas teman wanitanya itu kelak. Dia risau, risau kehilangan gadis itu. Sejak berpisah, dia sedar bahawa dalam hidupnya dia sangat memerlukan kasih sayang seorang perempuan seperti bekas teman wanitanya itu tapi dia sudah mengabaikan kasih sayang itu. Dia menyesal. Betul-betul meneyesal. Kalaulah masa boleh berputar kembali. Hazrul mengeluh.

Hazrul turun ke tingkat bawah, di lihatnya adik beradiknya dan kedua orang tuanya sedang menonton dvd. Dia mengambil duduk di sisi Ibunya, Hajah Heliza. Hajah Heliza sedar melihat kegusaran anak keduanya ini.

“Kenapa dengan Haz ni? Ada masalah? Cerita dengan mummy.” Katanya. Adik beradik Hazrul yang lain menoleh ke arah Abangnya. Begitu juga dengan Haji Ahmad, ayah Hazrul.

“Mummy ingat lagi Ira?” Tanya Hazrul memulakan bicara. Setelah mendengar nama itu, semua adik beradik Hazrul memalingkan kepala dan menonoton kembali televisyen itu, bukan tidak suka cuma kalau di sebabkan gadis itu, kalau di fikirkan kembali, Abangnya yang bersalah melepaskan gadis sebaik itu dengan sia-sia. Buat apa nak di fikirkan lagi. Terasa sayang mereka rasakan kehilangan seorang teman wanita Abangnya yang baik sebegitu. Itu pendapat mereka.

“Mummy ingat, kenapa?”

“Haz jumpa dia lagi. Sebulan yang lalu. Itupun Haz sendiri yang nak pergi jumpa dia. Haz masih sayangkan dia mummy. Haz sedar, Iralah perempuan yang Haz perlukan selama ini. Haz menyesal sebab lukakan hati dia dua tahun lalu.”

“Itu salah Abang! Kalau bukan di sebabkan perempuan tu, Abang tak akan abaikan Kak Ira. Nak menambat hati perempuan yang pernah di lukai bukan senang bang!” Sampuk Amy, adik ketiga Hazrul.

“Apa reaksi Ira bila jumpa Haz kembali?"

"Pada mulanya dia tak nak layan Haz. Dia marah tapi Haz tak putus asa. Haz ikut jejak dia di mana saja. Tapi Ira sekarang dah berubah Mummy, kalau dulu boleh di pujuk itu ini tapi sekarang susah sekali. Ira dah banyak kali menolak hasrat Haz hendak bersama dengannya. Mungkin Ira masih terasa dengan perbuatan dan kata-kata Haz sebelum meninggalkan dia."

“Apa Haz kata pada dia?”

“Hari terakhir kami bersama tu, Ira kata nak jumpa tapi Haz tak nak mummy sebab masa tu Haz bersama perempuan lain. Haz cuma SMS dia untuk mengakhiri hubungan kami dengan alasan.. hmmm.. Haz cakap.." Hazrul tidak dapat meneruskan ayatnya.

“Abang cuma cintakan Kak Ira sebab kasihan dan tidak dapat menerima keadaan diri Kak Ira waktu tu.'' Sampuk Amy lagi. Apabila mengingatkan hal ini, dia merasa marah terhadap Abangnya.

“Sebab kasihan? Apa maksud kata-kata Haz tu? Dan tidak menerima apa?” Haji Ahmad yang dari tadi menjadi pendengar setia terus saja menutup Televisyen dan memandang fokus kepada anak keduanya itu.

“Mummy sendiri ada kan waktu tu masa hari pertama kami berjumpa, kami bercinta sebelum berjumpa mummy. Bila tengok je keadaan Ira ketika itu, tiba-tiba saja Haz rasa tak ada perasaan. Ada tapi cuma sikit je. Haz tidak dapat menerima diri Ira waktu tu tapi melihat Ira seperti menghargai hubungan kami, Haz teruskan saja lah. Kasihan juga kalau di tinggalkan begitu saja.”

"Anak yayah macam ni! Yayah tak sangka Haz buat begini pada Ira. Pertama kali yayah tengok Ira, yayah rasa dialah perempuan yang terbaik dari semua perempuan yang yayah kenal sebelum ni. Haz sendiri tahu kan macam mana dia layan keluarga kita. Dia layan Haz baik dan kami juga. “

“Itu Haz tahu. Sebab tu bila kami berpisah, Ira dah tak ada di sisi Haz, Haz rasa macam dah hilang sesuatu benda yang berharga. Dan mula saat itu Haz sedar selama ini Haz memang menyanyanginya. Cuma Haz buta melihat ketulusan Ira dan memeahami hati Haz sendiri. Haz menyesal selama dua tahun ini.”

“Abang sering putus dengan teman wanita Abang dan baru-baru ini Abang putuskan Kak Feza disebabkan Kak Ira?”

“Ya! Kalau Abang bercinta mana-mana perempuan, Abang tak dapat nak beri kasih sayang itu kepada mereka. Sebab kasih sayang Abang hanya pada Ira. Abang tak dapat lupakan Ira. Abang nak Ira bagi Abang peluang. ”

“Tapi Bang, Kak Ira sudah menolak Abang banyak kali. Macam mana …” Hajah Heliza memotong ayat anak ketiganya itu.

“Haz kena cuba juga. Mummy pun suka sangat dengan Ira tu. Kalau dia melepas mana-mana lelaki lain, rasa sayang.” Hazrul mengeluh berat.

“Cakap pasal lelaki lain, ini yang buat Haz semakin risau. Haz sendiri tak pasti apa hubungan Ira dengan lelaki ini. Lelaki ini sekejap ada sekejap tak ada. Tapi Haz rasa lelaki ini seperti menyintai Ira dan Ira….” Hazrul tiba-tiba mengimbas kejadian tadi sewaktu Fuad dengan Ira memandang antara satu dengan yang lain, melihat renungan mata Ira, dia merasa bekas teman wanitanya itu turut menyintai Fuad.

“Hazrul.. Hazrul… Hazrul!!” Panggil Hajah Heliza mengejutkan lamunannya.

“Ira apa?”

“Menyintai lelaki ini juga. Mummy, adakah Haz terlambat. Ya! Terlambat. Haz memang sudah terlambat.” Tiba-tiba saja Hazrul emosi.

“Haz.. Haz! Haz tak boleh nak putus asa macam ni. Ingat kata Mummy ni. Kalau Haz tak dapat Ira juga, Haz boleh jadi kawan dia sekurang-kurangnya antara Haz dengan Ira tak akan putus.” Pujuk Hajah Heliza. Hazrul diam. Lama dia berfikir.

“Esok Haz jumpa Ira. Kita lihatlah apa yang akan terjadi esok. Haz akan menghormati apa saja keputusan Ira.” Hazrul menarik nafas lega, sekurang-kurangnya masalahanya ini di kongsikan bersama keluarganya. Di samping itu juga dia dapat memujuk hatinya yang gelisah menanti hari esok.

Thursday, 4 March 2010

Bab 19

Aku menyediakan makan malam bersama Umi. Malam ini keluarga Hajah Sharifah akan makan malam di sini. Dua sahabat Fuad, Nizam dan Tasya turut di ajak. Alang-alang sudah makan beramai-ramai, aku turut mengajak Alya dan Zimi. Bila di fikirkan kembali dengan hal ini aku jadi gelisah, bersusah payah aku mengelak dari Fuad waktu di pantai tadi, tak semena-mena Umi mengajak mereka sekeluarga makan malam di sini.

Apabila Umi berkata sedemikian Fuad tersenyum lebar mendengarnya. Tidak tahu apa agakanya di fikirkan pemuda itu. Macam-macam.

Beberapa minit aku terdengar lonceng rumah berbunyi. Aku semakin gelisah. Mungkin itu mereka. Tanpa di suruh, aku mengusai diriku agar lebih kemas kemudian berlari anak-anak menuju ke pintu. Aku menarik nafas kemudian barulah aku membukanya.

Mereka sudah datang. Tapi kelibat Fuad tidak kelihatan. Begitu juga dengan Nizam dan Tasya. Cuma kedua orang tuanya dan Nina. Tidak lama kemudian Alya dan Zimi datang.

“Fuad tak datang Nina?” Tanyaku spontan.

“Oh Abang, dia pergi jemput Abang Is. Nanti dia datang.” Jawapnya. Belum sempat aku bertanyakan siapa yang di maksudkan Nina, Umi mucul dan mengarahkanku menyambung semula apa yang ku buat tadi.

