Thursday, 4 March 2010

Bab 16

Fuad membaringkan badannya di atas sofa di ruang tamu. Dia betul-betul menyesal memaksa gadis itu menjawap soalanya, sedangkan dia tahu gadis itu sensitif dengan soalan-soalan sebegitu. Ketika itu kedua orang tua Fuad, Nina, Nizam dan Tasya turut berada di situ.

“Kenapa dengan Fuad ni? Kasihan Ira.” Tanya Hajah Sharifah. Fuad diam. Dia menutup matanya. Beberapa minit barulah Fuad bersuara kembali.

“Ira mana Nina?”

“Nina suruh Kaka rehat di bilik Nina. Kasihan Kaka. Abang tak patut buat begitu pada Kaka.” Fuad mengeluh kemudian bangun dari baringannya. Fuad diam seketika, kemudian dia besuara lagi.

“Mama, Papa, sebenarnya Fuad dengan Ira tak ada apa-apa hubungan. Kita baru kenal Ira hari mama kenalkan kami itu. Tapi sebelum Mama kenalkan Ira kepada kami, kami sudah berjumpa dengannya sebelum tu. Itupun tak sengaja.”

“Mama tahu.” Balas Hajah Sharifah.

“Ah? Mama tahu? Macam mama tahu?”

“Fuad ni anak Mama. Siapa tak tahu anak sendiri. Mama boleh lihat reaksi muka Ira malam tu juga, dan mama boleh baca apa yang di fikirkan gadis itu. Fuad! Fuad! Mama sengaja anggap tak tahu benda ni. Mama nak tengok sampai bila Fuad nak buat begini. Fuad masih tak berubah.”

“Macam mana dengan Auntie Mar? Dia tahu juga?” Hajah Sharifah mengangguk.

“Auntie Mar pun sengaja buat-buat tidak tahu benda ni?” Hajah Sharifah mengangguk lagi. Fuad mengeluh lagi sambil menyandarkan badannya.

“Fuad kena minta maaf dengan Ira dan Auntie Mar kamu nanti. Sudahlah. Mama nak sambung temankan Papa kamu masak.” Hajah Sharifah dan Pg Hj Khalid masuk semula ke dalam dapur, meninggalkan anak-anak dan kawan-kawan anaknya itu. Urusan orang muda tak payah campur tangan.

Nizam mengambil duduk di sisi Fuad dan memandang Fuad lama.

“Kau kenapa Nizam?” Tanya Fuad setelah menyedari kawan baiknya itu asyik memandangnya.

“Baru tadi aku tanya tentang perasaan kau. Kau ni memang sah dah mula suka gadis tu kan? Betul tak cakap aku? Kau dah mula ambil berat tentang dia.”

“Nizam, berapa kali aku dah cakap. Kami baru kenal dua hari. Benda ni tak mungkin. Lagipun kau tahu aku tak pernah serius mana-mana perempuan, apatah lagi dengan gadis ini.”

“Kau ingat…” belum sempat Nizam menghabiskan ayatnya, Tasya menyampuk.

“Kau ingat cinta tak akan hadir walaupun masa kamu berkenal cuma dua hari tu? Cinta boleh hadir bila-bila masa cuma manusia lambat hendak bertindak atau perasan tentang perasaan ini. Contohnya kami. Kau ingat tak macam mana boleh kami bersama? Cuma beberapa jam sahaja perkenalan kami, kami memang sudah terasa dan merasa sesuatu yamg hadir dalam hati kami, kami cuba selami, akhirnya kami berdua sedar kami memang betul jatuh cinta. Cinta bukan mainan Fuad. Cinta adalah perasaan yang patut di hargai dan di rasai dari hati kita. Dan Tasya tahu perasaan itu sudah mula hadir di hati Fuad sedikit demi sedikit. Tak ada benda yang mustahil di dunia ini Fuad.” Nina dan Nizam mengangguk-ngagguk menggiakan kata-kata Tasya.

“Jangan Tasya! Aku tak mungkin ada perasaan dengannya. Tak mungkin!” Fuad masih lagi enggan menafikan apa yang sebenarnya tersirat di hatinya.

“Jjangan berselindung lagi. Tasya dah tengok semua kelakuan dan gerak geri Fuad sejak pagi tadi. Tengok Fuad marah apabila melihat Ira jumpa bekas teman lelaki dia. Tengok macam mana Fuad pandang mata dia. Tasya boleh rasa. Bukan Tasya saja. Nina juga boleh nampak.” Nina mengangguk.

“Fuad cuma tak suka Ira jumpa bekas teman lelaki dia sebab lelaki itu buat Ira sakit hati. Itu je.” Tasya ketawa.

“Tak suka? Sudah tak suka timbul perasaan marah. Bila dah marah timbul perasaan cemburu. Bila dah cemburu timbul perasaan suka. Bila dah timbul perasaan suka tu akhirnya jadi Cinta! Tasya dah tengok peringkat yang Fuad lalui sehari ini. Ini membuktikan Fuad…”

“Cukup Tasya! Jangan nak buat andaian yang bukan-bukan. Ini Fuad! Fuad yang mudah bosan dengan perempuan dalam masa satu minggu. Lepas seminggu ni, Ira tak ada lagi. Cukup!”

“Bukan setakat seminggu tapi dua hari ini sudah cukup!” Kataku yang muncul tiba-tiba. Mereka semua menoleh ke arahku. Aku menghampiri Fuad.

“Mulai sekarang, kita tak perlu jumpa. Kalau terjumpa pun anggap tak kenal je. Terima Kasih atas segalanya. Ira nak balik!.” Aku berlalu pergi ke muka pintu.

“Kaka! Kaka balik dengan siapa?” Sempat Nina bertanya.

“Alya dah jemput Kaka. Dia ada kat luar. Terima Kasih Nina. Kaka balik dulu. Selamat Malam.” Tanpa ada halangan, aku pun berlalu pergi.

Malam itu entah kenapa aku merasa sakit hati mendengar kata-kata Fuad tadi. Dari tadi dia asyik berselindung di balik dinding mendengar perbualan mereka semua. Hatinya benar-benar teguris apa yang di katakan Fuad dan juga hatiku terasa apa yang di huraikan oleh Tasya tadi. Aku mula berfikir, adakah aku hanya perempuan yang boleh di sakiti dengan sesuka hati?

No comments:

Post a Comment