Thursday, 4 March 2010

Bab 17

Sudah tiga minggu aku tidak berjumpa dengan Fuad. Sejak kejadian itu aku dan Fuad tidak bertegur. Aku masih terasa dengan sikapnya yang keterlaluan itu. Kadangkala Nina, Tasya dan Hajah Sharifah datang ke rumah melawatku dan Umi. Hajah Sharifah sudah mengetahui apa yang berlaku antara aku dan Fuad. Pada mulanya Hajah Sharifah memujukku supaya berbaik semula dengan Fuad tapi aku enggan. Alang-alang dah berlaku sebegini, inilah masa aku untuk menenangkan hatiku.

Ketiadaan Fuad membuatku hidup lebih selesa. Tiada keresahan dan kebingungan dengan sikapnya yang agak mengada-ngada. Bercakap dengan sesuka hatinya. Tetapi masalah antara aku dan Hazrul masih lagi. Hari demi hari Hazrul sering mengangguku. Aku betul-betul rimas.

Hari minggu ialah hari yang sungguh menyeronokkan. Aku dapat berehat dan menghabiskan masaku lebih lama bersama dengan Umi. Aku membawa Umi berkelah di Pantai Muara. Jika kami berdua, terasa bosan juga, akhirnya Umi mengajak Hajah Sharifah dan Pg Hj Khalid berkelah bersama. Nina turut datang bersama. Aku menghela nafas panjang kerana Fuad tidak ikut bersama. Sebelum ini seperti selalunya Fuad tidak akan datang.

Aku dan Nina berjalan-jalan di tepi pantai sambil mengambil gambar diri kami sendiri. Bermacam-macam kerenah kami lakukan. Biasalah perempuan kan. Manakala Umi dan kedua orang tua Nina duduk bersantai di sebuah pondok.

Di sudut lain….

“Lama betul aku tidak jumpa dia.” Fuad berkata sendirian sambil bibirnya mengukir senyuman. Dia berdiri bersembunyi di sebalik pokok. Nizam dan Tasya menemaninya seperti selalunya.

“Kau ni Fuad, kalau rindu pergi je tegur. Tak payah nak sembunyi-sembunyi macam ni.” Nizam mula bersuara.

“Kau gila! Tu tu girlfriend aku ada. Kalau dia nampak aku pergi jumpa perempuan lain, mengamuk dia. Lagipun aku malas lagi nak tegur perempuan tu. Dah 3 minggu aku tak tegur dengan dia.” Balas Fuad sambil matanya memandang ke arah seorang perempuan yang sedang beratur hendak membeli ice cream Mr.Softy.

“Alah biar dia mengamuk. Bukannya lama kau nak becinta dengan dia kan. Kan prinsip kau, cinta adalah permainan. Kau nak bercinta dengan perempuan hanya seminggu kan.”

“Ahhh malas aku nak layan kau.” Fuad kembali memandang ke arah gadis tu. Dia tersenyum lagi melihat kelakuan gadis itu dengan adiknya. Sejujurnya dirinya merindukan gadis itu.

“Fuad, aku hairanlah mengapa kita datang sini. Kau boleh dating tempat lain tapi kenapa kat sini juga kau pilih? Siap bawa kami lagi. Ohhh…….. Aku tahu. Sebab Ira ada kat sini kan.” Kali ini Tasya pula bersuara. Seperti selalunya Fuad akan mengajak kawan baiknya Nizam dan Tasya ikut bersamanya di mana saja walaupun dia bersama dengan teman wanitanya atau siapa sahaja.

“Taklah! Girlfriend aku ni yang nak datang sini. Tak sangka pula mereka ada kat sini.” Balasnya dengan nada yang agak ragu-ragu. Tasya memandang Fuad. Fuad melarikan pandangannya.

“Sayang, Fuad ni kalau dia bohong dia tak berani nak pandang mata orang. Tengok! Tadi Fuad tak nak padang Sayang.” Sampuk Nizam. Tasya dan Nizam ketawa.

“I tahu, I sengaja nak tanya Fuad soalan macam tu. Nak tengok apa jawapan dia tapi jawapan dia tak sama apa kata hati dia katakan, kan By?” Nizam mengangguk.

“Korang ne jangan nak cakap yang bukan-bukan. Aku cakap betul tau.” Tidak lama kemudian ''teman wanita seminggu'' Fuad muncul membawa dua ice cream dan menyerahkan kepada Fuad.

“Sayang, kita duduk kat sana. Nak?” Kata Nisha sambil jarinya menunding ke arah sebuah pokok kayu yang sudah di tebang untuk di jadikan tempat duduk. Fuad diam kerana tempat yang di inginkan teman wanitanya itu tidak berapa jauh di mana gadis itu dan adiknya berada. Nizam dan Tasya berpandangan.

“Kita duduk kat bangku sana tu je ya. Lebih selesa.”Jawap Fuad sambil menunjuk di sebuah bangku tidak jauh dari mereka bediri. Tanpa banyak cakap, Nisha bersetuju.

Di saat mereka berempat duduk bersantai di situ. Fuad terpandang dengan seseorang yang tidak di sukainya. Hazrul. Sejak dia mengetahui apa yang lelaki ini buat pada Ira, dia sangat membencinya. Hazrul sedar dengan kehadiran Fuad, seperti tidak apa-apa, Hazrul melintas di depan mereka dengan muka yang agak membencikan. Tiba-tiba saja dia merasa marah.

Kemarahannya semakin menjadi-jadi apabila terpandang Hazrul menghampiri gadis itu. Hatinya merasa geram, benci dan cemburu. Ya! Cemburu!!

No comments:

Post a Comment