Thursday, 4 March 2010

Bab 19

Aku menyediakan makan malam bersama Umi. Malam ini keluarga Hajah Sharifah akan makan malam di sini. Dua sahabat Fuad, Nizam dan Tasya turut di ajak. Alang-alang sudah makan beramai-ramai, aku turut mengajak Alya dan Zimi. Bila di fikirkan kembali dengan hal ini aku jadi gelisah, bersusah payah aku mengelak dari Fuad waktu di pantai tadi, tak semena-mena Umi mengajak mereka sekeluarga makan malam di sini.

Apabila Umi berkata sedemikian Fuad tersenyum lebar mendengarnya. Tidak tahu apa agakanya di fikirkan pemuda itu. Macam-macam.

Beberapa minit aku terdengar lonceng rumah berbunyi. Aku semakin gelisah. Mungkin itu mereka. Tanpa di suruh, aku mengusai diriku agar lebih kemas kemudian berlari anak-anak menuju ke pintu. Aku menarik nafas kemudian barulah aku membukanya.

Mereka sudah datang. Tapi kelibat Fuad tidak kelihatan. Begitu juga dengan Nizam dan Tasya. Cuma kedua orang tuanya dan Nina. Tidak lama kemudian Alya dan Zimi datang.

“Fuad tak datang Nina?” Tanyaku spontan.

“Oh Abang, dia pergi jemput Abang Is. Nanti dia datang.” Jawapnya. Belum sempat aku bertanyakan siapa yang di maksudkan Nina, Umi mucul dan mengarahkanku menyambung semula apa yang ku buat tadi.

“Ira pergi sediakan makanan itu kat atas meja. Semua dah siap masak tu. Umi nak tukar baju dulu ni.” Aku hanya mengangguk menurut apa yang di suruh Umi. Tanpa di suruh, Alya dan Nina membantuku menyediakan makan malam itu.

“Siapa Abang Is Nina?” Tanyaku sambil tanganku lincah menyusun makanan yang baru di masak tadi.

“Abang saudara Nina. Dia baru balik dari Australia. Belajar kat sana. Tahu tak sudah seminggu Abang Is kat Brunei, baru hari ini dia call kami.”

“Mungkin dia penat. Atau dia nak luangkan masa bersama keluarga dia dulu.”

“Abang Is tinggal dengan kami Kak sejak Ibu Abang meninggal dunia dan Ayah dia kahwin lagi. Ketika itu Abang Is baru berumur 7 tahun. Kita bertiga memang rapat. Dah macam adik beradik Kak.”

“Kasihan dia.”

“Apa yang kasihan? Korang bercakap pasal Abang ya.” Tiba-tiba saja seorang pemuda yang baru aku kenal muncul. Mungkin dia ni Abang Saudara yang di katakan Nina tadi. Iskandar. Fuad, Zimi, Nizam dan Tasya juga turut muncul ketika itu.

“Abang! Dah sampai rupanya.” Iskandar tersenyum. Ketika itu Fuad yang berdiri tidak jauh dariku memandangku lama. Aku gugup. Aku membalas pandanganya dan tersenyum padanya bagi menutup segala kegusaran di hatiku.

“Hmmmm sedapnya bau. Mesti sedap kan ni. Lama dah tak makan masakan Brunei.” Tanpa di suruh Iskandar duduk.

“Abang! Tak malu betul. Orang punya rumah masih belum ajak kita duduk, Abang sudah duduk. Tak sopan. Kalau Mama tahu, Abang kena marah tau.” Nina memarahi Abang Saudaranya itu.

“Tak apa. Duduk je. Lagipun dah siap sedia semua. Semua duduklah. Ira panggil Umi dan Auntie Uncle sekali.”

Ketika aku masuk kembali ke ruang meja makan, mereka sudah mengambil duduk di tempat masing-masing. Yang mengejutkan aku, tempat dudukku adalah di sisi Fuad. Dan kananku Nina dan Iskandar.

Kami menikmati makan malam kami dengan penuh selera. Riuh rendah ruang meja makan ketika ini. Bermacam-macam yang kami ceritakan ketika itu. Kehadiran Iskandar benar-benar membuatkan keadaan jadi riuh dengan guruan spontannya itu. Aku tahu Fuad sering memandangku tapi aku buat tidak tahu, kalau di layan sangat perasaanku ini, semakin menjadi-jadi gelisahku ini.