“Ira pergi sediakan makanan itu kat atas meja. Semua dah siap masak tu. Umi nak tukar baju dulu ni.” Aku hanya mengangguk menurut apa yang di suruh Umi. Tanpa di suruh, Alya dan Nina membantuku menyediakan makan malam itu.

“Siapa Abang Is Nina?” Tanyaku sambil tanganku lincah menyusun makanan yang baru di masak tadi.

“Abang saudara Nina. Dia baru balik dari Australia. Belajar kat sana. Tahu tak sudah seminggu Abang Is kat Brunei, baru hari ini dia call kami.”

“Mungkin dia penat. Atau dia nak luangkan masa bersama keluarga dia dulu.”

“Abang Is tinggal dengan kami Kak sejak Ibu Abang meninggal dunia dan Ayah dia kahwin lagi. Ketika itu Abang Is baru berumur 7 tahun. Kita bertiga memang rapat. Dah macam adik beradik Kak.”

“Kasihan dia.”

“Apa yang kasihan? Korang bercakap pasal Abang ya.” Tiba-tiba saja seorang pemuda yang baru aku kenal muncul. Mungkin dia ni Abang Saudara yang di katakan Nina tadi. Iskandar. Fuad, Zimi, Nizam dan Tasya juga turut muncul ketika itu.

“Abang! Dah sampai rupanya.” Iskandar tersenyum. Ketika itu Fuad yang berdiri tidak jauh dariku memandangku lama. Aku gugup. Aku membalas pandanganya dan tersenyum padanya bagi menutup segala kegusaran di hatiku.

“Hmmmm sedapnya bau. Mesti sedap kan ni. Lama dah tak makan masakan Brunei.” Tanpa di suruh Iskandar duduk.

“Abang! Tak malu betul. Orang punya rumah masih belum ajak kita duduk, Abang sudah duduk. Tak sopan. Kalau Mama tahu, Abang kena marah tau.” Nina memarahi Abang Saudaranya itu.

“Tak apa. Duduk je. Lagipun dah siap sedia semua. Semua duduklah. Ira panggil Umi dan Auntie Uncle sekali.”

Ketika aku masuk kembali ke ruang meja makan, mereka sudah mengambil duduk di tempat masing-masing. Yang mengejutkan aku, tempat dudukku adalah di sisi Fuad. Dan kananku Nina dan Iskandar.

Kami menikmati makan malam kami dengan penuh selera. Riuh rendah ruang meja makan ketika ini. Bermacam-macam yang kami ceritakan ketika itu. Kehadiran Iskandar benar-benar membuatkan keadaan jadi riuh dengan guruan spontannya itu. Aku tahu Fuad sering memandangku tapi aku buat tidak tahu, kalau di layan sangat perasaanku ini, semakin menjadi-jadi gelisahku ini.

Malam itu juga, aku dan Alya baru mengetahui bahawa Zimi adalah kawan Fuad dan Nizam juga. Kecilnya dunia ini. Mereka kawan satu sekolah.

Selepas makan, kami semua duduk di ruang tamu, menonton televisyen sambil menikmati pencuci mulut. Ketika itu, Kedua orang tua Fuad rancak berbual dengan Umi, di satu sudut lain kumpulan pemuda-pemuda pula berkumpul, entah apa yang mereka borakkan dan aku pula bersama dengan Nina, Tasya dan Alya. Macam-macam kami borakkan. Sesekali aku memandang Fuad. Begitu juga dengannya.

Aku perhatikan Fuad dari tadi, pemuda ini tidak banyak bercakap, entah apa yang di fikirkan pemuda ini kali ini. Hanya senyuman yang selalu terukir di bibirnya. Tiba-tiba pintu lonceng berbunyi. Aku melihat jam di dinding yang menandakan jam 9:00malam.

"Hmm siapa pula yang datang ? Ira ada jemput siapa-siapa lagi?" Tanya Umi.

"Tidak Umi. Tak apa, Ira buka pintu." Kataku. Aku bingkas bangun.

"Fuad temankan!" Kata Fuad. Aku tidak membantah. Kami beriringan berjalan menuju ke pintu dan membukanya. Alangkah terkejutnya aku. Hazrul!

Kenapa wajah lelaki ini saja yang muncul mengangguku?!! Tidak habis-habisnya!

"Buat apa kau datang? Kan aku dah cakap jangan gangu Ira lagi. Kenapa kau tak faham-faham ni!" Marah Fuad tiba-tiba.

"Aku dah cakap, aku tidak akan putus asa terhadap dia. Kau jangan masuk campur." Kata Hazrul pula. Kemarahan Fuad tidak dapat di kawal lagi, terus sahaja di tumbuknya Hazrul hingga terjelupuk ke lantai. Umi dan yang lain tedengar keriuhan di muka pintu terus mendaptkan kami.

"Ira kepunyaan aku. Jangan kacau dia!" Marah Fuad. Bengang betul dia dengan lelaki ini yang tidak faham-faham. Di tumbuknya lagi. Fuad sudah bagai orang gila, aku panik. Aku menarik lengan Fuad.

"Fuad! Sudah! Sudah! Jangan cederakan dia lagi." Jeritku. Nizam, Zimi dan Iskandar membantuku menyabarkan Fuad. Hazrul berdiri.

"Tengok! Ira masih sayangkan aku. Kau yang sepatutnya jangan kacau dia. Aku tahu Ira ingin bersama denganku lagi tapi kehadiran kau menghalang semuanya. Kaulah penghalang semua ini!" Jerit Hazrul. Aku memandang Hazrul.

Sepantas itu juga Fuad mendekatiku. Fuad merenungku sambil tangannya memegang kedua-dua belah kepalaku.

“Ira. Ira. Ira!” Hanya namaku yang keluar dari bibirnya. Fuad gelisah. Ku renung matanya. Walaupun tiada kata yang keluar dari bibirnya tapi aku seakan mengerti maksud renungannya itu. Aku melepaskan pegangan Fuad dan menghampiri Hazrul. Tersenyum lebar Hazrul.

“Esok, lepas pulang kerja Haz datanglah sini lagi. Kita bincang hal antara kita.” Kataku pada Hazrul.

“Okey, esok Haz datang. Harap-harap lelaki ini tidak menganggu kita lagi.” Hazrul menunding jari pada Fuad.

Fuad merasa hatinya bagai di koyak. Adakah benar selama ini dialah yang jadi penghalang antara mereka? Adakah dia sudah kalah dengan perasaannya sendiri? Adakah benar dia sudah benar-benar jatuh cinta pada gadis ini?

Gadis ini sebenarnya masih mengharap pada Hazrul. Adakah itu benar? Fuad keliru!

Bab 18

Fuad duduk diam membisu. Hatinya benar-benar ingin saja memarahi lelaki itu tapi ketika ini dia tidak ada kekuatan. Ice Cream di tanganya dan Nisha yang duduk di sisinya tidak di endahkannya. Fikiranya ketika ini adalah gadis itu.

“Sayang, you okey?” Nisha menegur. Fuad memejamkan matanya sambil kepalanya di tundukkannya. Nizam dan Tasya panik melihat keadaan Fuad ketika itu. Mereka tahu, Fuad seperti menahan sesuatu perkara di hatinya. Tidak lama kemudian Fuad membuka matanya dan memandang Nisha.

“Nisha, Fuad nak tamatkan hubungan kita.”

“Apa?!!!” Nisha terkejut. Begitu juga dengan Nizam dan Tasya.

“Kita tamatkan hubungan kita. Fuad tak nak lukakan hati you lagi. Okey! Fuad jujur. Selama ni Fuad tak ada perasaan pada you apatah lagi mencintai you. Semua ini adalah permainan hidup Fuad. Fuad tidak pernah serius mana-mana perempuan. Setiap minggu, Fuad akan tukar-tukar teman wanita. Maafkan Fuad Nisha. Fuad mahu hentikan semua ini.” Nisha memandang Fuad kemudian menamparnya.

“Yea! Memang semua perempuan yang Fuad sakiti kena buat macam ni. Ini kesalahan Fuad.” Fuad meyambung katanya lagi.

