Tuesday, 2 March 2010

Bab 8

Sesampai aku di rumah, aku ternampak sebuah kereta di halaman rumah kami selain kereta Fuad. Ku tanya Umi adakah dia mengenali kereta tersebut tapi Umi menidakkan. Aku dan Umi pantas turun dari kereta dan menghampiri kereta tersebut. Fuad turut keluar. Tidak lama kemudian itu, seorang lelaki keluar dari kereta tersebut, alangkah terkejutnya aku melihat lelaki di hadapanku sekarang. Hazrul!

Aku terkaku seketika. Hazrul menghampiri kami dan bersalam dengan Umi dan Fuad. Mereka menyambut salam Hazrul, apabila saja lelaki itu menghulur salam dan bertanyakan khabar, aku tidak memberikan apa-apa respon. Aku masih kebingungan. Apakah hajat lelaki ini datang selepas perpisahan kami 2 tahun lalu.

“Auntie, mungkin kedatangan saya ni agak mengejut. Tapi nak cuba contact Ira, nombor lama dia tak pakai lagi kan. Sebab tu saya terus saja datang. Nasib saya masih ingat alamat rumah ni.” Hazrul memulakan bicara. Umi sudah resah melihat keadaanku yang membisu. Fuad memandangku.

“Apa hajat Hazrul datang?” Tanya Umi bagi pihakku. Aku masih lagi membingung sambil mataku masih memandang lelaki yang pernah di cintainya ini. Sesungguhnya aku merinduinya.

“Saya ada hal nak cakap dengan Ira Auntie. Saya nak bawa dia keluar sekejap" Aku yang baru tersedar ke dunia realiti, sepantas itu juga aku menolak ajakannya.

“Maaf, Ira ada tetamu sekarang. Lagipun antara kita tiada benda hendak di cakapkan lagi. Haz baliklah.” Aku pantas meninggalkan Hazrul tetapi Hazrul lebih pantas bertindak, dia menarik lenganku.

"Lepas!! Buat apa Haz datang sini lagi? Pergi!" Marahku tiba-tiba sambil menarik tanganku dari genggaman Hazrul. Aku jadi emosi. Sudahlah aku keletihan pulang dari kerja, mood ku rosak memikirkan perangai Fuad, kini Hazrul, lelaki yang pernah menyakitkan hatinya. Aku jadi rimas.

"Haz datang sebab Haz nak minta maaf dengan apa yang berlaku antara kita. Berikan Haz peluang untuk terangkan isi hati Haz ni. Haz tahu Haz dah banyak buat salah pada Ira. Berikan Haz peluang Ira." Katanya. Aku membelakanginya, tidak mahu memandang mukanya.

"Tidak! Antara kita sudah tamat. Ira tak nak dengar apa-apa lagi!” Fuad masih lagi memerhatikan adegan di hadapanya sekarang. Pada mulanya dia kurang mengerti tetapi melihat kemarahan gadis itu dan pujuk rayu lelaki itu, kini dia mengerti, ada perkara berlaku antara mereka. Entah kenapa dia tiba-tiba saja tidak menyukai lelaki ini.

“Ira nak masuk!” Aku mencari kunci di begku dan membuka kunci rumah.

“Ira! Nanti!” Jerit Hazrul. Aku tidak mempedulikannya.

“Jangan paksa dia lagi. Kau baliklah saja. Kalau dia cakap tak nak, tak nak. Jangan di paksa lagi.” Fuad yang dari tadi diam mula bersuara. Hazrul memandang Fuad.

“Kau siapa?” Tanya Hazrul dengan nada yang agak dingin.

“Peduli apa kau nak tahu aku siapa. Jangan ganggu dia lagi.”

“Sudah. Sudah. Kami hidup berjiran. Tolonglah jangan buat bising di sini. Malulah. Hazrul, baliklah dulu. Nanti Auntie pujuk Ira jumpa Hazrul.” Hazrul mengeluh, hajatnya untuk meminta maaf dengan gadis ini tergendala. Gadis ini kini betul-betul tidak ingin berjumpa dengannya lagi. Hazrul pulang dengan perasaan hampa tetapi dia tidak akan berputus asa.

Setelah Hazrul pulang, Fuad masuk kedalam rumah mencariku kerana risau tetapi Umi menghalangnya.

“Fuad, Auntie rasa biarlah Ira tenangkan diri. Fuad balik dulu ya. Kalau apa-apa nanti Umi beritahu Fuad ya.”

“Tapi Auntie, Ira…”

“Tak apa. Auntie ni kan Umi Ira, biar Umi pujuk dia. Fuad jangan risau. Pergilah balik dulu.” Fuad pun menurut kata-kata Umi.

Hajah Maria mengeluh, risau betul dia melihat anak gadisnya itu. Bersusah payah anaknya itu melupakan Hazrul tapi kini lelaki itu muncul kembali.

No comments:

Post a Comment