Thursday, 4 March 2010

Bab 13

Aku tidak menyangka aku akan membuat keputusan sebegini, berjumpa dengan Hazrul. Tadi pagi aku, Umi dan Alya berbincang tentang kehadiran Hazrul kembali. Pada mulanya aku malas hendak memikirkan tetapi Umi bertegas supaya aku berjumpa dengan Hazrul untuk menyelesaikan masalah antara kami. Aku bernasib baik kerana masih menyimpan nombor telefon Hazrul dan Hazrul masih mengunakan line tersebut.

Ku fikirkan kembali, apa sebenarnya masalah kami yang belum selesai.

Aku dan Alya beriringan jalan menuju ke Food Court Mall. Di sanalah tempat aku dan Hazrul berjumpa. Sesampai sana di Food Court aku mencari kelibat Hazrul, Hazrul menyedari kedatangannku. Dia melambai-lambaikan tangannya dari jauh.

"Ira, kau ni. Relakslah. Jangan nervous sangat." Tegur Alya apabila melihat diriku yang menggeletar.

"Okey Okey. Ira pergi. Aku call kau nanti ya." Aku berjalan menuju ke meja di mana Hazrul duduk.

"Hai Ira." Sapanya.

"Hai!" Balasku. Perasaanku jadi tidak tentu arah.

"Duduklah." Aku hanya mengangguk. Aku mengambil duduk berhadapan dengan Hazrul.

"Haz dah order makanan dan minuman Ira suka. Kita makan dulu ya. Haz belanja." Aku tidak membantah. Sememangnya aku merindui keadaan begini. Ketika makan aku dan Hazrul banyak mendiamkan diri, melayan perasaan masing-masing. Ada juga sesekali Hazrul bercakap denganku.

Makin lama kami bersama, semakin aku gelisah. Aku berharap dapat menyelesaikan masalah kami dan pulang. Aku tidak tahan hendak berhadapan dengannya walaupun aku sangat merindukannya.

"Cakaplah. Cakaplah. Cakaplah apa kau nak cakap dengan aku ni." Kataku sendirian dengan perasaan yang gelisah.

"Ira..." panggilnya lembutnya. Aku memandangnya.

"Haz masih cintakan Ira." Terbeliak mataku mendengarnya.

"Masih cintakan Ira?" Aku ketawa kecil.

"Haz masih ingat tak apa alasan Haz tinggalkan Ira dulu? Ingat?" Hazrul mengganguk. Hazrul berpindah tempat duduk ke sisiku dan sambil tangannya memegang tanganku kuat. Aku menariknya. Kami bedua mengecilkan suara bagi menghormati orang ramai yang masih menikmati makan di Food Court ini.

"Dua tahun dulu Haz pernah kata pada Ira Haz cuma cintakan Ira sebab kasihankan Ira. Itu bukan cinta yang datang dari hati tetapi kerana simpati. Macam mana pula 'alasan' yang Haz beri itu kini dah berlainan dengan yang sekarang? Ira tak harap apa-apa lagi dari Haz. Cukuplah sandiwara ini Haz. Jangan mainkan perasaan Ira lagi."

"Memang betul, Haz berkata begitu pada Ira dan Haz nak minta maaf pada Ira apa yang Haz lakukan selama ini. Haz betul-betul menyesal. Dan lagi kali ini Haz betul-betul pasti dengan perasaan Haz sendiri. Ini cinta Ira bukan simpati. Selepas kita berpisah, Haz rasakan Haz dah hilang sesuatu yang amat berharga dalam hidup Haz iaitu Ira. Tak ada perempuan yang Haz kenal yang serupa dengan Ira. Ira berbeza dengan mereka semua. Haz berharap Ira menerima Haz kembali."

"Kalau Ira tahu Haz nak cakap begini, Ira tak akan datang jumpa Haz. Ira tak harap semua ni lagi Haz!" Aku bangun hendak berlalu pergi tetapi Hazrul menarikku semula sehingga aku terduduk kembali. Aku mendengus.

"Ira, Haz tahu Ira masih marah dengan kelakuan Haz meninggalkan Ira begitu. Haz akui itu adalah kesalahan besar yang Haz lakukan. Tapi Ira please! Bagi Haz peluang lagi."

"Peluang? Ira dah bagi Haz peluang sebanyak dua kali dan dua kali itu juga Haz melukakan hati Ira. Ira tak nak ambil risiko itu lagi. Cukuplah!"

"Ira, dah dua tahun kita berpisah, Ira masih tak boleh lepaskan apa yang dah lepas. Lupakan je lah."

"Haz senanglah cakap sebab bukan Haz yang di tinggalkan. Ira yang merasa kesakitan itu!."

"Tapi Haz kan dah cakap Haz mengakui kesalahan itu, tak boleh ke Ira maafkan saja dan bagi Haz peluang untuk mencintai Ira semula. Apa lagi yang Ira nak Haz lakukan supaya Ira terima Haz semula? Apa?" Aku memandang Hazrul, timbul rasa benciku kepadanya. Benci kerana lelaki ini masih belum sedar dengan kesakitan yang aku alami selama dua tahun ini.

"Ira nak balik! Jangan halang Ira!" Aku dan Hazrul berpandangan dan berharap kali ini Hazrul tidak menghalangku pergi.

"Haz tak akan putus asa Ira!" Katanya lagi. Aku pantas berdiri dan meninggalkan Hazrul. Hatiku merasa sakit dan sedih.

No comments:

Post a Comment