“Nisha tahu! Nisha tahu Fuad tak serius bersama Nisha. Nisha perempuan, Nisha boleh bezakan antara perasaan sebenar dengan tidak. Tambahan lagi kawan Nisha pernah di sakiti oleh Fuad. Siapa tak kenal Ak Fuad Pg Hj Khalid. Banyak perempuan dah kena dengan Fuad! Nisha sengaja menerima Fuad kerana pada mulanya, Nisha ingin membalas dendam demi kawan Nisha tapi sejak pertama kali Nisha mula mengenali Fuad, Nisha boleh rasakan sesuatu yang bermain di minda Fuad. Fuad tidaklah sejahat seperti yang mereka fikirkan. Fuad cuma hilang arah tentang perasaan dan hati Fuad sendiri. Dan kini Nisha tahu hati Fuad sudah 'di masuki seseorang" Fuad terdiam.

Fuad memandang dari jarak jauh kelibat gadis yang ‘mungkin’ sudah menambat hatinya. Nisha turut memandang di mana mata lelaki itu berhenti. Dia tersenyum, dia mengerti. Gadis itulah yang sudah berjaya menambat hati lelaki ini.

“Pergilah Fuad! Sebelum lelaki itu bertindak dulu. Nampaknya lelaki itu betul-betul serius.” Kata Nisha seakan mengerti 'drama' yang berlaku sekarang ini. Fuad memandang Nisha kembali.

“Macam mana you tahu lelaki itu inginkan gadis tu? You kenal? Kenapa you tak cakap lelaki itu Abang dia ke apa ke. Kenapa you mesti fikir lelaki itu betul-betul serius?” Fuad membuat andaian. Nisha ketawa.

“Kalau Abang, tak mungkin Abang nak pegang tangan adik begitu lama dan seperti memaksa perempuan tu. Fikirlah. Kalau orang pun boleh fikir benda ni. Dan juga cara dia tengok gadis tu lain sangat.”

“You ne kan Fuad, sejak kenal Ira, dah jadi bengang sikit. Ini sah dah kena panahan cinta Iralah ni.”Sampuk Tasya setelah lama mendiamkan diri dan menjadi pemerhati dan pendengar dari tadi.

“Okeylah. Nisha anggap antara kita tak pernah berlaku apa-apa. Nisha tak simpan dalam hati. Sekarang pergilah pada gadis tu. Jangan lambat bertindak. Nanti melepas.”

“You nak balik macam mana? Fuad hantar you balik dulu ya. Kita sama-sama ke sini, jadinya biarlah Fuad hantar you balik.” Nisha menggelang.

“Tak apa. Nisha suruh Leeya jemput Nisha nanti.”

“Leeya. Leeya Leeya. Leeyalah kawan baik you Nisha?” Nisha mengangguk.

“Nisha, tolong beritahu Leeya, Fuad minta maaf atas apa yang berlaku sebelum ini. Fuad betul-betul menyesal.”

“Okey, Sekarang pergi kat gadis tu. Jangan banyak cakap lagi. Pergi.” Nisha menolak sedikit badan Fuad.

“A’ahlah Fuad. Kau pergilah. Tu! Kau tengok Ira tu. Naik rimas dia dengan Hazrul tu. Hazrul tu nak ikut dia sana sini. Pergilah. Tunjukkan perangai kau sebelum ni.” Fuad tersenyum mendengarnya. Sepantas itu dia belari ke arah gadis itu.

“YA ALLAH! Jangan paksa Ira macam ni! Ira datang sini nak relaks. Bukan nak stresskan benda macam ni. Berapa kali Ira nak cakap lagi. Ira tak nak ada apa-apa hubungan dengan Haz lagi. Tolonglah faham.” Ketika itu fikiranku tiba-tiba terfikirkan Fuad. Kalaulah ada lelaki ini mungkin dia sudah terselamat dari Hazrul. Mungkin Fuad akan cuba berlakon bahawa aku adalah teman wanitanya. Aku ingin Hazrul berhenti berkelakuan begini. Aku betul-betul tidak tahan dengan sikapnya.

“Kan aku dah cakap jangan ganggu dia. Kenapa kau tak faham ni!” Tiba-tiba Fuad muncul sambil tangan kirinya memeluk bahuku lembut. Aku memandangnya dan tersenyum padanya. Fuad membalas senyumanku itu.

“Kau peduli apa. Ira ni bukan Isteri atau teman wanita kau. Dan kau harus tahu aku lelaki pernah di cintainya. Kau? Kau cuma anak kawan Umi je. Lepas tangan kau tu.” Hazrul melarikan tangan Fuad dari bahuku. Sepantas itu juga aku memeluk lengan Fuad kembali.

“Siapa kata Ira bukan teman wanita aku. Ira akan bakal jadi Isteri aku. Dan kau jangan nak ganggu dia lagi. Ira tak suka kau lagi. Kau ingatlah! Kau masa lampau Ira dan aku masa depan Ira! Kau dah pernah sakitkan hati Ira buat apa kau nak menagih cinta pada dia lagi. Dia tak suka kau lagi. Kau ingatlah! Jom Ira, kita pergi. Jangan peduli lelaki ini lagi.” Aku hanya menurut.

“Macam mana Hazrul tahu Ira kat sini?” Tanya Fuad. Kami beiringan berjalan menuju ke pondok di mana Umi dan kedua orang tua Fuad berada. Kami lupa bahawa kami tidak bertegur sapa sebelum ini.

“Ira tak tahu. Selama Fuad tidak ada, di mana-mana mesti dia muncul. Dia tahu apa yang Ira akan lakukan dan Ira pergi mana-mana.” Aku mengeluh. Kami tidak sedar tangan kami masih bersatu.

“Tidak apa. Kali ini mesti dia tak berani sebab Fuad akan jaga Ira. Akan sentiasa di sisi Ira.” Aku tersenyum.

“Hmmm pelik tapi okeylah.” Nina tiba-tiba bersuara dari arah belakang sambil tersenyum lebar. Kami memandang Nina. Di sisi Nina Nizam dan Tasya.

“Sejak bila korang dah bebaik ni? Ohh korang bercinta sembunyi-sembunyi ya. Romantiknya sampai pegang tangan.” Nizam mengusik. Tiba-tiba aku dan Fuad tersedar. Sepantas itu aku melepaskan tanganku.

“Kita tak ada becinta tau. Jangan cakap sembarangan.” Aku berlari anak menuju ke pondok dan mengambil duduk di sisi Umi. Ketika itu aku merasa hatiku berdegup laju.

Bab 17

Sudah tiga minggu aku tidak berjumpa dengan Fuad. Sejak kejadian itu aku dan Fuad tidak bertegur. Aku masih terasa dengan sikapnya yang keterlaluan itu. Kadangkala Nina, Tasya dan Hajah Sharifah datang ke rumah melawatku dan Umi. Hajah Sharifah sudah mengetahui apa yang berlaku antara aku dan Fuad. Pada mulanya Hajah Sharifah memujukku supaya berbaik semula dengan Fuad tapi aku enggan. Alang-alang dah berlaku sebegini, inilah masa aku untuk menenangkan hatiku.

Ketiadaan Fuad membuatku hidup lebih selesa. Tiada keresahan dan kebingungan dengan sikapnya yang agak mengada-ngada. Bercakap dengan sesuka hatinya. Tetapi masalah antara aku dan Hazrul masih lagi. Hari demi hari Hazrul sering mengangguku. Aku betul-betul rimas.

Hari minggu ialah hari yang sungguh menyeronokkan. Aku dapat berehat dan menghabiskan masaku lebih lama bersama dengan Umi. Aku membawa Umi berkelah di Pantai Muara. Jika kami berdua, terasa bosan juga, akhirnya Umi mengajak Hajah Sharifah dan Pg Hj Khalid berkelah bersama. Nina turut datang bersama. Aku menghela nafas panjang kerana Fuad tidak ikut bersama. Sebelum ini seperti selalunya Fuad tidak akan datang.

Aku dan Nina berjalan-jalan di tepi pantai sambil mengambil gambar diri kami sendiri. Bermacam-macam kerenah kami lakukan. Biasalah perempuan kan. Manakala Umi dan kedua orang tua Nina duduk bersantai di sebuah pondok.

Di sudut lain….

“Lama betul aku tidak jumpa dia.” Fuad berkata sendirian sambil bibirnya mengukir senyuman. Dia berdiri bersembunyi di sebalik pokok. Nizam dan Tasya menemaninya seperti selalunya.

“Kau ni Fuad, kalau rindu pergi je tegur. Tak payah nak sembunyi-sembunyi macam ni.” Nizam mula bersuara.

“Kau gila! Tu tu girlfriend aku ada. Kalau dia nampak aku pergi jumpa perempuan lain, mengamuk dia. Lagipun aku malas lagi nak tegur perempuan tu. Dah 3 minggu aku tak tegur dengan dia.” Balas Fuad sambil matanya memandang ke arah seorang perempuan yang sedang beratur hendak membeli ice cream Mr.Softy.

