Tuesday, 2 March 2010

Bab 1

Aku membilak-bilak novel dalam sebuah kedai buku di Mall Gadong. Sudah lama aku tidak membeli novel. Keadaan dalam kedai tersebut seperti selalunya, di kunjungi ramai orang. Bermacam-macam bangsa yang aku lihat. Aku masih lagi khusyuk hendak memilih novel apa yang ingin aku beli.

Di sudut lain, terdapat dua orang lelaki dan dua orang perempuan sedang berkumpul. Salah seorang perempuan yang agak berusia denganku begitu khusuyk memilih novel english, manakala yang lain hanya bercerita sesama sendiri, menganggap kedai buku ini tempat bercerita. Sungguh merimasakan.

"Fuad, macam mana dengan perempuan hari itu?" Tanya salah seorang lelaki dari kumpulan tersebut.

"Biasalah, aku dah tinggalkan dia. Kau tahulah aku kan, satu perempuan hanya seminggu untuk bercinta. Tak lebih dari itu." Jawap Fuad dengan angkuhnya.

"Kau ne memang gila la Fuad, sampai bila kau nak macam ne? Nak mainkan perempuan je. Kalau Nizam ne buat macam tu pada aku, aku tak akan lepaskan begitu saja tau." Kata Tasya sambil matanya melirik teman lelakinya itu. Nizam ketawa.

"Sampai bila-bila. Perempuan sekarang ne tak bolah di percayai sangat, apa yang mereka inginkan dari aku ialah harta kekayaan aku dan tengok dengan muka aku yang handsome ne." Nak termunutah mereka mendengar kata-kata kawannya yang kaki perempuan ini.

"Selepas ne aku nak cari lagi. Aku bosan la." Sambung Fuad lagi sambil matanya memandang sekeliling hinggalah matanya terhenti memandang seorang gadis yang sedang membilak novel, berdiri tidak jauh dari adiknya. Kawanya yang bernama Nizam seakan mengerti padangan kawannya itu. Dia menggelang-gelangkan kepalanya.

"Hmm gadis tu nampak baik la Fuad, tak baik kau jadikan mangsa kau seterusnya, lagipun aku tengok gadis tu, hmm nampak tabah orangnya, mesti kau tak boleh menang punya." Kata Nizam. Tasya yang turut memandang ke arah gadis yang di perkatakan teman lelaki dan kawan baiknya itu, Tasya sendiri mengakui kata-kata teman lelakinya itu.

"Oh kau cabar aku ya, tak apa. Aku pastikan aku akan dapat gadis itu." Cabar Fuad. Fuad sudah memula langkah.

"Hmm, novel ne macam seronok, beli lah." Kataku sendiri sambil berlalu hendak menuju ke kaunter, sewaktu aku hendak ke kaunter aku terlanggar dengan seorang gadis hingga menyebabkan novel yang hendak di belinya jatuh, begitu juga dengan novel ku.

"Maaf, tak sengaja." Kataku panik sambil mengutip semula novel gadis itu. Pada masa yang sama, seorang lelaki mengutip novelku dan menyerahkannya kepadaku.

"Thanks." Kataku pada lelaki itu.

"Nah, sorry ya. Betul-betul tak sengaja." sambungku lagi sambil menyerahkan novel tersebut kepada gadis itu.

"Tak apa, Kaka tak sengaja juga kan." Jawapnya sambil tersenyum.

"Maaf ya. Hmm Saya nak bayar dulu. Assalamualaikum." Aku pun pantas berlalu menuju ke kaunter.

No comments:

Post a Comment