Tuesday, 2 March 2010

Bab 5

Fuad menonton televisyen tetapi fikirannya melayang memikirkan gadis itu. Kata-kata kawan baiknya itu juga masih terngiang-ngiang di telinganya. Entah kenapa dia jadi gelisah. Gelisah memikirkan macam mana dia nak mendapatkan gadis itu.

''Arghhh! sakit saja kepala aku fikirkan hal ni. Baik aku turun. Lapar pula perut aku ni." Fuad bangun dari baringannya dan terus turun. Sebaik saja Fuad turun hendak membelok masuk ke dapur, dia bertemu dengan gadis yang di fikirkannya dari tadi. Kami berdua terkaku di muka pintu dapur seketika, memandang sesama sendiri.

Entah kenapa tiba-tiba saja Fuad ketawa. Ketawa besar hingga mengejutkan aku dan seluruh dalam rumah ini.

"YA ALLAH! Fuad! Apa dah jadi dengan Fuad ni?" Hajah Sharifah menegur anak lelakinya itu. Fuad duduk di sisi mamanya di ruang tamu, tidak jadi dia hendak makan, hilang laparnya.

"Itukan lelaki yang tegur aku tadi. Siapa dia??" Kataku sendirian.

"Itulah Abang Nina, Abang Fuad. Kan Kaka dah lihat gambar sekeluarga kami tadi kat ruang meja makan." Sampuk Nina di sisiku.

"Abang Nina? Tapi muka Fuad dalam gambar tu tak sama dengan yang sekarang ni."

"Gambar lama Kak sebab tu tak sama. Kita duduk Kak." Nina menarik tanganku dan membawaku masuk ke ruang tamu.

Aku mengambil duduk di sisi Umi sambil mataku masih memandang Fuad.

"Fuad ni! Buat apa ketawa macam tu? Terkejut mama tau. Ni, kenapa dengan Fuad ni? Dari tadi mama tanya." Fuad ketawa lagi. Hajah Sharifah menggelang-gelangkan kepalanya.

"Mar, ini Fuad. Anak sulung Efa. Ahh Fuad apalagi salam kawan mama tu." Kata Hajah Sharifah. Fuad menurut lalu menyalam Hajah Maria.

"Dan ini pula anak dia, Ira." Sambung Hajah Sharifah lagi. Fuad tersenyum lagi.

"Tak sangka akhirnya Fuad dapat jumpa Auntie." Kata Fuad. Mereka kehairanan mendengar kata-kata Fuad. Begitu juga dengan diriku.

"Maksud Fuad apa?" Tanya Pg Hj Khalid kehairanan. Fuad berdiri dari duduknya, kemudian duduk di sisiku. Terkejut aku di buatnya. Mana tidaknya, bukan setakat duduk di sisiku, malah tanganya merayap memegang bahuku.

"Ira ni teman wanita Fuad. Selama ni Fuad teringin sangat nak jumpa Auntie. Tapi Ira tak nak bawa Fuad jumpa Auntie apatah lagi nak tengokkan gambar Auntie pada Fuad. Kini dah sampai hajat Fuad." Aku memandang Fuad tajam. Mereka yang lain terkejut, lebih-lebih lagi Nina. Terkejut dia dengan tindakan Abangnya itu. Aku melepaskan pelukan Fuad dibahuku.

"Auntie, Uncle, Fuad cuma..." Hajah Sharifah memotong ayatku.

"Betul ke? Baguslah! Lagipun dari tadi Auntie tengok Ira ni, angan-angan Auntie nak jadikan Ira menantu. Tak sangka pula dalam diam dah bersama."

"Auntie, Uncle.. Kami.." Lagi sekali ayatku di potong. Kali ini Fuad pula. Aku geram.

"Kami nak minta restu mama papa dan Umi dengan hubungan kami ni. Dah lama Fuad nak kenalkan mama dan Papa dengan teman wanita Fuad ni. Ini dah terlanjur, tanpa di duga pertemuan ini, Fuad berterus terang terus je lah." Fuad memandangku, aku membalas pandanganya dengan perasaan marah.

No comments:

Post a Comment