“Alah biar dia mengamuk. Bukannya lama kau nak becinta dengan dia kan. Kan prinsip kau, cinta adalah permainan. Kau nak bercinta dengan perempuan hanya seminggu kan.”

“Ahhh malas aku nak layan kau.” Fuad kembali memandang ke arah gadis tu. Dia tersenyum lagi melihat kelakuan gadis itu dengan adiknya. Sejujurnya dirinya merindukan gadis itu.

“Fuad, aku hairanlah mengapa kita datang sini. Kau boleh dating tempat lain tapi kenapa kat sini juga kau pilih? Siap bawa kami lagi. Ohhh…….. Aku tahu. Sebab Ira ada kat sini kan.” Kali ini Tasya pula bersuara. Seperti selalunya Fuad akan mengajak kawan baiknya Nizam dan Tasya ikut bersamanya di mana saja walaupun dia bersama dengan teman wanitanya atau siapa sahaja.

“Taklah! Girlfriend aku ni yang nak datang sini. Tak sangka pula mereka ada kat sini.” Balasnya dengan nada yang agak ragu-ragu. Tasya memandang Fuad. Fuad melarikan pandangannya.

“Sayang, Fuad ni kalau dia bohong dia tak berani nak pandang mata orang. Tengok! Tadi Fuad tak nak padang Sayang.” Sampuk Nizam. Tasya dan Nizam ketawa.

“I tahu, I sengaja nak tanya Fuad soalan macam tu. Nak tengok apa jawapan dia tapi jawapan dia tak sama apa kata hati dia katakan, kan By?” Nizam mengangguk.

“Korang ne jangan nak cakap yang bukan-bukan. Aku cakap betul tau.” Tidak lama kemudian ''teman wanita seminggu'' Fuad muncul membawa dua ice cream dan menyerahkan kepada Fuad.

“Sayang, kita duduk kat sana. Nak?” Kata Nisha sambil jarinya menunding ke arah sebuah pokok kayu yang sudah di tebang untuk di jadikan tempat duduk. Fuad diam kerana tempat yang di inginkan teman wanitanya itu tidak berapa jauh di mana gadis itu dan adiknya berada. Nizam dan Tasya berpandangan.

“Kita duduk kat bangku sana tu je ya. Lebih selesa.”Jawap Fuad sambil menunjuk di sebuah bangku tidak jauh dari mereka bediri. Tanpa banyak cakap, Nisha bersetuju.

Di saat mereka berempat duduk bersantai di situ. Fuad terpandang dengan seseorang yang tidak di sukainya. Hazrul. Sejak dia mengetahui apa yang lelaki ini buat pada Ira, dia sangat membencinya. Hazrul sedar dengan kehadiran Fuad, seperti tidak apa-apa, Hazrul melintas di depan mereka dengan muka yang agak membencikan. Tiba-tiba saja dia merasa marah.

Kemarahannya semakin menjadi-jadi apabila terpandang Hazrul menghampiri gadis itu. Hatinya merasa geram, benci dan cemburu. Ya! Cemburu!!

Bab 16

Fuad membaringkan badannya di atas sofa di ruang tamu. Dia betul-betul menyesal memaksa gadis itu menjawap soalanya, sedangkan dia tahu gadis itu sensitif dengan soalan-soalan sebegitu. Ketika itu kedua orang tua Fuad, Nina, Nizam dan Tasya turut berada di situ.

“Kenapa dengan Fuad ni? Kasihan Ira.” Tanya Hajah Sharifah. Fuad diam. Dia menutup matanya. Beberapa minit barulah Fuad bersuara kembali.

“Ira mana Nina?”

“Nina suruh Kaka rehat di bilik Nina. Kasihan Kaka. Abang tak patut buat begitu pada Kaka.” Fuad mengeluh kemudian bangun dari baringannya. Fuad diam seketika, kemudian dia besuara lagi.

“Mama, Papa, sebenarnya Fuad dengan Ira tak ada apa-apa hubungan. Kita baru kenal Ira hari mama kenalkan kami itu. Tapi sebelum Mama kenalkan Ira kepada kami, kami sudah berjumpa dengannya sebelum tu. Itupun tak sengaja.”

“Mama tahu.” Balas Hajah Sharifah.

“Ah? Mama tahu? Macam mama tahu?”

“Fuad ni anak Mama. Siapa tak tahu anak sendiri. Mama boleh lihat reaksi muka Ira malam tu juga, dan mama boleh baca apa yang di fikirkan gadis itu. Fuad! Fuad! Mama sengaja anggap tak tahu benda ni. Mama nak tengok sampai bila Fuad nak buat begini. Fuad masih tak berubah.”

“Macam mana dengan Auntie Mar? Dia tahu juga?” Hajah Sharifah mengangguk.

“Auntie Mar pun sengaja buat-buat tidak tahu benda ni?” Hajah Sharifah mengangguk lagi. Fuad mengeluh lagi sambil menyandarkan badannya.

“Fuad kena minta maaf dengan Ira dan Auntie Mar kamu nanti. Sudahlah. Mama nak sambung temankan Papa kamu masak.” Hajah Sharifah dan Pg Hj Khalid masuk semula ke dalam dapur, meninggalkan anak-anak dan kawan-kawan anaknya itu. Urusan orang muda tak payah campur tangan.

Nizam mengambil duduk di sisi Fuad dan memandang Fuad lama.

“Kau kenapa Nizam?” Tanya Fuad setelah menyedari kawan baiknya itu asyik memandangnya.

“Baru tadi aku tanya tentang perasaan kau. Kau ni memang sah dah mula suka gadis tu kan? Betul tak cakap aku? Kau dah mula ambil berat tentang dia.”

“Nizam, berapa kali aku dah cakap. Kami baru kenal dua hari. Benda ni tak mungkin. Lagipun kau tahu aku tak pernah serius mana-mana perempuan, apatah lagi dengan gadis ini.”

“Kau ingat…” belum sempat Nizam menghabiskan ayatnya, Tasya menyampuk.

“Kau ingat cinta tak akan hadir walaupun masa kamu berkenal cuma dua hari tu? Cinta boleh hadir bila-bila masa cuma manusia lambat hendak bertindak atau perasan tentang perasaan ini. Contohnya kami. Kau ingat tak macam mana boleh kami bersama? Cuma beberapa jam sahaja perkenalan kami, kami memang sudah terasa dan merasa sesuatu yamg hadir dalam hati kami, kami cuba selami, akhirnya kami berdua sedar kami memang betul jatuh cinta. Cinta bukan mainan Fuad. Cinta adalah perasaan yang patut di hargai dan di rasai dari hati kita. Dan Tasya tahu perasaan itu sudah mula hadir di hati Fuad sedikit demi sedikit. Tak ada benda yang mustahil di dunia ini Fuad.” Nina dan Nizam mengangguk-ngagguk menggiakan kata-kata Tasya.

“Jangan Tasya! Aku tak mungkin ada perasaan dengannya. Tak mungkin!” Fuad masih lagi enggan menafikan apa yang sebenarnya tersirat di hatinya.

“Jjangan berselindung lagi. Tasya dah tengok semua kelakuan dan gerak geri Fuad sejak pagi tadi. Tengok Fuad marah apabila melihat Ira jumpa bekas teman lelaki dia. Tengok macam mana Fuad pandang mata dia. Tasya boleh rasa. Bukan Tasya saja. Nina juga boleh nampak.” Nina mengangguk.

“Fuad cuma tak suka Ira jumpa bekas teman lelaki dia sebab lelaki itu buat Ira sakit hati. Itu je.” Tasya ketawa.

“Tak suka? Sudah tak suka timbul perasaan marah. Bila dah marah timbul perasaan cemburu. Bila dah cemburu timbul perasaan suka. Bila dah timbul perasaan suka tu akhirnya jadi Cinta! Tasya dah tengok peringkat yang Fuad lalui sehari ini. Ini membuktikan Fuad…”

“Cukup Tasya! Jangan nak buat andaian yang bukan-bukan. Ini Fuad! Fuad yang mudah bosan dengan perempuan dalam masa satu minggu. Lepas seminggu ni, Ira tak ada lagi. Cukup!”

“Bukan setakat seminggu tapi dua hari ini sudah cukup!” Kataku yang muncul tiba-tiba. Mereka semua menoleh ke arahku. Aku menghampiri Fuad.

