Tuesday, 2 March 2010

Bab 6

Fuad ketawa sendirian di belakang halaman rumahnya. Puas hatinya sudah menangkap gadis itu. Pertemuan yang tidak di sangkakan. Hatinya betul-betul gembira. Dia mesti beritahu Nizam tentang hal ni.

"Apa maksud Fuad?!" Sergahku dengan perasaan marah. Aku berdiri menghadap Fuad tapi Fuad sengaja melarikan diri dari aku. Aku tidak puas hati, aku mengikut tingkahnya.

"Kenapa Ira ikut-ikut Fuad ni?" Usiknya.

"Dia ne nak menambahkan sakit hati aku ke! Buat-buat tak faham pula! Geram aku!" Aku berkata sendirian dalam hati.

"Fuad!" Panggilku dengan lebih tegas lagi.

"Iye?" Fuad masih lagi sengaja berjalan kesana kemari menambahkan kemarahanku.

"Kalau Fuad buat perangai macam ni lagi, Ira tak peduli, Ira beritahu Auntie dan Uncle yang Fuad bohong tentang hubungan kita." Aku pantas berpaling dan meninggalkan Fuad tetapi Fuad sepantas itu menarik tanganku semula.

"Lepas tangan Ira!" Aku cuba menarik tanganku dari pegangan Fuad.

"Ira tak suka Fuad ke?!" Tanyanya tiba-tiba. Aku memandang Fuad.

"Tidak! T.I.D.A.K! Tidak! Kenapa Fuad tipu mereka?"

"Tipu? Fuad tak tipu pun. Ira yang nak tipu Umi dan Mama tadi kan."

"Ira pula? Ira tipu apa? Kenapa dengan Fuad ni? Serius lah sikit!" Makin lama, lelaki di depannya sekarang semakin membuatku marah. Tetapi aku menahan kemarahanku kerana kini aku berada di rumah orang. Kalau nak di ikutkan hati mahu di hentam kepala lelaki ini.

"Betullah cakap Fuad ni. Ira nak cakap pada Umi dan mama yang kita ni tidak ada hubungan kan. Tak baik tau Ira nak tipu orang tua Ira sendiri. Ohhh orang tua Fuad juga. Kita kan saling cinta mencintai." Fuad semakin seronok mengusik gadis ini. Entah kenapa dia teringin sangat hendak membuat gadis ni geram terhadapanya.

"Kenapa dengan Fuad ne?! Huh! Malas nak layan! Baik Ira balik!" Aku terus berlalu masuk ke dalam rumah. Kali ini Fuad tidak menghalangku.

"Umi, dah lewat ni. Kita pulang ya. Auntie Uncle pun nampak letih." Umi hanya menggangguk. Fuad yang baru masuk hanya tersenyum memandangku. Rupanya dalam diam Nina memerhatikan gerak geri kami di luar tadi. Nina merasa risau terhadap Abangnya, entah apa yang akan di lakukannya nanti terhadap anak kawan baik mamanya itu.

Sebelum pulang Fuad masih lagi nak berlakon depan Umi dan Auntie Sharifah. Aku yang sudah jadi kebingungan tidak tahu nak buat apa dengan perangai mengada-ngadanya ini.

"Hati-hati drive ya sayang. Dah malam ni. Text By ya kalau sudah sampai rumah. Love you!" Kata-kata itu masih terngiang-ngiang di telinganya. Geli betul aku mendengarnya.

No comments:

Post a Comment