Monday, 8 March 2010

Bab 26

Kini aku berada di rumah Alya. Hari ini adalah hari pernikahan Alya dengan Zimi. Akhirnya yang di nantikan oleh sahabat baiknya itu tercapai.

Aku memandang Alya yang sudah siap berhias. Memang cantik sahabat baiknya ini. Selama ini dia tidak pernah melihat Alya mengenakan apa-apa make-up di wajahnya tetapi hari ini, dia betul-betul kelihatan cantik.

"Cantiknya kau Al. Kalau Zimi tengok mesti dia bengang." Pujiku berbaur usikan. Alya tersenyum. Berkali-kali dia menghela nafas, aku tahu kawan baiknya itu mungkin merasa gusar apa yang akan berlaku sekejap lagi. Aku cuba menenangkannya.

"Tak lama lagi kau nak jadi Isteri orang Al, susahlah aku lepas ni. Eyelah lepas ni kau akan bertambah sibuk uruskan perihal suami."

"Apa pula susahnya. Walaupun aku dah kahwin kita tetap macam dulu."

"Tak samalah Al. Mungkin selepas ni kau susah nak tidur di rumah aku lagi, keluar dengan aku dan macam-macam lagi lah. Keseoranganlah aku lepas ni." Alya tersenyum.

"Keseorangan apanye. Fuad kau tu apa?"

"Fuad tu lain. Kau lain. Kau kawan baik aku. Semua hal tentang aku kau tahu semua tapi Fuad tidak."

"Kau kahwin je la Ira dengan Fuad tu. Tak adalah kau sunyi dan keseorangan lagi. Kalau kau dah kahwin dah tak ada bezanya aku dengan Fuad lagi."

"Kau ne cakap senang je. Hubungan kami masih barulah Al. Lagipun aku masih belum terfikir sampai ke situ. Tambahan pula Fuad pun tak ada respon apa-apa kalau Auntie Efa cakap tentang kahwin."

"Itu kata kau. Aku ada dengar Zimi cakap. Kan mereka tu kawan. Fuad rancang nak datang merisik kau. Maknanya Fuad sudah mula berfikir hendak kahwin dengan kau." Aku terdiam.

Sudah lima bulan aku bersama dengan Fuad. Dalam masa lima bulan itulah banyak benda berlaku dalam sekelip mata. Gembira, sedih, bahagia, hampa, marah dan bermacam-macam.

Dalam masa lima bulan itu aku merasa bahagia bersamanya. Fuad sering membuliku dengan bermacam-macam kerenahnya tetapi walaupun begitu aku tetap merasa bahagia. Keadaan itu membuatkan kami lebih rapat. Aku tahu Fuad bukannya sengaja membuat sedemikian.

Cakap tentang kahwin pula. Aku jadi bingung. Bukankah ini terlalu awal untuk menuju ke alam perkahwinan sedangkan hubungan kami masih belum lama.

"Ira.. Ira.." Panggil Alya mengejutkan lamunanku sekejap tadi. Aku tersedar.

"Kau dengar tak cakap aku tadi?" Tanya Alya kepadaku.

"Kau cakap apa Al?" Tanyaku kebingungan. Alya ketawa.

"Kau fikir apa Ira?"

"Hmm fikirkan cakap kau tadi. Aku tak readylah nak fikir bab-bab kahwin ni."

"Umur kau berapa?"

"23"

"Fuad?"

"27"

"Fuad dah 27 tahun memang patut dah kahwin. Kalau umur kau tu tak ada masalah bagi aku. Kau dah kerja pun, kan? Kau tak kasihan tengok Fuad tu?" Aku mengaru-garu kepalaku yang tidak gatal. Runsing memikirkan kata-kata kawan baiknya ini.

Tiba-tiba ibu Alya, Hajah Insan muncul di muka pintu bilik dan menyuruh Alya bersedia untuk keluar kerana pengantin lelaki sudah sampai. Seorang pengangun menemani Alya keluar dari bilik dan membawa ke ruang tamu di mana pihak pengantin lelaki dan keluarga pengantin lelaki berada. Aku turut menemani Alya duduk di sisinya.

Aku memandang wajah Alya, terpacar wajah gembiranya. Aku tersenyum. Bahagia melihat kawan baiknya sudah menemui kebahagiannya.

No comments:

Post a Comment