“Mulai sekarang, kita tak perlu jumpa. Kalau terjumpa pun anggap tak kenal je. Terima Kasih atas segalanya. Ira nak balik!.” Aku berlalu pergi ke muka pintu.

“Kaka! Kaka balik dengan siapa?” Sempat Nina bertanya.

“Alya dah jemput Kaka. Dia ada kat luar. Terima Kasih Nina. Kaka balik dulu. Selamat Malam.” Tanpa ada halangan, aku pun berlalu pergi.

Malam itu entah kenapa aku merasa sakit hati mendengar kata-kata Fuad tadi. Dari tadi dia asyik berselindung di balik dinding mendengar perbualan mereka semua. Hatinya benar-benar teguris apa yang di katakan Fuad dan juga hatiku terasa apa yang di huraikan oleh Tasya tadi. Aku mula berfikir, adakah aku hanya perempuan yang boleh di sakiti dengan sesuka hati?

Bab 15

Fuad memandu kereta dengan fokus sekali. Dari tadi aku hanya mendiamkan diri, begitu juga dengan Fuad. Dari keluar Mall sehinggalah sekarang Fuad tidak berkata apa-apa. Ku pandang belakang, Nina dan dua orang kawan Fuad juga turut mendiamkan diri. Aku gelisah.

Ketika di dalam Mall tadi aku berkali-kali meminta di lepaskan tetapi Fuad enggan, sebaliknya aku dimarahkannya. Melihat Fuad marah, aku jadi takut. Sebelum ni aku tidak pernah melihat muka serius Fuad sebegini. Sebelum ini hanya senyuman dan ketawa nakalnya memainkan peranan dirinya.

Aku memandang Fuad, ingin berkata sesuatu tetapi aku takut.

“Fuad, pasanglah radio, sunyilah.” Nizam memecahkan kesunyian.

“A’ahlah Fuad. Pasanglah. Aku bosan tau.” Tasya pula menyampuk. Fuad tidak memberikan apa-apa respon.

“Fuad” Panggilku. Kali ini aku cuba memberanikan diri untuk bercakap dengannya.

“Baru Ira nak cakap sejak tadi!” Balasnya. Terkejut aku mendengar suara lantangnya itu.

“Kenapa Ira tak beritahu Fuad Ira jumpa Hazrul?” Tanyanya tanpa memandangku. Matanya masih tertumpu kehadapan.

“Ira kena beritahu Fuad ke?”

“Ya!” Jawapnya tegas.

“Tapi kenapa? Kita tak ada hubungan pun.”

“Siapa kata tak ada!” Aku memandangnya lagi.

"Dah datang penyakit dia!" Kataku sendiri.

“Apa Ira cakap dengan Hazrul sampai dia pegang tangan Ira?”

“Kenapa Fuad sibuk sangat ni. Sudahlah! Ira malas nak layan Fuad. Ni! Fuad nak bawa Ira kemana? Ira nak balik.” Fuad diam, tidak memberikan apa-apa respon.

Aku sudah tidak larat berkata apa-apa, memandangkan Fuad sudah mendiamkan diri. Aku memandang jalan yang kami lalui. Aku mengeluh. Lelaki ini memang tidak mahu mendengar kata-katanya. Tidak lama kemudian kami pun sampai di rumah Fuad. Fuad menutup enjin dan terus saja keluar tanpa mempedulikanku. Aku mengeluh berat. Nina dan Tasya menghampiriku. Nizam pula mengejar dan mengikut Fuad masuk.

“Kenapa dengan dia ni? Marah tak tentu sebabnya!” Rungkutku.

“Sabar ya Kak. Nina tidak tahu kenapa dengan Abang ni. Dari tadi asyik nak marah saja. Nina hantar Kaka pulang ya.” Aku hanya mengangguk. Tidak lama kemudian Hajah Sharifah muncul di muka pintu sambil melambai-lambai memanggilku. Aku dengan berat hati melangkah ke arah wanita itu.

Aku bersalam dengannya.

“Masuklah Ira. Ni! Kenapa dengan Fuad tu? Ira bergaduh dengan Fuad ya.” Aku mengangguk pun tidak, menggelang pun tidak. Tidak tahu hendak menjawap apa.

Hajah Sharifah mungkin menyedari aku enggan menjawap soalanya itu, lantas aku di tariknya masuk.

“Tidak apa. Auntie tak paksa. Ini urusan orang muda-muda. Ira duduklah dengan Nina dan Tasya ni. Auntie nak temankan Uncle Khalid masak kat dapur tu. Uncle Khalid tu teringin sangat nak cuba resipi baru dalam buku tu. Ni Auntie tolong-tolong dia. Terbalik pula. Si suami minat memasak ni.” Hajah Sharifah pun berlalu menuju ke dapur. Aku hanya tersenyum mendengarnya.

“Nina, hantar Kaka. Kaka tak sedap hati ni. Boleh ya? Kalau Auntie tak panggil tadi, tak payah kita masuk. Kaka betul-betul nak balik.” Nina mengangguk.

“Tasya temankan.” Nina mengangguk. Belum sempat kakiku melangkah pergi, Fuad muncul kembali dengan keadaan yang tidak puas hati.

“Kenapa Ira jumpa Hazrul tak beritahu Fuad?” Tanyanya dengan nada yang agak kuat sedikit. Nampaknya Fuad benar-benar tidak puas hati denganku.

“Kenapa dengan Fuad ni?! Marah tak tentu pasal. Ira rimas dengan perangai Fuad macam ni. Bagilah Ira peluang untuk Ira tenangkan hati Ira ni. Fuad jangan macam ni!" Balasku dengan nada yang kuat juga.

“Fuad tak suka Ira jumpa Hazrul!”

“Apa hak Fuad cakap macam tu?"

"Fuad ada hak sebab Fuad teman lelaki Ira!" Aku mengeluh.

"Fuad! Ira jumpa Hazrul sebab kemahuan Umi. Umi mahukan masalah antara kami selesai. Ira tak ada apa-apa lagi hubungan dengan Hazrul lagi.” Fuad memegang kedua belah bahuku dengan kuat sekali.

“Habis tu kenapa dia pegang tangan Ira?” Aku terdiam, tidak tahu hendak menjawap dan menerangkan kepadanya. Fuad memandangku tajam. Kedua orang tua Fuad keluar dari dapur apabila terdengar pertengkaran kami. Aku sudah tahan dengan perangai Fuad begini, airmataku jatuh.

“Fuad, Jangan paksa Ira begini!” Aku sudah menangis teresak-esak. Fuad memaksaku menjawap soalannya tentang Hazrul, aku benar-benar tidak tahan mendengarnya lagi.

“Abang! Jangan paksa kaka lagi!” Marah Nina sambil menolak badan Abangnya kebelakang. Fuad seperti sedar kedunia nyata, dia betul-betul tidak dapat menahan kemarahannya tadi.

“Kak, jangan menangis lagi. Kaka jangan peduilkan Abang Fuad lagi. Nina hantar kaka pulang sekarang.” Nina memegang bahu dan memimpinku keluar tetapi sepantas itu juga Fuad menarikku dan memelukku kuat.

“Sorry! Fuad tak sengaja nak buat Ira macam ni. Maafkan Fuad. Shhhh shhhh.. Ira jangan nangis lagi. Shhh.. shhh..” Fuad memujukku. Tangisanku semakin kuat. Dari tadi aku sudah menahan tangisanku ini sebab Hazrul. Hatiku benar-benar sakit. Aku keliru dengan keadaan diriku sekarang.

Bab 14

Fuad memerhatikan gadis itu dari jauh. Tiba-tiba saja dia merasa cemburu melihat gadis itu dengan bekas teman lelakinya. Tadi Fuad sengaja menyuruh adiknya menelefon di rumah Ira bertanyakan tentang Ira. Umi yang menjawap panggilan tersebut.

"Assalamuakaikum Auntie? Kak Ira ada tak?"

"Waalaikumsalam. Ira? Baru ni Ira keluar dengan Alya nak jumpa Hazrul."

"Jumpa Hazrul?" Jerit Nina kekejutan. Fuad yang dari tadi berdiri di sisi Nina, pantas menarik telefon.

"Assalamualaikum Auntie? Fuad ni. Ira jumpa Hazrul di mana?"

"Fuad tak tahu? Auntie fikir Ira dah beritahu Fuad. Mereka jumpa di Food Court Mall."

"Terima Kasih Auntie. Assalamualaikum." Belum sempat Hajah Maria hendak berkata lagi Fuad sudah meletakkan telefon.

"Berani dia tak beritahu aku!" Marahnya.

