Thursday, 4 March 2010

Bab 18

Fuad duduk diam membisu. Hatinya benar-benar ingin saja memarahi lelaki itu tapi ketika ini dia tidak ada kekuatan. Ice Cream di tanganya dan Nisha yang duduk di sisinya tidak di endahkannya. Fikiranya ketika ini adalah gadis itu.

“Sayang, you okey?” Nisha menegur. Fuad memejamkan matanya sambil kepalanya di tundukkannya. Nizam dan Tasya panik melihat keadaan Fuad ketika itu. Mereka tahu, Fuad seperti menahan sesuatu perkara di hatinya. Tidak lama kemudian Fuad membuka matanya dan memandang Nisha.

“Nisha, Fuad nak tamatkan hubungan kita.”

“Apa?!!!” Nisha terkejut. Begitu juga dengan Nizam dan Tasya.

“Kita tamatkan hubungan kita. Fuad tak nak lukakan hati you lagi. Okey! Fuad jujur. Selama ni Fuad tak ada perasaan pada you apatah lagi mencintai you. Semua ini adalah permainan hidup Fuad. Fuad tidak pernah serius mana-mana perempuan. Setiap minggu, Fuad akan tukar-tukar teman wanita. Maafkan Fuad Nisha. Fuad mahu hentikan semua ini.” Nisha memandang Fuad kemudian menamparnya.

“Yea! Memang semua perempuan yang Fuad sakiti kena buat macam ni. Ini kesalahan Fuad.” Fuad meyambung katanya lagi.

“Nisha tahu! Nisha tahu Fuad tak serius bersama Nisha. Nisha perempuan, Nisha boleh bezakan antara perasaan sebenar dengan tidak. Tambahan lagi kawan Nisha pernah di sakiti oleh Fuad. Siapa tak kenal Ak Fuad Pg Hj Khalid. Banyak perempuan dah kena dengan Fuad! Nisha sengaja menerima Fuad kerana pada mulanya, Nisha ingin membalas dendam demi kawan Nisha tapi sejak pertama kali Nisha mula mengenali Fuad, Nisha boleh rasakan sesuatu yang bermain di minda Fuad. Fuad tidaklah sejahat seperti yang mereka fikirkan. Fuad cuma hilang arah tentang perasaan dan hati Fuad sendiri. Dan kini Nisha tahu hati Fuad sudah 'di masuki seseorang" Fuad terdiam.

Fuad memandang dari jarak jauh kelibat gadis yang ‘mungkin’ sudah menambat hatinya. Nisha turut memandang di mana mata lelaki itu berhenti. Dia tersenyum, dia mengerti. Gadis itulah yang sudah berjaya menambat hati lelaki ini.

“Pergilah Fuad! Sebelum lelaki itu bertindak dulu. Nampaknya lelaki itu betul-betul serius.” Kata Nisha seakan mengerti 'drama' yang berlaku sekarang ini. Fuad memandang Nisha kembali.

“Macam mana you tahu lelaki itu inginkan gadis tu? You kenal? Kenapa you tak cakap lelaki itu Abang dia ke apa ke. Kenapa you mesti fikir lelaki itu betul-betul serius?” Fuad membuat andaian. Nisha ketawa.

“Kalau Abang, tak mungkin Abang nak pegang tangan adik begitu lama dan seperti memaksa perempuan tu. Fikirlah. Kalau orang pun boleh fikir benda ni. Dan juga cara dia tengok gadis tu lain sangat.”

“You ne kan Fuad, sejak kenal Ira, dah jadi bengang sikit. Ini sah dah kena panahan cinta Iralah ni.”Sampuk Tasya setelah lama mendiamkan diri dan menjadi pemerhati dan pendengar dari tadi.

“Okeylah. Nisha anggap antara kita tak pernah berlaku apa-apa. Nisha tak simpan dalam hati. Sekarang pergilah pada gadis tu. Jangan lambat bertindak. Nanti melepas.”

“You nak balik macam mana? Fuad hantar you balik dulu ya. Kita sama-sama ke sini, jadinya biarlah Fuad hantar you balik.” Nisha menggelang.

