Thursday, 4 March 2010

Bab 15

Fuad memandu kereta dengan fokus sekali. Dari tadi aku hanya mendiamkan diri, begitu juga dengan Fuad. Dari keluar Mall sehinggalah sekarang Fuad tidak berkata apa-apa. Ku pandang belakang, Nina dan dua orang kawan Fuad juga turut mendiamkan diri. Aku gelisah.

Ketika di dalam Mall tadi aku berkali-kali meminta di lepaskan tetapi Fuad enggan, sebaliknya aku dimarahkannya. Melihat Fuad marah, aku jadi takut. Sebelum ni aku tidak pernah melihat muka serius Fuad sebegini. Sebelum ini hanya senyuman dan ketawa nakalnya memainkan peranan dirinya.

Aku memandang Fuad, ingin berkata sesuatu tetapi aku takut.

“Fuad, pasanglah radio, sunyilah.” Nizam memecahkan kesunyian.

“A’ahlah Fuad. Pasanglah. Aku bosan tau.” Tasya pula menyampuk. Fuad tidak memberikan apa-apa respon.

“Fuad” Panggilku. Kali ini aku cuba memberanikan diri untuk bercakap dengannya.

“Baru Ira nak cakap sejak tadi!” Balasnya. Terkejut aku mendengar suara lantangnya itu.

“Kenapa Ira tak beritahu Fuad Ira jumpa Hazrul?” Tanyanya tanpa memandangku. Matanya masih tertumpu kehadapan.

“Ira kena beritahu Fuad ke?”

“Ya!” Jawapnya tegas.

“Tapi kenapa? Kita tak ada hubungan pun.”

“Siapa kata tak ada!” Aku memandangnya lagi.

"Dah datang penyakit dia!" Kataku sendiri.

“Apa Ira cakap dengan Hazrul sampai dia pegang tangan Ira?”

“Kenapa Fuad sibuk sangat ni. Sudahlah! Ira malas nak layan Fuad. Ni! Fuad nak bawa Ira kemana? Ira nak balik.” Fuad diam, tidak memberikan apa-apa respon.

Aku sudah tidak larat berkata apa-apa, memandangkan Fuad sudah mendiamkan diri. Aku memandang jalan yang kami lalui. Aku mengeluh. Lelaki ini memang tidak mahu mendengar kata-katanya. Tidak lama kemudian kami pun sampai di rumah Fuad. Fuad menutup enjin dan terus saja keluar tanpa mempedulikanku. Aku mengeluh berat. Nina dan Tasya menghampiriku. Nizam pula mengejar dan mengikut Fuad masuk.

“Kenapa dengan dia ni? Marah tak tentu sebabnya!” Rungkutku.

“Sabar ya Kak. Nina tidak tahu kenapa dengan Abang ni. Dari tadi asyik nak marah saja. Nina hantar Kaka pulang ya.” Aku hanya mengangguk. Tidak lama kemudian Hajah Sharifah muncul di muka pintu sambil melambai-lambai memanggilku. Aku dengan berat hati melangkah ke arah wanita itu.

Aku bersalam dengannya.

“Masuklah Ira. Ni! Kenapa dengan Fuad tu? Ira bergaduh dengan Fuad ya.” Aku mengangguk pun tidak, menggelang pun tidak. Tidak tahu hendak menjawap apa.

Hajah Sharifah mungkin menyedari aku enggan menjawap soalanya itu, lantas aku di tariknya masuk.

“Tidak apa. Auntie tak paksa. Ini urusan orang muda-muda. Ira duduklah dengan Nina dan Tasya ni. Auntie nak temankan Uncle Khalid masak kat dapur tu. Uncle Khalid tu teringin sangat nak cuba resipi baru dalam buku tu. Ni Auntie tolong-tolong dia. Terbalik pula. Si suami minat memasak ni.” Hajah Sharifah pun berlalu menuju ke dapur. Aku hanya tersenyum mendengarnya.

“Nina, hantar Kaka. Kaka tak sedap hati ni. Boleh ya? Kalau Auntie tak panggil tadi, tak payah kita masuk. Kaka betul-betul nak balik.” Nina mengangguk.

“Tasya temankan.” Nina mengangguk. Belum sempat kakiku melangkah pergi, Fuad muncul kembali dengan keadaan yang tidak puas hati.

“Kenapa Ira jumpa Hazrul tak beritahu Fuad?” Tanyanya dengan nada yang agak kuat sedikit. Nampaknya Fuad benar-benar tidak puas hati denganku.

“Kenapa dengan Fuad ni?! Marah tak tentu pasal. Ira rimas dengan perangai Fuad macam ni. Bagilah Ira peluang untuk Ira tenangkan hati Ira ni. Fuad jangan macam ni!" Balasku dengan nada yang kuat juga.

“Fuad tak suka Ira jumpa Hazrul!”

“Apa hak Fuad cakap macam tu?"

"Fuad ada hak sebab Fuad teman lelaki Ira!" Aku mengeluh.

"Fuad! Ira jumpa Hazrul sebab kemahuan Umi. Umi mahukan masalah antara kami selesai. Ira tak ada apa-apa lagi hubungan dengan Hazrul lagi.” Fuad memegang kedua belah bahuku dengan kuat sekali.

“Habis tu kenapa dia pegang tangan Ira?” Aku terdiam, tidak tahu hendak menjawap dan menerangkan kepadanya. Fuad memandangku tajam. Kedua orang tua Fuad keluar dari dapur apabila terdengar pertengkaran kami. Aku sudah tahan dengan perangai Fuad begini, airmataku jatuh.

“Fuad, Jangan paksa Ira begini!” Aku sudah menangis teresak-esak. Fuad memaksaku menjawap soalannya tentang Hazrul, aku benar-benar tidak tahan mendengarnya lagi.

“Abang! Jangan paksa kaka lagi!” Marah Nina sambil menolak badan Abangnya kebelakang. Fuad seperti sedar kedunia nyata, dia betul-betul tidak dapat menahan kemarahannya tadi.

“Kak, jangan menangis lagi. Kaka jangan peduilkan Abang Fuad lagi. Nina hantar kaka pulang sekarang.” Nina memegang bahu dan memimpinku keluar tetapi sepantas itu juga Fuad menarikku dan memelukku kuat.

“Sorry! Fuad tak sengaja nak buat Ira macam ni. Maafkan Fuad. Shhhh shhhh.. Ira jangan nangis lagi. Shhh.. shhh..” Fuad memujukku. Tangisanku semakin kuat. Dari tadi aku sudah menahan tangisanku ini sebab Hazrul. Hatiku benar-benar sakit. Aku keliru dengan keadaan diriku sekarang.

No comments:

Post a Comment