"Kita pergi Mall sekarang. Abang tukar baju dulu! Tasya Nizam ikut sekali!" Kata Fuad kepada mereka. Fuad berlari naik ke atas menuju ke biliknya.

Nina, Tasya dan Nizam tercenggang melihat reaksi Fuad. Belum pernah mereka melihat Fuad bertindak sepantas itu.

"Betul ke apa yang aku tengok ni?" Kata Nizam sendirian.

"Fuad marah? Kenapa pula dia marah? Mereka bukanya ada apa-apa hubungan kan." Kali ini Tasya pula kehairanan. Tidak lama kemudian Fuad muncul kembali. Dia berlari turun, dan sepantas itu dia keluar menuju ke kereta.

"Kenapa tak keluar lagi? Cepatlah!" Jerit Fuad dari luar. Mereka terkejutan, sepantas itu juga mereka belari keluar dan masuk ke kereta. Fuad memandu kereta dengan laju sekali.

***

"Bang bang! Kak Ira macam nangis lah. Pergi kejar. Kejar!" Nina menolak-nolak badan Abangnya.

"Abang tak pandai pujuk perempuan nangis lah." Nizam dan Tasya ketawa. Tidak percaya apa yang di dengarnya. Fuad memandang mereka berdua.

"Kau tak pandai? Pujuk perempuan dengan kau, kau pandai. Tapi dah pujuk perempuan menangis kau tak pandai. Aduh macam tak percaya pula."

"Kau ejek aku Nizam!"

"Sudah sudah! Abang cepat pergi. Kak Ira dah turun tu. Entah pergi mana. Cepat! Peduli lah dengan Abang Nizam dan Tasya ni. Cepat pergi!" Fuad yang sudah kebingungan mengejar gadis itu.

Aku menelefon Alya.

"Kau di mana Al? Aku nak balik. Menyesal aku jumpa dia."

"Aku sama Zimi sekarang kat KFC. Kau kemari. Kami tunggu kau." Memandangkan aku berdiri tidak jauh dari KFC, aku terus saja berjalan masuk ke dalam. Aku ternampak kelibat Alya dengan Zimi yang sedang makan. Aku duduk bersama mereka, di saat itu juga aku merasa bersalah kerana terasa aku telah menganggu mereka.

"Kenapa Ira?" Tanya Alya.

"Hmm, nanti kat rumah kita cerita. Aku nak balik. Kau balik dengan Zimi ya. Aku bawa kereta kau saja. Aku tak nak menganggu korang." Kataku pada Alya. Alya tidak mengendahkanku, bahkan matanya memandang ke arah lain.

"Al! Dengar tak?" Alya masih tidak memberi respon. Zimi yang duduk di sebelahnya mengamit Alya. Barulah Alya tersedar dan jarinya menunding ke arah sesuatu di belakangku. Aku menolehnya. Aku terkejut melihat Fuad duduk di belakangku.

"Fuad?!" Fuad mendekatiku dan menarikku, membawa ku entah pergi kemana. Sempat dia berkata pada Alya.

"Al, aku hantar dia pulang nanti." Kata Fuad kepada Alya. Alya hanya mengangguk kebingungan.

Bab 13

Aku tidak menyangka aku akan membuat keputusan sebegini, berjumpa dengan Hazrul. Tadi pagi aku, Umi dan Alya berbincang tentang kehadiran Hazrul kembali. Pada mulanya aku malas hendak memikirkan tetapi Umi bertegas supaya aku berjumpa dengan Hazrul untuk menyelesaikan masalah antara kami. Aku bernasib baik kerana masih menyimpan nombor telefon Hazrul dan Hazrul masih mengunakan line tersebut.

Ku fikirkan kembali, apa sebenarnya masalah kami yang belum selesai.

Aku dan Alya beriringan jalan menuju ke Food Court Mall. Di sanalah tempat aku dan Hazrul berjumpa. Sesampai sana di Food Court aku mencari kelibat Hazrul, Hazrul menyedari kedatangannku. Dia melambai-lambaikan tangannya dari jauh.

"Ira, kau ni. Relakslah. Jangan nervous sangat." Tegur Alya apabila melihat diriku yang menggeletar.

"Okey Okey. Ira pergi. Aku call kau nanti ya." Aku berjalan menuju ke meja di mana Hazrul duduk.

"Hai Ira." Sapanya.

"Hai!" Balasku. Perasaanku jadi tidak tentu arah.

"Duduklah." Aku hanya mengangguk. Aku mengambil duduk berhadapan dengan Hazrul.

"Haz dah order makanan dan minuman Ira suka. Kita makan dulu ya. Haz belanja." Aku tidak membantah. Sememangnya aku merindui keadaan begini. Ketika makan aku dan Hazrul banyak mendiamkan diri, melayan perasaan masing-masing. Ada juga sesekali Hazrul bercakap denganku.

Makin lama kami bersama, semakin aku gelisah. Aku berharap dapat menyelesaikan masalah kami dan pulang. Aku tidak tahan hendak berhadapan dengannya walaupun aku sangat merindukannya.

"Cakaplah. Cakaplah. Cakaplah apa kau nak cakap dengan aku ni." Kataku sendirian dengan perasaan yang gelisah.

"Ira..." panggilnya lembutnya. Aku memandangnya.

"Haz masih cintakan Ira." Terbeliak mataku mendengarnya.

"Masih cintakan Ira?" Aku ketawa kecil.

"Haz masih ingat tak apa alasan Haz tinggalkan Ira dulu? Ingat?" Hazrul mengganguk. Hazrul berpindah tempat duduk ke sisiku dan sambil tangannya memegang tanganku kuat. Aku menariknya. Kami bedua mengecilkan suara bagi menghormati orang ramai yang masih menikmati makan di Food Court ini.

"Dua tahun dulu Haz pernah kata pada Ira Haz cuma cintakan Ira sebab kasihankan Ira. Itu bukan cinta yang datang dari hati tetapi kerana simpati. Macam mana pula 'alasan' yang Haz beri itu kini dah berlainan dengan yang sekarang? Ira tak harap apa-apa lagi dari Haz. Cukuplah sandiwara ini Haz. Jangan mainkan perasaan Ira lagi."

"Memang betul, Haz berkata begitu pada Ira dan Haz nak minta maaf pada Ira apa yang Haz lakukan selama ini. Haz betul-betul menyesal. Dan lagi kali ini Haz betul-betul pasti dengan perasaan Haz sendiri. Ini cinta Ira bukan simpati. Selepas kita berpisah, Haz rasakan Haz dah hilang sesuatu yang amat berharga dalam hidup Haz iaitu Ira. Tak ada perempuan yang Haz kenal yang serupa dengan Ira. Ira berbeza dengan mereka semua. Haz berharap Ira menerima Haz kembali."

"Kalau Ira tahu Haz nak cakap begini, Ira tak akan datang jumpa Haz. Ira tak harap semua ni lagi Haz!" Aku bangun hendak berlalu pergi tetapi Hazrul menarikku semula sehingga aku terduduk kembali. Aku mendengus.

"Ira, Haz tahu Ira masih marah dengan kelakuan Haz meninggalkan Ira begitu. Haz akui itu adalah kesalahan besar yang Haz lakukan. Tapi Ira please! Bagi Haz peluang lagi."

"Peluang? Ira dah bagi Haz peluang sebanyak dua kali dan dua kali itu juga Haz melukakan hati Ira. Ira tak nak ambil risiko itu lagi. Cukuplah!"

"Ira, dah dua tahun kita berpisah, Ira masih tak boleh lepaskan apa yang dah lepas. Lupakan je lah."

"Haz senanglah cakap sebab bukan Haz yang di tinggalkan. Ira yang merasa kesakitan itu!."

"Tapi Haz kan dah cakap Haz mengakui kesalahan itu, tak boleh ke Ira maafkan saja dan bagi Haz peluang untuk mencintai Ira semula. Apa lagi yang Ira nak Haz lakukan supaya Ira terima Haz semula? Apa?" Aku memandang Hazrul, timbul rasa benciku kepadanya. Benci kerana lelaki ini masih belum sedar dengan kesakitan yang aku alami selama dua tahun ini.

"Ira nak balik! Jangan halang Ira!" Aku dan Hazrul berpandangan dan berharap kali ini Hazrul tidak menghalangku pergi.

"Haz tak akan putus asa Ira!" Katanya lagi. Aku pantas berdiri dan meninggalkan Hazrul. Hatiku merasa sakit dan sedih.

