Saturday, 6 March 2010

Bab 20

Hazrul duduk termenung di biliknya sambil berfikir. Sejak pulang dari rumah bekas teman wanitanya itu tadi dia mula berfikir, tentang apa yang akan terjadi pada dirinya dan bekas teman wanitanya itu kelak. Dia risau, risau kehilangan gadis itu. Sejak berpisah, dia sedar bahawa dalam hidupnya dia sangat memerlukan kasih sayang seorang perempuan seperti bekas teman wanitanya itu tapi dia sudah mengabaikan kasih sayang itu. Dia menyesal. Betul-betul meneyesal. Kalaulah masa boleh berputar kembali. Hazrul mengeluh.

Hazrul turun ke tingkat bawah, di lihatnya adik beradiknya dan kedua orang tuanya sedang menonton dvd. Dia mengambil duduk di sisi Ibunya, Hajah Heliza. Hajah Heliza sedar melihat kegusaran anak keduanya ini.

“Kenapa dengan Haz ni? Ada masalah? Cerita dengan mummy.” Katanya. Adik beradik Hazrul yang lain menoleh ke arah Abangnya. Begitu juga dengan Haji Ahmad, ayah Hazrul.

“Mummy ingat lagi Ira?” Tanya Hazrul memulakan bicara. Setelah mendengar nama itu, semua adik beradik Hazrul memalingkan kepala dan menonoton kembali televisyen itu, bukan tidak suka cuma kalau di sebabkan gadis itu, kalau di fikirkan kembali, Abangnya yang bersalah melepaskan gadis sebaik itu dengan sia-sia. Buat apa nak di fikirkan lagi. Terasa sayang mereka rasakan kehilangan seorang teman wanita Abangnya yang baik sebegitu. Itu pendapat mereka.

“Mummy ingat, kenapa?”

“Haz jumpa dia lagi. Sebulan yang lalu. Itupun Haz sendiri yang nak pergi jumpa dia. Haz masih sayangkan dia mummy. Haz sedar, Iralah perempuan yang Haz perlukan selama ini. Haz menyesal sebab lukakan hati dia dua tahun lalu.”

“Itu salah Abang! Kalau bukan di sebabkan perempuan tu, Abang tak akan abaikan Kak Ira. Nak menambat hati perempuan yang pernah di lukai bukan senang bang!” Sampuk Amy, adik ketiga Hazrul.

“Apa reaksi Ira bila jumpa Haz kembali?"

"Pada mulanya dia tak nak layan Haz. Dia marah tapi Haz tak putus asa. Haz ikut jejak dia di mana saja. Tapi Ira sekarang dah berubah Mummy, kalau dulu boleh di pujuk itu ini tapi sekarang susah sekali. Ira dah banyak kali menolak hasrat Haz hendak bersama dengannya. Mungkin Ira masih terasa dengan perbuatan dan kata-kata Haz sebelum meninggalkan dia."

“Apa Haz kata pada dia?”

“Hari terakhir kami bersama tu, Ira kata nak jumpa tapi Haz tak nak mummy sebab masa tu Haz bersama perempuan lain. Haz cuma SMS dia untuk mengakhiri hubungan kami dengan alasan.. hmmm.. Haz cakap.." Hazrul tidak dapat meneruskan ayatnya.

“Abang cuma cintakan Kak Ira sebab kasihan dan tidak dapat menerima keadaan diri Kak Ira waktu tu.'' Sampuk Amy lagi. Apabila mengingatkan hal ini, dia merasa marah terhadap Abangnya.

“Sebab kasihan? Apa maksud kata-kata Haz tu? Dan tidak menerima apa?” Haji Ahmad yang dari tadi menjadi pendengar setia terus saja menutup Televisyen dan memandang fokus kepada anak keduanya itu.

“Mummy sendiri ada kan waktu tu masa hari pertama kami berjumpa, kami bercinta sebelum berjumpa mummy. Bila tengok je keadaan Ira ketika itu, tiba-tiba saja Haz rasa tak ada perasaan. Ada tapi cuma sikit je. Haz tidak dapat menerima diri Ira waktu tu tapi melihat Ira seperti menghargai hubungan kami, Haz teruskan saja lah. Kasihan juga kalau di tinggalkan begitu saja.”

"Anak yayah macam ni! Yayah tak sangka Haz buat begini pada Ira. Pertama kali yayah tengok Ira, yayah rasa dialah perempuan yang terbaik dari semua perempuan yang yayah kenal sebelum ni. Haz sendiri tahu kan macam mana dia layan keluarga kita. Dia layan Haz baik dan kami juga. “

“Itu Haz tahu. Sebab tu bila kami berpisah, Ira dah tak ada di sisi Haz, Haz rasa macam dah hilang sesuatu benda yang berharga. Dan mula saat itu Haz sedar selama ini Haz memang menyanyanginya. Cuma Haz buta melihat ketulusan Ira dan memeahami hati Haz sendiri. Haz menyesal selama dua tahun ini.”

“Abang sering putus dengan teman wanita Abang dan baru-baru ini Abang putuskan Kak Feza disebabkan Kak Ira?”

“Ya! Kalau Abang bercinta mana-mana perempuan, Abang tak dapat nak beri kasih sayang itu kepada mereka. Sebab kasih sayang Abang hanya pada Ira. Abang tak dapat lupakan Ira. Abang nak Ira bagi Abang peluang. ”

“Tapi Bang, Kak Ira sudah menolak Abang banyak kali. Macam mana …” Hajah Heliza memotong ayat anak ketiganya itu.

“Haz kena cuba juga. Mummy pun suka sangat dengan Ira tu. Kalau dia melepas mana-mana lelaki lain, rasa sayang.” Hazrul mengeluh berat.

“Cakap pasal lelaki lain, ini yang buat Haz semakin risau. Haz sendiri tak pasti apa hubungan Ira dengan lelaki ini. Lelaki ini sekejap ada sekejap tak ada. Tapi Haz rasa lelaki ini seperti menyintai Ira dan Ira….” Hazrul tiba-tiba mengimbas kejadian tadi sewaktu Fuad dengan Ira memandang antara satu dengan yang lain, melihat renungan mata Ira, dia merasa bekas teman wanitanya itu turut menyintai Fuad.

“Hazrul.. Hazrul… Hazrul!!” Panggil Hajah Heliza mengejutkan lamunannya.

“Ira apa?”

“Menyintai lelaki ini juga. Mummy, adakah Haz terlambat. Ya! Terlambat. Haz memang sudah terlambat.” Tiba-tiba saja Hazrul emosi.

“Haz.. Haz! Haz tak boleh nak putus asa macam ni. Ingat kata Mummy ni. Kalau Haz tak dapat Ira juga, Haz boleh jadi kawan dia sekurang-kurangnya antara Haz dengan Ira tak akan putus.” Pujuk Hajah Heliza. Hazrul diam. Lama dia berfikir.

“Esok Haz jumpa Ira. Kita lihatlah apa yang akan terjadi esok. Haz akan menghormati apa saja keputusan Ira.” Hazrul menarik nafas lega, sekurang-kurangnya masalahanya ini di kongsikan bersama keluarganya. Di samping itu juga dia dapat memujuk hatinya yang gelisah menanti hari esok.

No comments:

Post a Comment