Saturday, 6 March 2010

Bab 25

Hubunganku dengan Fuad sudah di ketahui oleh keluarga Fuad dan juga Umi sendiri. Mana tidaknya, baru saja Fuad meluahkan perasaannya kepadaku, Umi terus saja menelefon Auntie Sharifah dan menceritakan segalanya apa yang berlaku. Aku jadi malu bila Umi menghebohkan cerita antara kami.

“Umi, tak payahlah cerita semua pada Auntie. Malu la Ira Umi. Umi ni.” Aku merungut manja pada Umi setalah Umi meletakkan genggan telefon. Fuad yang duduk tidak jauh di mana kami berdua duduk tersenyum-senyum mendengar perkataanku.

Umi tidak melayanku, sebaliknya Umi menghampiri dan duduk di sisi Fuad. Umi memandang Fuad dan mengusap lembut seluruh muka dan rambut Fuad sambil tersenyum. Aku bingung melihatnya.

“Umi gembira kerana akhirnya Ira menemui cintanya sekarang. Terima Kasih Fuad kerana menyintai anak Umi.“ Fuad tersenyum dan mengangguk.

“Umi, Fuad bersyukur kerana menemui Ira dalam hidup Fuad, Iralah menyedarkan Fuad untuk merasa cinta sejati itu. Fuad tidak akan sia-siakan apa yang Fuad ada sekarang. Fuad tidak mahu membuat Ira terluka lagi. Fuad betul-betul mencintai Ira Umi.'' Fuad terus memandangku, aku membalas pandangannya. Airmataku jatuh. Fuad mengambil duduk di sisiku setelah melihat aku menangis dan mengusap airmataku lembut.

“Kenapa Ira nangis ni?Hmm? ” Tanyanya lembut.

“Tak apa-apa. Ira Cuma… Cuma merasa bahagia kerana di cintai sebegini. Sangat bahagia. Selama ini Ira tak pernah rasa perasaan sebegini Fuad walaupun dengan Hazrul dulu, Hazrul tak pernah nak begini. Ira… Ira… ahh.. Ira tidak tahu nak luahkan macam mana, yang penting Ira …” belum sempat aku hendak menghabiskan ayatku, sepantas itu juga Fuad menarikku dan memelukku dalam pangkuannya.

“Ira jangan cakap lagi. Fuad faham apa yang Ira ingin katakan. Bukan Ira saja berperasaan begitu, Fuad juga. Fuad tidak tahu kenapa kali ini Fuad seperti tidak boleh kehilangan Ira walau apapun yang terjadi.” Katanya sambil mengusap lembut uban-uban rambutku. Aku tersenyum bahagia.

Waktu Malam..

Keluarga Fuad asyik tersenyum-senyum melihat aku sejak datang tadi. Aku jadi malu di perhatikan begitu.

Pada mulanya aku terkejut melihat kedatangan keluarga Fuad semua tadi, rupanya Umi mengajak mereka makan malam bersama meraikan hari antara aku dan Fuad bersama. Itu alasan Umi.

"Umi ni, tak payahlah nak besar-besarkan hal ni. Buat malu je. Kita baru je mula, tak payah nak raikan hal ne pula. Apa kata Fuad pula nanti." Kataku ketika aku dan Umi berada di dapur.

"Tak apalah. Fuad lagi suka kita heboh-hebohkan hal ni." Jawap Umi selemba.

"Umi ni kan..." aku tidak sempat menghabiskan ayatku kerana Fuad muncul bersama Nina dan Hajah Sharifah ketika itu.

"Mar, nak Efa bantu apa-apa ke?" Tanya Hajah Sharifah. Umi menggelang.

"Tak apa, dah nak siap pun. Ni si Ira ne asyik merungut dari tadi, susah pula Mar nak buat kerja."

"Merungut? Kenapa Umi?" Tanya Fuad pula. Umi tidak menjawap sebaliknya memberikan senyuman nakal kepadaku.

"Dahlah. Fuad pergilah bawa Nina dan Auntie masuk. Kejap lagi siap ni." Aku menolak lembut badan Fuad supaya keluar dari dapur ini. Fuad hanya menurut kata-kataku sambil tersenyum.

"Fuad? Tak ada panggilan manja ke Kak?" Kata Nina. Aku tersenyum. Mereka pun melangkah masuk.

Kami menikmati makan malam bersama sambil bercerita. Macam-macam kami ceritakan ketika itu.

Di ruang tamu selepas makan malam..

“Sejak Auntie lihat Ira, Auntie teringin sangat Ira jadi menantu Auntie, akhirnya melihat Ira dan Fuad bersama, Auntie bahagia sampai tak tahu nak kata apa lagi. Harap kali ini hasrat Auntie nak Ira jadi menantu Auntie benar-benar tercapai. Kalau boleh kahwin cepat-cepat.” Kata Hajah Sharifah. Aku jadi bingung, tidak tahu nak kata apa sebab hubungan kami masih baru, lagipun kalau di fikirkan terlalu awal untuk aku fikir tentang perkara ini.

"InsyaALLAH Auntie" Jawapku sambil tersenyum.
"Ini yang aku lemah ni cakap pasal kahwin pula." Kataku dalam hati.

"Harap kali ini Abang sampai kahwin dengan Kak Ira. Jangan macam Kak Julia dulu. Tinggalkan Abang.... Opps!" Nina terhenti tidak meneruskan ayatnya sambil menutup mulutnya dengan kedua tanganya setelah dia sedar akan kelancangan kata-katanya sekejap tadi. Fuad dan keluarga Fuad memandang Nina. Aku mengerutkan dahi. Aku terdengar tetapi tidak pasti kata-kata Nina itu.

"Kak Julia? Siapa tu?" Tanyaku dengan dahi yang berkerut-kerut. Aku berdiri hendak duduk di sisi Nina untuk mengetahui lebih lanjut apa yang di katakan Nina tadi tetapi Fuad sepantas menarik lenganku. Aku menoleh ke arahnya. Fuad tunduk diam. Aku duduk kembali di sisi Fuad.

"Fuad..." Panggilku lembut. Fuad mendongak memandangku.

"Walauapapun yang terjadi Ira tetap menjadi milik Fuad dan Fuad tetap menjadi milik Ira. Dan Ira mesti percaya dengan hubungan kita di masa ini dan akan datang. Janji syg?" Sebenarnya aku kurang mengerti kenapa Fuad tiba-tiba saja berkata sedemikian tetapi memandangkan hubungan kami masih baru aku hanya menggangguk mengikut kata-katanya.

Fuad tersenyum melihat teman wanitanya sekarang menurut dan mendengar akan kata-katanya. Baru dia teringat akan kehadiran Julia kembali. Dia risau dengan kehadiran Julia akan membuatkan keadaan jadi huru-hara. Bukan dia tidak kenal Julia tu, kalau dia mahukan sesuatu mesti nak dapat. Bukan Fuad tidak mahu berjujur tentang masa lalunya dengan gadis di depannya sekarang tetapi ini bukan masanya.

No comments:

Post a Comment