Bab 12

Sejak semalam Fuad asyik merasa tidak tenteram. Dia tidak tahu apa sebenarnya yang di risaukannya. Fuad memainkan kakinya di dalam kolam renang di belakang rumah. Selalunya setiap hari minggu, dari petang hingga ke malam, dia akan keluar bersama kawan-kawannya tapi kali ini dia tidak ada mood hendak keluar.

Sedang dia asyik-asyik berfikir, kedengaran suara Nizam dan Tasya dari depan rumahnya. Semakin lama semakin kuat suara itu menghampirinya, memang sah kawan baiknya telah datang.

“Hi Fuad! Mana kau semalam?Ni, apasal ni murung ja muka kau ni. Ada masalah ke?” Tanya Nizam. Fuad bingkas bangun dari duduknya dan mereka mengambil duduk di sebuah bangku panjang. Fuad diam.

“Fuad!” Tegur Nizam.

“Kenapa dengan kau Fuad?” Tanya Tasya pula kehairanan.

“Entahlah. Aku tak tahu apa yang aku fikirkan sekarang ni.” Fuad mengeluh. Nizam dan Tasya berpandangan.

“Aaaaa! Aku tahu, kau mesti fikirkan tentang gadis tu kan. Kan aku dah kata perempuan tu kau tak boleh. Apasal degil sangat ni.”

“Aku dah dapat gadis tu tapi…”

“Kau dah dapat dia? Betul ni?” Tanya Nizam lagi seakan tidak percaya. Fuad mengangguk.

“Tapi apa Fuad?” Tanya Tasya lagi.

“Cuma dua hari aku kenal dia, aku rasa macam lain lah. Aku tak sanggup nak lukakan dia seperti perempuan lain yang aku kenal. Dia lain.” Nizam mengerut-gerutkan dahinya, kurang mengerti.

“Apa kau cakap ni?” Nizam mengaru-garu kepalanya yang tidak gatal.

“By ni bengang betul. Tepi! Biar I duduk tepi Fuad.” Tasya menarik teman lelakinya ke tepi, manakala dia pula mengambil duduk di sisi Fuad.

“Aku faham tapi macam mana kau boleh kenal dengan dia Fuad?”

Fuad menceritakan perkenalan mereka yang tidak di sangka-sangkakan itu dan kejadian kelmarin.

“Fuad, kau gila!. Kalau mama kau betul-betul nak kahwinkan korang, kau nak ke?”

“Mungkin ya.” Jawapnya. Mereka terkejut.

“Entahlah! Itulah, kami dah cakap, perempuan ni lain sikit. Kau degil sangat. Ni, dah bingung pula memikirkan masalah dia dengan bekas teman lelaki dia.” Nizam menyampuk.

“By, manalah tahu Fuad kenal gadis ni boleh buat Fuad berubah. Eyelah berhenti memainkan perasaan orang.”

“Berubah apanya?!”

“Tak adalah. Dari cerita kau tu Fuad, berbeza lah dari sebelum ni. Sebelum ni kau tak pernah nak fikirkan perasaan perempuan, macam kata kau tadi kau tak sanggup nak lukakan dia. Aku rasa kau dah mula suka dia kan." Fuad berfikir sejenak kemudian ketawa.

“Kau ni Tasya, takkan sebab aku cakap aku tak sanggup nak lukakan hati dia maknanya lain. Tak ada bezanyalah. Mungkin sebab dia tu anak kawan mama aku, jadi aku tak sanggup. Yea.. Yea mungkin sebab itu.” Tasya ketawa. Lucu pula dia melihat kawan baiknya ini seperti tidak yakin dengan jawapannya. Tasya berdiri.

“Hmm tak apalah. Itu pendapat Tasya je. Tasya ni perempuan. Lelaki ni ego dia tinggi sangat. Susah nak terima hakikat. Sudahlah. Tasya nak masuk jumpa Nina.” Tasya terus berlalu masuk kedalam rumah meninggalkan teman lelakinya dan Fuad. Kali ini Nizam pula duduk mendekati Fuad.

“Fuad, kau biar betul. Kau suka perempuan ni ke?”

“Kau gila. Suka suka tak main tau. Kau tahu aku kan, tak pernah nak serius mana-mana perempuan. Perempuan ni tak boleh percaya sangat.”

“Kau tak cintakan dia ke?” Fuad bingkas berdiri.

“Kau ni kan Nizam, kan aku dah kata. Tidak! Apasal kau ni? Tak mungkin aku cintakan dia. Kami kenal cuma dua hari tau.'' Nizam berdiri.

“Tak adalah. Aku keliru cakap kau tadi. Reaksi muka kau tadi tu seperti kau dah jatuh cinta dengan dia. Sebab tu aku tanya.”

“Cinta cinta tak main dalam hidup aku. Sudahlah. Aku nak masuk. Kau ni makin lama makin banyak soalan kau. Rimas tau.” Fuad pantas berlari masuk ke dalam rumah. Nizam turut mengikutnya.

Bab 11

Jam menunjukkan 1 pagi. Aku masih ternampak kereta Fuad di pekarangan rumah. Lampu di ruang tamu masih bercahaya. Aku mengeluh, aku tahu mereka tentu risau akan dirinya. Aku mengaru-garu kepalaku yang tidak gatal.

“Ira dah okey kan?” Tanya Alya.

“Alya tidur sini ya.” Pintaku sambil memandangnya tanpa menjawap soalanya. Alya mematikan enjin keretanya.

“Eyelah. Kan aku dah kata tadi aku nak tidur sini malam ni. Kau dah lupa ke. Tadi aku ada cakap kat ofis.” Balasnya.

“A’ahlah. Aku lupa. Kau masuk dulu ya. Aku takut Umi marah ni. Sudahlah aku tak jawap pangilan Umi tadi.” Alya hanya mengangguk. Kami keluar dari kereta dan masuk ke rumah perlahan-lahan. Alangkah terkejutnya kami melihat Umi sudah berdiri di depan pintu dengan muka yang menakutkan.

“Ira, Umi dah marah tu.” Bisik Alya dengan takut-takut. Aku memandang Umi. Umi menghampiriku dan terus menampar pipiku. Mereka yang ada dalam rumah ini terkejut melihatnya.

“Ira tahu tak dah jam berapa sekarang? Ira pergi mana? Tak jawap panggilan Umi. Ira dan Alya ni perempuan! Bahaya tau!.” Aku diam, tidak memberikan apa-apa reaksi.

“Ira tahu tak Umi betul-betul risaukan Ira. Bukan Umi je tapi Fuad dan Nina.” Sambung Umi lagi.

“Ira.. Ira.. Ira cuma rasa.. tertekan tadi. Ira tahu Ira salah buat Umi, Fuad dan Nina risau. Ira minta maaf.” Balasku. Airmataku tahan. Umi terus membelakangiku.

“Ira adalah satu-satunya anak Umi. Umi tak nak tengok Ira sedih macam ni.” Aku menghampiri Umi lebih dekat.

“Maafkan Ira Umi. Maafkan Ira! Ira tahu Ira salah. Ira janji tak buat lagi.” Umi terus memalingkan mukanya menghadapku.

“Jangan janji dengan Umi sekarang. Kalau masalah Ira dan Hazrul masih tak selsai, jangan buat janji ni dengan Umi. Umi tahu Ira akan buat lagi benda macam ni. Ira, kalau tentang Hazrul, Ira berubah seperti orang lain. Bukan diri Ira. Ira tak fikirkan perasaan Fuad, melihat Ira macam ni?” Aku tunduk.

“Ira salah. Maafkan Ira." Umi memandangku lama, akhirnya kemarahan wanita itu berunsur. Umi mendekatiku sambil mengusap pipiku.

“Umi bukan apa, Umi tak sanggup lihat Ira macam ni. Cukuplah dua tahun lalu. Macam ni, Ira pergilah jumpa Hazrul, selesaikan masalah ni baik-baik. Dan jangan abaikan Fuad juga.” Aku memandang Fuad, Fuad tersenyum.

“Sukalah tu!” Kataku sendirian dalam hati.

“Dengar cakap Umi tak?”

“Dengar. Nantilah Ira fikirkan tentang Hazrul tu.” Jawapku malas.

“Tak payah fikir lagi. Jumpa je.”

“Umi, Ira perlukan masa untuk jumpa Hazrul kembali. Dah dua tahun Umi. Dua tahun. Ira.. Ira betul-betul perlukan kekuatan untuk jumpa dia lagi. Harap Umi faham ya.” Ku pandang Fuad lagi.

