Saturday, 6 March 2010

Bab 22

Empat hari berlalu...

8:30 pagi..

"Pagi Mama! Papa!" Sapa Fuad di awal pagi itu. Fuad mengambil duduk di sisi Hajah Sharifah di ruang meja makan untuk sarapan pagi. Kedua orang tua Fuad merasa hairan melihat anak lelakinya awal bangun ketika ini. Tidak pernah Fuad turun seawal begini.

"Awal Fuad bangun hari ni?" Tanya Hajah Sharifah.

"Fuad rasa tak sihat ma, tak tahan nak berperap dalam bilik lama-lama." Hajah Sharifah merasa dahi Fuad, memang panas! Muka Fuad kelihatan pucat lesu.

"Fuad demam ni. Kita bawa ke hospital." Fuad menggelang. Hajah Sharifah tidak memaksa kerana dia tahu anak lelakinya tidak suka pergi ke hospital jika dia sakit. Kalau Fuad merasa betul-betul tidak tahan baru nak terfikir nak pergi.

"Mana tak demam, tak cukup tidur. Bangun pagi, tak sarapan terus saja pergi kerja. Kerja memanjang sampai lupa nak makan. Balik kerja terus berperap dalam bilik. Mana tak demam, hidup seharian tidak sihat." Sampuk Iskandar yang baru muncul bersama Nina. Iskandar duduk di sisi Fuad, manakala Nina duduk berhadapan dengan Fuad.

Fuad tidak berkata apa-apa. Sudah empat hari dia tidak bertegur dengan gadis itu. Hatinya benar-benar sakit. Gadis itu berkali-kali menelefonnya dan menghantar SMS tetapi dia langsung tidak mempedulikannya. Tidak menjawap panggilan, jika SMS sampai, melihat nama gadis itu, terus saja di padam tanpa membacanya.

Lonceng pintu berbunyi.

"Siapa pula datang pagi-pagi ni? Hmm tak apa, Nina pergi buka." Nina terus menuju ke pintu dan membukanya. Nina terkejut melihat kedatanganku.

"Kaka?" Nina masih lagi terpaku memandangku. Tanpa di suruh, aku menapak masuk mengampiri Nina.

"Nina, mana Fuad? Kaka nak jumpa Fuad. Fuad marah dengan Kaka ke? Apa salah kaka sebenarnya? Dan.. kata Iskandar tempoh hari tu, apa sebenarnya?" Nina terkaku mendengar perkataanku.

"Nina, maafkan kaka kalau kaka datang awal pagi macam ni tapi kaka tak rasa selesa selama empat hari ni. Fuad masih tak jawap panggilan kaka dan balas SMS kaka. Kaka risau." Sambungku setelah melihat keadaan Nina sebegitu.

"Kaka masuk lah. Abang Fuad ada di meja makan. Kaka dah sarapan? Kalau belum kita sarapan bersama dulu." Nina menutup pintu dan menarikku masuk.

"Siapa datang Nina?" Jerit Iskandar. Nina tidak menjawap kerana kami sudah sampai melangkah di ruang meja makan. Kelihatan Fuad terkejut melihat kedatanganku. Aku bersalaman dengan kedua orang tua Fuad.

"Ira minta maaf datang waktu begini." Kataku agak sopan.

"Tidak apa. Ira sudah sarapan? Kalau tidak, kita sarapan sekali." Kata Pg Haji Khalid. Belum apa-apa Fuad sudah naik angin. Fuad terus saja keluar di belakang halaman rumah. Aku mengikutnya.

"Tak apa! Biarkan. Ini masalah mereka. Biarkan mereka selesaikan.Kita tak perlu masuk campur." Kata Pg Haji Khalid kepada semua keluarganya ketika itu. Pg Haji Khalid mengerti keadaan yang berlaku antara anak lelakinya dengan anak kawannya itu.

Aku memandang Fuad yang berdiri di sisi kolam renang. Pada awalnya Fuad memandangku, tidak lama kemudian Fuad memusingkan badanya membelakangiku. Aku melangkah perlahan menuju kearah Fuad dan berdiri di belakangnya.

