Tuesday, 23 March 2010

Bab 27

Acara pernikahan Alya dan Zimi berjalan dengan lancar. Kini kawan baiknya itu sudah sah menjadi Isteri Zimi. Aku bahagia melihat mereka. Saat-saat aku lalai memerhatikan gelagat Alya dan Zimi mengayakan bermacam-macam gaya mengikut arahan jurugambar, entah kenapa ketika itu aku seperti menginginkan apa yang berlaku sekarang pada kawan baiknya itu berlaku pada dirinya.

"Bila agaknya Kaka Ira dan Abang Fuad ni kahwin ye?" Nina tiba-tiba bersuara. Aku menoleh memandangnya dan tersenyum. Terkejut juga aku mendengar apa yang di katakan Adik teman lelakinya itu.

"Tidak lama lagi. Mungkin sebulan yang akan datang." Tiba-tiba saja Fuad muncul di belakangku. Fuad berdiri di sisiku sambil tersenyum memandangku. Aku hanya mampu membalas senyuman itu.

Aku tidak tahu adakah Fuad serius atau tidak berkata begitu.

"Serius Bang?" Nina masih membicarakan hal ini. Aku yang berdiri di tengah-tengah antara mereka merasa gugup mendengarnya. Fuad memandangku lagi. Aku semakin bingung melihat pandangan dan senyuman itu. Bagi mengelak semua itu aku dengan pantas menghampiri Tasya yang berdiri tidak jauh dari pelamin bersama Nizam.

Tasya, siapa tak kenal. Kalau bab-bab kahwin dia paling 'sibuk' cuba mengayakan pengantin dengan bermacam-macam gaya. Jurugambar pula ikut sekepala dengan fikiran dan idea Tasya.

Tasya dan Nizam kehairanan melihatku.

"Kenapa Ira?" Tanya Tasya. Aku cuma tersenyum menggelang. Aku bernasib baik kerana Tasya tidak bertanya apa-apa lagi.
Fuad dan Nina ketawa kecil. Mereka tahu gadis itu mengelak dari mereka berdua apabila mereka membicarakan hal perkahwinan.

"Abang serius ke? Mama dan Papa macam mana?" Tanya Nina lagi. Fuad mengangguk.

"Abang masih belum cakap hal ni dengan Papa dan Mama, nantilah Abang beritahu mereka tentang perkara ni. Abang tahu Mama Papa mesti dah tunggu lama tentang keputusan ni kan. Abang tak nak tangguh apa-apa lagi. Abang tahu hubungan Abang dengan Ira masih baru tapi.. Abang risau Nina." Fuad menandang teman wanitanya. Nina mengerutkan dahinya kurang mengerti.

"Apa yang Abang risaukan?" Belum sempat Fuad menjawap Zimi memanggil mereka berdua untuk bergambar bersama. Begitu juga dengan kami bertiga.

"Tak apa nanti kat rumah Abang cerita. Tu Abang Zimi dah panggil tu. Jom" Nina menarik tangan Fuad kemudian Fuad menarik tangangku pula naik ke atas pelamin. Seperti biasa, Tasya apa lagi sudah mula mengarahkan kami dengan 'gaya' yang dia mahukan. Kami mengikut saja dengan perasaan gembira.

"Fuad, cuba kau duduk dengan Ira kat kerusi ni. Ambil gambar. Manalah tahu menjangkit nak kahwin lepas ni kan." Usik Tasya.

"Lah.. kesitu pula Tasya ni. Ira tak nak..."Belum sempat aku menghabiskan ayatku aku terpandang Fuad sudah duduk di kerusi pengantin kemudian memandangku, Fuad memberi isyarat supaya aku duduk di kerusi yang berada di sisinya itu. Mereka yang lain tersenyum kemudian turun dari pelamin tersebut. Begitu juga dengan Alya dan Zimi. Aku enggan duduk.

"Alah tak payahlah macam ni. Alya dan Zimi kan pengantin. Biarlah mereka..."Alya memotong ayatku.

"Kami dah puas ambil gambar kat pelamin ni. Duduk je lah Ira. Cuma ambil gambar je." Fuad masih lagi memandangku. Akhirnya aku duduk di sisinya dengan perasaan malu. Mereka tesenyum.

"Apasal aku je yang kena usik ni." Kataku sendirian dalam hati.

"Alan, ambil gambar mereka. Ambil cantik-cantik tau." Arah Zimi kepada jurugambar yang di ordernya itu.

Tasya pun sudah mula dengan 'arahannya'. Kami hanya menurut seperti biasa.

No comments:

Post a Comment