Tuesday, 2 March 2010

Bab 2

Ketika aku sudah keluar dari kedai buku itu aku merasa lelaki yang mengutip novel ku tadi sedang mengikutiku. Aku jadi gelisah.

Fuad tahu gadis itu tahu dirinya sedang di ikuti. Semakin dirinya memandang gadis itu semakin kuat untuk dia mendekatinya. Oleh kerana dirinya telah di cabar oleh kawan karibnya itu, dia betul-betul bertekad mahu mendapatkan gadis itu kedalam tangannya dalam seminggu ini. Masih terngiang-ngiang kata-kata kawannya tadi.

"Alah Fuad, percaya la. Gadis macam dia susah kau nak dapat, bukan senang Fuad. Kau akan kalah." Kata Nizam.

"Kau jangan nak cabar aku Nizam. Gadis tu senang saja aku nak dapat. Ini Fuad lah!" Jawapnya dengan angkuhnya.

"Baik. Sekarang kau pergi. Aku nak tengok." Tanpa berlengah lagi Fuad pun keluar dari kedai buku itu dan mengikuti gadis itu.

"Ini tak boleh jadi. Kenapa dengan lelaki ne. Asyik nak ikut aku je." Kataku sendirian dalam hati. Kini aku bertekad memberanikan diri untuk bertanya kepada lelaki itu. Aku berhenti kemudian berpaling dan mendekati lelaki itu.

"Awak nak apa?" tanyaku dengan tegas tapi lembut. Aku tidak mahu terlalu berkasar dengan orang lain. Fuad tersenyum.

"Hmmm.." Fuad senyum lagi.

"Nak berkenalan, boleh?"

"Berkenalan?" Aku mengerutkan dahi kemudian pantas menggelang tanda menolak.

"Menolak?" Aku mengangguk dan terus terus berlalu meninggalkannya.

"Lelaki jenis apa dia nI! Zaman sekarang ada lagi benda-benda macam ni. Tak tahu malu betul." Kataku sendirian.

"Kan aku dah kata, kau memang tak boleh." Nizam muncul dari arah belakang sambil ketawa.

"Ah! Dah 20 kali aku menang mendapatkan perempuan, kenapa pula kali ke 21 ni aku tak dapat. Aku mesti dapatkan dia. Kau tengok saja! " Fuad terus mengikut langkah gadis itu. Nizam menggelang-gelangkan kepalanya.

"Abang Nizam, mana Abang Fuad?" Tanya Nina setelah melihat tiada kelibat Abangnya bersama kawan Abangnya itu.

"Dia pergi kejar perempuan kat dalam tu tadi." Nina menggelang-gelangkan kepalanya.

"Perempuan mana?"

"Alah, perempuan yang Nina terlanggar tadi tu." Nina mengeluh.

"Abang ni tak pernah nak berubah. Bosan Nina! Abang Nizam nasihat la Abang Fuad tu. Nina tak suka lah Abang nak mainkan perempuan ni!"

"Nina nak suruh Nizam ni nasihat Fuad, lelaki ni susah nak percaya sangat. Lelaki kalau sudah bertemu lain cerita, kalau bertemu dengan teman wanita sendiri lain pula ceritanya tu nanti. Entah-entah belakang Tasya dia buat macam ni juga." Sampuk Tasya pula.

"Lah cakap macam tu pula Sayang ni. Tak baik tau mencurigai teman lelaki sendiri, dan lagi you masih tak percaya kan I ke?" Tasya menjungkit bahu, tidak menjawap. Nizam mengeluh.

"Ah sudahlah Bang, Tasya, jom kita cari Abang Fuad. Nina nak balik. Mama call tadi, suruh pulang." Nina sudah membuka langkah dan mencari-cari kelibat Abangnya.

No comments:

Post a Comment