“Tak apa. Nisha suruh Leeya jemput Nisha nanti.”

“Leeya. Leeya Leeya. Leeyalah kawan baik you Nisha?” Nisha mengangguk.

“Nisha, tolong beritahu Leeya, Fuad minta maaf atas apa yang berlaku sebelum ini. Fuad betul-betul menyesal.”

“Okey, Sekarang pergi kat gadis tu. Jangan banyak cakap lagi. Pergi.” Nisha menolak sedikit badan Fuad.

“A’ahlah Fuad. Kau pergilah. Tu! Kau tengok Ira tu. Naik rimas dia dengan Hazrul tu. Hazrul tu nak ikut dia sana sini. Pergilah. Tunjukkan perangai kau sebelum ni.” Fuad tersenyum mendengarnya. Sepantas itu dia belari ke arah gadis itu.

“YA ALLAH! Jangan paksa Ira macam ni! Ira datang sini nak relaks. Bukan nak stresskan benda macam ni. Berapa kali Ira nak cakap lagi. Ira tak nak ada apa-apa hubungan dengan Haz lagi. Tolonglah faham.” Ketika itu fikiranku tiba-tiba terfikirkan Fuad. Kalaulah ada lelaki ini mungkin dia sudah terselamat dari Hazrul. Mungkin Fuad akan cuba berlakon bahawa aku adalah teman wanitanya. Aku ingin Hazrul berhenti berkelakuan begini. Aku betul-betul tidak tahan dengan sikapnya.

“Kan aku dah cakap jangan ganggu dia. Kenapa kau tak faham ni!” Tiba-tiba Fuad muncul sambil tangan kirinya memeluk bahuku lembut. Aku memandangnya dan tersenyum padanya. Fuad membalas senyumanku itu.

“Kau peduli apa. Ira ni bukan Isteri atau teman wanita kau. Dan kau harus tahu aku lelaki pernah di cintainya. Kau? Kau cuma anak kawan Umi je. Lepas tangan kau tu.” Hazrul melarikan tangan Fuad dari bahuku. Sepantas itu juga aku memeluk lengan Fuad kembali.

“Siapa kata Ira bukan teman wanita aku. Ira akan bakal jadi Isteri aku. Dan kau jangan nak ganggu dia lagi. Ira tak suka kau lagi. Kau ingatlah! Kau masa lampau Ira dan aku masa depan Ira! Kau dah pernah sakitkan hati Ira buat apa kau nak menagih cinta pada dia lagi. Dia tak suka kau lagi. Kau ingatlah! Jom Ira, kita pergi. Jangan peduli lelaki ini lagi.” Aku hanya menurut.

“Macam mana Hazrul tahu Ira kat sini?” Tanya Fuad. Kami beiringan berjalan menuju ke pondok di mana Umi dan kedua orang tua Fuad berada. Kami lupa bahawa kami tidak bertegur sapa sebelum ini.

“Ira tak tahu. Selama Fuad tidak ada, di mana-mana mesti dia muncul. Dia tahu apa yang Ira akan lakukan dan Ira pergi mana-mana.” Aku mengeluh. Kami tidak sedar tangan kami masih bersatu.

“Tidak apa. Kali ini mesti dia tak berani sebab Fuad akan jaga Ira. Akan sentiasa di sisi Ira.” Aku tersenyum.

“Hmmm pelik tapi okeylah.” Nina tiba-tiba bersuara dari arah belakang sambil tersenyum lebar. Kami memandang Nina. Di sisi Nina Nizam dan Tasya.

“Sejak bila korang dah bebaik ni? Ohh korang bercinta sembunyi-sembunyi ya. Romantiknya sampai pegang tangan.” Nizam mengusik. Tiba-tiba aku dan Fuad tersedar. Sepantas itu aku melepaskan tanganku.

“Kita tak ada becinta tau. Jangan cakap sembarangan.” Aku berlari anak menuju ke pondok dan mengambil duduk di sisi Umi. Ketika itu aku merasa hatiku berdegup laju.

No comments:

Post a Comment