Tuesday, 2 March 2010

Bab 7

Aku memandang skrin laptop di hadapanku sekarang. Sejak pagi tadi fikiranku bercerlaru tentang Fuad. Kehadiran lelaki ni dalam hidupku benar-benar buat aku sakit kepala. Aku tidak suka perkara macam ni di main-mainkan. Tadi pagi sewaktu aku hendak pergi kerja, Hajah Sharifah menelefon Uminya bertanyakan diriku, yang lebih dahsyat lagi mereka berdua dah mula berangan-angan nak mengahwinkan kami berdua. Pening!

“Ini Fuad punya angkaralah ni. Dia ingat benda macam ni main-main ke?” Rungutku sendirian. Aku betul-betul tidak dapat menumpukan perhatianku dengan kerja-kerjaku.

“Ira, okey ke? Dari tadi aku tengok kau gelisah je. Kenapa ni?” Tanya kawan baikku Alya setelah dia menyedari aku seperti tidak tentu arah. Alya mengambil duduk di hadapanku, memandangkan bos hari ni tidak masuk, beranilah dia membuat benda sesuka hatinya.

Alya adalah kawan baikku sejak sekolah menengah, 9 tahun kami kenal, sudah seperti adik beradik. Kami tidak menyangka kami kini menjadi kawan sekerja. Kalau dulu, kawan sekolah, kini kawan sekerja pula. Dialah tempat aku meluahkan segala-galanya jika aku ada masalah. Begitu juga dengan dirinya.

Aku menceritakan apa yang berlaku kepada Alya. Habis saja aku bercerita Alya tiba-tiba ketawa tanpa henti.

“Al!!!” Marahku sambil menghempas lembut bahunya.

“Tak ada yang lucu tau. Ira serius ni. Fuad tu kacau lah. Ira tak suka. Macam mana ni Alya?'' Rungutku. Alya masih lagi ketawa.

“Okay okay, aku serius. Aku nak tanya ni, Kau berapa lama dah single?”

“Dua tahun. Apasal tanya ni pula? Keluar cerita la.”

“Aahhhh! Fuad dah ada sekarang, layan saja lah.”

“Senangnya kau cakap macam tu. Fuad tu main-mainlah. Bukan serius betul. Aku faham sangat lelaki macam Fuad tu. Tahu nak mainkan perempuan je. Sama macam Hazrul!” Tiba-tiba saja emosiku menjadi-jadi.

“Aku tidak kisah kalau dia bohong depan kawan-kawan dia tapi jangan depan kedua orang tuanya dan Umi. Tengok, Umi dan Auntie Efa dah ambil serius perkara ni. Aku tak mahu di main-mainkan begini. Cukuplah Hazrul memainkan perasaanku.” Sambungku lagi.

Alya terdiam. Tidak tahu apa hendak di katakan. Dia tahu sahabat baikknya ini terlalu sensitif tentang bab perasaan. Kejadian dua tahun lalu membuatkan kawan baikknya tidak mahu menerima atau ingin mencuba kehadiran seorang lelaki dalam hidupunya.

“Ira, jangan fikirkan sangat benda ni. Nanti kita fikirkan macam mana nak selesaikan. Okay?” Aku mengeluh.

“Dahlah. Dah jam 4:30 ne, aku nak balik. Umi pun dah tunggu kat bawah. Kau ikut aku balik tak?” Aku bangun dan mengemas segala kerja-kerjaku dan laptopku.

“Hari ne tak sebab Zimi ambil aku. Kita nak pergi tengok barang hantaran nanti.”

“Kau tak guna aku lagi ya. Pergilah. Orang nak kahwin, memang tak guna aku lagi.”

“Lahh sensitif pula kawan aku ni. Kau ni Ira, jangan cakap macam tu. Esok aku ikut kau balik.”

“Tak payah, kau ikut je tunang kau tu balik esok esok dan seterusnya. Sampai kahwin.” Aku sudah berlalu menuju ke pintu keluar. Alya ketawa mendengar kata-kataku kerana dia kerana dia tahu aku bukannya marah betul.

“Nanti malam aku tidur rumah kau Ira.” Jerit Alya. Sempat juga dia memberitahuku. Aku ketawa.

Aku ternampak kereta Umi sewaktu aku keluar dari pejabatku. Yang peliknya bukan Umi yang memandu kereta itu tetapi…. FUAD! Fuad keluar dari kereta sambil memandangku. Aku mengetip bibir.

“Dia ni lagi! Asyik-asyik muka dia je dari semalam. Dia ni banyak helah. Geram aku!” Marahku sendirian. Tanpa berlengah aku pantas masuk ke dalam kereta tanpa banyak bicara. Umi lebih awal mengambil duduk di bahagian belakang, aku faham-faham saja duduk di bahagian depan. Di dalam kereta aku tidak banyak bercakap. Hanya Umi dan Fuad sahaja bercakap. Sekali-sekali Fuad sengaja mencari pasal denganku supaya aku memberi reaksi segala tindakannya itu.

No comments:

Post a Comment