Thursday, 4 March 2010

Bab 11

Jam menunjukkan 1 pagi. Aku masih ternampak kereta Fuad di pekarangan rumah. Lampu di ruang tamu masih bercahaya. Aku mengeluh, aku tahu mereka tentu risau akan dirinya. Aku mengaru-garu kepalaku yang tidak gatal.

“Ira dah okey kan?” Tanya Alya.

“Alya tidur sini ya.” Pintaku sambil memandangnya tanpa menjawap soalanya. Alya mematikan enjin keretanya.

“Eyelah. Kan aku dah kata tadi aku nak tidur sini malam ni. Kau dah lupa ke. Tadi aku ada cakap kat ofis.” Balasnya.

“A’ahlah. Aku lupa. Kau masuk dulu ya. Aku takut Umi marah ni. Sudahlah aku tak jawap pangilan Umi tadi.” Alya hanya mengangguk. Kami keluar dari kereta dan masuk ke rumah perlahan-lahan. Alangkah terkejutnya kami melihat Umi sudah berdiri di depan pintu dengan muka yang menakutkan.

“Ira, Umi dah marah tu.” Bisik Alya dengan takut-takut. Aku memandang Umi. Umi menghampiriku dan terus menampar pipiku. Mereka yang ada dalam rumah ini terkejut melihatnya.

“Ira tahu tak dah jam berapa sekarang? Ira pergi mana? Tak jawap panggilan Umi. Ira dan Alya ni perempuan! Bahaya tau!.” Aku diam, tidak memberikan apa-apa reaksi.

“Ira tahu tak Umi betul-betul risaukan Ira. Bukan Umi je tapi Fuad dan Nina.” Sambung Umi lagi.

“Ira.. Ira.. Ira cuma rasa.. tertekan tadi. Ira tahu Ira salah buat Umi, Fuad dan Nina risau. Ira minta maaf.” Balasku. Airmataku tahan. Umi terus membelakangiku.

“Ira adalah satu-satunya anak Umi. Umi tak nak tengok Ira sedih macam ni.” Aku menghampiri Umi lebih dekat.

“Maafkan Ira Umi. Maafkan Ira! Ira tahu Ira salah. Ira janji tak buat lagi.” Umi terus memalingkan mukanya menghadapku.

“Jangan janji dengan Umi sekarang. Kalau masalah Ira dan Hazrul masih tak selsai, jangan buat janji ni dengan Umi. Umi tahu Ira akan buat lagi benda macam ni. Ira, kalau tentang Hazrul, Ira berubah seperti orang lain. Bukan diri Ira. Ira tak fikirkan perasaan Fuad, melihat Ira macam ni?” Aku tunduk.

“Ira salah. Maafkan Ira." Umi memandangku lama, akhirnya kemarahan wanita itu berunsur. Umi mendekatiku sambil mengusap pipiku.

“Umi bukan apa, Umi tak sanggup lihat Ira macam ni. Cukuplah dua tahun lalu. Macam ni, Ira pergilah jumpa Hazrul, selesaikan masalah ni baik-baik. Dan jangan abaikan Fuad juga.” Aku memandang Fuad, Fuad tersenyum.

“Sukalah tu!” Kataku sendirian dalam hati.

“Dengar cakap Umi tak?”

“Dengar. Nantilah Ira fikirkan tentang Hazrul tu.” Jawapku malas.

“Tak payah fikir lagi. Jumpa je.”

“Umi, Ira perlukan masa untuk jumpa Hazrul kembali. Dah dua tahun Umi. Dua tahun. Ira.. Ira betul-betul perlukan kekuatan untuk jumpa dia lagi. Harap Umi faham ya.” Ku pandang Fuad lagi.

“Dan… dan lagi Ira kena fikirkan perasaan Fuad. Tentu dia tak suka kalau Ira jumpa dia kan. Ira kena bincang dengan Fuad hal ni elok-elok. Fuad ni kuat cemburu tau Umi.” Aku membuat alasan bagi mengukuhkannya lagi. Aku memandang Fuad, melihat reaski muka Fuad sekarang, aku tahu dia sedang berfikir dengan kata-kataku. Nina dan Alya tersenyum.

“Umi, dah lewat ni. Umi kena tidur sekarang. Esok kita bincangkan lagi hal ni.” Alya menyampuk. Kalau tak di sampuk perbualan mereka ini, takkan habis. Umi menurut. Umi pun masuk ke biliknya.

“Fuad kuat cemburu ya? Pandai Ira buat alasan begitu.” Fuad tiba-tiba berkata setelah Umi masuk ke dalam bilik. Aku tidak memandangnya.

“Tak apalah. Fuad kan selalu begitu. Berkata itu ini tapi tak benar sebenarnyakan. Biarlah! Kenapa Fuad boleh Ira tak boleh!” Balasku. Alya dan Nina ketawa kecil mendengar kataku. Ketika itu aku ternampak seakan diariku yang hilang sejak dua tahun lalu. Aku menghampirinya. Memang benar itu adalah diariku. Sepantas itu juga Fuad mengambilnya.

“Fuad! Itukan diari Ira. Macam mana boleh ada kat sini? Bagi balik!” Pintaku. Fuad menggelang enggan menyerahkan.

“Umi yang bagi Fuad diari ni.”

“Umi? Jadinya selama ni diari ni ada pada Umi. Ira fikir hilang atau Ira dah buang rupanya Umi yang ambil.” Aku berkata sendiri.

“Ini untuk kebaikkan Ira. Umi sengaja simpan diari ni supaya Ira tak ingatkan Hazrul.”

“Bagi balik diari Ira tu!”

“Tak! Fuad nak buang diari ni. Kalau boleh nak bakar terus. Ira kan tahu Fuad ni kuat cemburu. Fuad cemburu bila baca isi kandungan diari ni.” Aku mengetip bibir. Kali ni aku pula terkena dengan Fuad. Lagi sekali Alya dan Nina yang jadi pemerhati ketawa melihat perangai kami.

“Kita balik Nina.” Fuad pun berlalu pergi membawa diariku sekali. Aku geram.

“Dia ni kan asyik nak buat aku marah! Ahhhh!” Aku mengomel sendirian sambil melihat kereta mereka berlalu pergi. Alya mendekatiku.

“Aku rasa Fuad tu boleh tahan juga Ira.”

“Boleh apanya! Entahlah kau!” Aku menutup dan mengunci pintu. Kami beriringan naik masuk ke bilik.

“Eyelah tu. Tapikan Ira, walaupun kau marah-marah macam ni. Kau masih boleh tahan dengan perangai dia tu. Takkan…”

“Takkan apa? Jatuh cinta dengan dia? Please lahh! Lelaki macam dia tu. huh! Tak mungkin!” Aku memotong ayat Alya. Alya ketawa.

"Aku nak cakap 'takkan kau sudah menerima seorang lelaki untuk di jadikan kawan' Kan selama ni aku tak pernah kau berkawan atau bercakap dengan lelaki selepas Hazrul. Aku bukan maksudkan berkaitan dengan perasaan hati." Aku jadi malu dengan kesilapanku.

"Ohhh entah-entah kau dah 'masukkan' hati kau tu untuk dia kot." Usik Alya. Aku mencubitnya.

"Entahlah kau!" Alya ketawa. Aku berlari anak masuk ke bilikku. Sesampai di bilikku, aku terus masuk ke bilik mandi. Aku mula berfikir. Entah kenapa kehadiran Fuad, hilang sementara segala masalah yang ku fikirkan tadi.

No comments:

Post a Comment