“Dan… dan lagi Ira kena fikirkan perasaan Fuad. Tentu dia tak suka kalau Ira jumpa dia kan. Ira kena bincang dengan Fuad hal ni elok-elok. Fuad ni kuat cemburu tau Umi.” Aku membuat alasan bagi mengukuhkannya lagi. Aku memandang Fuad, melihat reaski muka Fuad sekarang, aku tahu dia sedang berfikir dengan kata-kataku. Nina dan Alya tersenyum.

“Umi, dah lewat ni. Umi kena tidur sekarang. Esok kita bincangkan lagi hal ni.” Alya menyampuk. Kalau tak di sampuk perbualan mereka ini, takkan habis. Umi menurut. Umi pun masuk ke biliknya.

“Fuad kuat cemburu ya? Pandai Ira buat alasan begitu.” Fuad tiba-tiba berkata setelah Umi masuk ke dalam bilik. Aku tidak memandangnya.

“Tak apalah. Fuad kan selalu begitu. Berkata itu ini tapi tak benar sebenarnyakan. Biarlah! Kenapa Fuad boleh Ira tak boleh!” Balasku. Alya dan Nina ketawa kecil mendengar kataku. Ketika itu aku ternampak seakan diariku yang hilang sejak dua tahun lalu. Aku menghampirinya. Memang benar itu adalah diariku. Sepantas itu juga Fuad mengambilnya.

“Fuad! Itukan diari Ira. Macam mana boleh ada kat sini? Bagi balik!” Pintaku. Fuad menggelang enggan menyerahkan.

“Umi yang bagi Fuad diari ni.”

“Umi? Jadinya selama ni diari ni ada pada Umi. Ira fikir hilang atau Ira dah buang rupanya Umi yang ambil.” Aku berkata sendiri.

“Ini untuk kebaikkan Ira. Umi sengaja simpan diari ni supaya Ira tak ingatkan Hazrul.”

“Bagi balik diari Ira tu!”

“Tak! Fuad nak buang diari ni. Kalau boleh nak bakar terus. Ira kan tahu Fuad ni kuat cemburu. Fuad cemburu bila baca isi kandungan diari ni.” Aku mengetip bibir. Kali ni aku pula terkena dengan Fuad. Lagi sekali Alya dan Nina yang jadi pemerhati ketawa melihat perangai kami.

“Kita balik Nina.” Fuad pun berlalu pergi membawa diariku sekali. Aku geram.

“Dia ni kan asyik nak buat aku marah! Ahhhh!” Aku mengomel sendirian sambil melihat kereta mereka berlalu pergi. Alya mendekatiku.

“Aku rasa Fuad tu boleh tahan juga Ira.”

“Boleh apanya! Entahlah kau!” Aku menutup dan mengunci pintu. Kami beriringan naik masuk ke bilik.

“Eyelah tu. Tapikan Ira, walaupun kau marah-marah macam ni. Kau masih boleh tahan dengan perangai dia tu. Takkan…”

“Takkan apa? Jatuh cinta dengan dia? Please lahh! Lelaki macam dia tu. huh! Tak mungkin!” Aku memotong ayat Alya. Alya ketawa.

"Aku nak cakap 'takkan kau sudah menerima seorang lelaki untuk di jadikan kawan' Kan selama ni aku tak pernah kau berkawan atau bercakap dengan lelaki selepas Hazrul. Aku bukan maksudkan berkaitan dengan perasaan hati." Aku jadi malu dengan kesilapanku.

"Ohhh entah-entah kau dah 'masukkan' hati kau tu untuk dia kot." Usik Alya. Aku mencubitnya.

"Entahlah kau!" Alya ketawa. Aku berlari anak masuk ke bilikku. Sesampai di bilikku, aku terus masuk ke bilik mandi. Aku mula berfikir. Entah kenapa kehadiran Fuad, hilang sementara segala masalah yang ku fikirkan tadi.

Bab 10

Fuad mundar mandir di ruang tamu. Risau pula dia akan keadaan gadis itu. Pertama kali dia risau akan seseorang perempuan. Umi berkali-kali menelefon anaknya itu tetapi tidak berjawap.

"Fuad, Umi minta maaf dengan perangai Ira tadi. Ira tak akan jadi begini kalau bukan di sebabkan Hazrul." Fuad mengambil duduk di sisi Umi.

"Auntie, apa yang telah terjadi antara Ira dengan Hazrul?" Tanya Fuad dengan seriusnya. Nina memandang Abangnya pelik. Tidak pernah Abangnya itu akan berasa risau, apatah lagi ingin mengetahui tentang seseorang itu secara mendalam. Umi bangun menuju ke biliknya hendak mengambil sesuatu dan kembali semula membawa sebuah buku, di serahkannya kepada Fuad dan Nina.

"Fuad bacalah. Auntie tidak tahu nak cerita macam mana. Ini buku diari Ira ketika itu. Umi sengaja ambil buku ni dan Umi simpan supaya Ira tak ingatkan Hazrul."

05hb Mac 2007 - Pertama kali kenal Hazrul.

: Dalam diam aku menyimpan satu perasaan terhadapnya, dalam masa 17 hari mengenalinya. 17 hari? Adakah terlalu cepat?

23hb Mac 2007 - Hazrul meluahkan perasaannya kepadaku. Kami bersama.

: Dalam diam Hazrul turut menyimpan perasaannya yang sama denganku. Itu kata dia. Kami bercinta sebelum berjumpa? Zaman sekarang, tak pernah lepas mengalami perkara begini.

25hb Mac 2007 - Pertama kali berjumpa.

: Sukar untuk di gambarkan keadaannya.

Fuad dan Nina membaca diari itu lagi lagi dan lagi. Mereka tidak menyangka gadis ini akan menulis semua kenangan-kenangan pahit manis mereka bersama. Dari perkenalan, kesetiaan, kecurangan, kesedihan dan perpisahan mereka.

30hb November 2007 - Aku tidak menyangka apa yang aku rasakan selama ini memang benar. Hazrul berlaku curang denganku. TUHAN saja tahu betapa sakitnya hatiku ini. Kalau bukan aku cuba membuka dan menggunakan MSN Hazrul, sampai bila-bila aku akan di tipu dan di bodohi. Gadis bernama Eza berterus terang denganku bahawa dia adalah teman wanita Hazrul sekarang.

1hb Disember 2007 - Aku berbincang dengan Hazrul tentang masalah kami ini. Hazrul mengakui kesalahannya. Aku membuat keputusan hendak berpisah dengannya tetapi Hazrul enggan. Di pujuk di pujuk di pujuk akhirnya aku berlembut. Aku beri peluang kedua. Tiada Eza lagi dalam hidupnya. Itu kata dia. Adakah itu benar?

7hb Disember 2007 - Aku terasa tiada mesra antara kami berdua lagi.

14hb Disember 2007 - Entah kenapa aku merasa Hazrul mempunyai peremuan lain. Aku terasa.

21hb Disember 2007 - Tiada kata cinta yang keluar dari bibirnya untukku lagi.

29hb Disember 2007 - Dia kata dia 'single' pada kawannya. Sedih! Sedih! YA ALLAH! Tabahkan hatiku!.

12hb Januari 2008 - Aku di duakan lagi. Hazrul lagi sekali berlaku curang denganku. Kini gadis bernama Ann mengakui dirinya teman wanita Hazrul.

4hb Januari 2008 - Ternampak Hazrul bersama dengan seorang perempuan berduaan di Mall Gadong. Hatiku semakin sakit. Semakin sakit!

8hb Januari 2008 - Bertengkar dengan Hazrul. Tidak bertegur sapa selepas itu.

17hb Januari 2008 - Hazrul meninggalkanku melalui SMS. Dengan ALASAN Mencintaiku sebab kasihan? Benar? Kali ini barulah airmata yang ku tahan sejak sebulan yang lepas keluar. Hatiku menangis! Aku sedih! Aku betul-betul tidak dapat menerima hakikat ini.

"Huh? Dah habis?" Fuad membilak-bilak kepingan kertas buku diari itu mencari luahan hati gadis itu lagi tetapi tiada. Fuad memandang Umi.

"Sejak mereka berpisah Ira tak buat lagi. Ira sekarang lebih suka pendam perasaan." Fuad mengeluh. Hatinya betul-betul merisaukan gadis itu. Terasa menyesal pula dia memainkan perasaan gadis itu. Dia bebohong pada kedua orang tuanya dan Umi tentang hubungan mereka, tentu gadis itu semakin sedih. Dalam masa dua hari mengenali gadis ini, sudah banyak dia tahu tentang dirinya.