Malam itu juga, aku dan Alya baru mengetahui bahawa Zimi adalah kawan Fuad dan Nizam juga. Kecilnya dunia ini. Mereka kawan satu sekolah.

Selepas makan, kami semua duduk di ruang tamu, menonton televisyen sambil menikmati pencuci mulut. Ketika itu, Kedua orang tua Fuad rancak berbual dengan Umi, di satu sudut lain kumpulan pemuda-pemuda pula berkumpul, entah apa yang mereka borakkan dan aku pula bersama dengan Nina, Tasya dan Alya. Macam-macam kami borakkan. Sesekali aku memandang Fuad. Begitu juga dengannya.

Aku perhatikan Fuad dari tadi, pemuda ini tidak banyak bercakap, entah apa yang di fikirkan pemuda ini kali ini. Hanya senyuman yang selalu terukir di bibirnya. Tiba-tiba pintu lonceng berbunyi. Aku melihat jam di dinding yang menandakan jam 9:00malam.

"Hmm siapa pula yang datang ? Ira ada jemput siapa-siapa lagi?" Tanya Umi.

"Tidak Umi. Tak apa, Ira buka pintu." Kataku. Aku bingkas bangun.

"Fuad temankan!" Kata Fuad. Aku tidak membantah. Kami beriringan berjalan menuju ke pintu dan membukanya. Alangkah terkejutnya aku. Hazrul!

Kenapa wajah lelaki ini saja yang muncul mengangguku?!! Tidak habis-habisnya!

"Buat apa kau datang? Kan aku dah cakap jangan gangu Ira lagi. Kenapa kau tak faham-faham ni!" Marah Fuad tiba-tiba.

"Aku dah cakap, aku tidak akan putus asa terhadap dia. Kau jangan masuk campur." Kata Hazrul pula. Kemarahan Fuad tidak dapat di kawal lagi, terus sahaja di tumbuknya Hazrul hingga terjelupuk ke lantai. Umi dan yang lain tedengar keriuhan di muka pintu terus mendaptkan kami.

"Ira kepunyaan aku. Jangan kacau dia!" Marah Fuad. Bengang betul dia dengan lelaki ini yang tidak faham-faham. Di tumbuknya lagi. Fuad sudah bagai orang gila, aku panik. Aku menarik lengan Fuad.

"Fuad! Sudah! Sudah! Jangan cederakan dia lagi." Jeritku. Nizam, Zimi dan Iskandar membantuku menyabarkan Fuad. Hazrul berdiri.

"Tengok! Ira masih sayangkan aku. Kau yang sepatutnya jangan kacau dia. Aku tahu Ira ingin bersama denganku lagi tapi kehadiran kau menghalang semuanya. Kaulah penghalang semua ini!" Jerit Hazrul. Aku memandang Hazrul.

Sepantas itu juga Fuad mendekatiku. Fuad merenungku sambil tangannya memegang kedua-dua belah kepalaku.

“Ira. Ira. Ira!” Hanya namaku yang keluar dari bibirnya. Fuad gelisah. Ku renung matanya. Walaupun tiada kata yang keluar dari bibirnya tapi aku seakan mengerti maksud renungannya itu. Aku melepaskan pegangan Fuad dan menghampiri Hazrul. Tersenyum lebar Hazrul.

“Esok, lepas pulang kerja Haz datanglah sini lagi. Kita bincang hal antara kita.” Kataku pada Hazrul.

“Okey, esok Haz datang. Harap-harap lelaki ini tidak menganggu kita lagi.” Hazrul menunding jari pada Fuad.

Fuad merasa hatinya bagai di koyak. Adakah benar selama ini dialah yang jadi penghalang antara mereka? Adakah dia sudah kalah dengan perasaannya sendiri? Adakah benar dia sudah benar-benar jatuh cinta pada gadis ini?

Gadis ini sebenarnya masih mengharap pada Hazrul. Adakah itu benar? Fuad keliru!

No comments:

Post a Comment