"Fuad sihat? Ira tengok Fuad macam tak sihat je." Tanyaku memulakan bicara.

"Kalau Fuad sakit pun, Ira tak perlu nak peduli." Jawap Fuad acuh tak acuh.

"Apa hal?" Tanya Fuad dengan nada yang agak kasar.

"Nak jumpa Fuadlah." Jawapku berani.

"Buat apa nak jumpa Fuad. Ira pergilah kat Hazrul tu. Buat apa jumpa Fuad lagi! Kalau dia nampak Ira kat sini nanti marah pula!"

"Apa Fuad cakap ni? Ira tak faham. Kenapa Hazrul di bawa-bawa?" Aku kurang mengerti apa yang di marahkan lelaki di depannya ini.

Fuad memusingkan badanya pantas dan mendekatiku.

"Ira kan dah bersama semula dengan Hazrul. Hmm Tahniah!"

"Siapa kata Ira bersama dengan Hazrul semula?" Tanyaku pelik.

"Kalau tak bersama kenapa hari tu.. hari tu.. dia.. dia.. ahhh faham-fahmlah. Malas Fuad nak cakap. Sudahlah Ira! Jangan nak tipu Fuad! Ira pergi pulang je!" Aku diam seketika. Berfikir apa yang di maksudkan lelaki ini.

"Fuad kata apa ni? Ira masih tak faham." Tanpa ku duga Fuad mengucup dahiku dan memelukku kemudian sepantas itu juga dia melepaskan pelukan tersebut dan berdiri jauh denganku. Pada mulanya aku kebingungan dengan tindakan Fuad sebentar tadi tetapi akhirnya kini aku mengerti apa yang sebenarnya yang di marahkan lelaki ini.

"Sebab hal ini Fuad marah dengan Ira? Sebab hal ini juga Fuad langsung tak jawap panggilan dan SMS Ira? Begitu?"

"Fuad, kalau hal itu buat Fuad begini, Ira akan terangkan apa yang berlaku sebenarnya. Hari itu.." Fuad pantas memotong ayatku.

"Kalau Ira nak jelaskan tentang hari tu, tak payah! Fuad tak nak dengar. Hari itu sudah jelas terbukti apa yang hati Ira inginkan sebenarnya. Ira masih sayangkan dia."

"Fuad... Ira.." Fuad memotong ayatku lagi.

"Dan lagi..Sebenarnya hal ini Ira tak perlu jelaskan pada Fuad sebab Fuad bukan teman lelaki Ira. Fuad tidak ada kaitan dalam hal ini. Maaf lah sebab masuk campur dalam hal Ira dan Hazrul sebelum ni.

"Ira.." Lagi sekali Fuad memotong ayatku.

"Mulai dari saat ini kita tak payah jumpa. Fuad bertul-betul tak nak jumpa Ira lagi! Fuad bosan tengok muka Ira!." Fuad memusingkan badannya semula membelakangiku.

Airmataku jatuh. Sedih mendengar kata-kata Fuad. Fuad langsung tidak memberi aku peluang untuk mejelaskan apa yang berlaku antara aku dan Hazrul hari itu. Apa yang tersirat di hatiku kini, Fuad langusng tidak mahu mendengarnya. Aku kecewa.

"Maaf ganggu Fuad". Kataku. Sebelum berlalu pergi aku memandang Fuad walau hanya dari belakang badannya, itu sudah mencukupi. Kali ini Fuad seperti benar-benar membencinya. Hatiku merajuk dengan kata-kata Fuad.

"Kenapa tak pergi lagi? Pergi!" Jerit Fuad mengejutkan aku. Aku terus berlari meninggalkanya.

"Kak, Maaf ya. Abang sebenarnya tidak bermaksud nak buat begitu." Nina sempat menenangkanku, ketika itu aku sudah berada di luar rumah. Aku hanya menggelang dan meninggalkan rumah itu.

No comments:

Post a Comment