Tuesday, 23 March 2010

Bab 28

Bilik Fuad.. 11:00 malam...

"Okey Abang cerita sekarang." Nina mengambil duduk di sisi Abangnya di atas katil. Fuad bingkas bangun dari katil kemudian membuka pintu memandang ke kanan kiri, memastikan tiada orang akan mendengar. Fuad menutup pintunya kembali.

Fuad tunduk kemudian berjalan ke kanan ke kiri berkali-kali dengan perasaan gelisah. Nina mengerutkan dahi kehairanan. Nina bingkas bangun mendekati Abangnya.

"Abang, kenapa dengan Abang ni? Risau pula Nina tengok Abang macam ni. Mari sini, Abang duduk dan relaks kemudian baru Abang cerita perlahan-lahan apa sebenarnya berlaku."

Fuad menarik nafasnya perlahan.

"Ada dua benda Abang risaukan sekarang. Pertama, tentang Julia." Fuad memulakan bicara. Nina baru teringat akan kehadiran bekas tunang Abangnya itu.

"Oh sebab Kak Jue. Abang, Kalau Kak Ira tahu tentang Kak Jue, tak apalah. Abang dengan Kak Jue bukannya ada apa-apa hubungan lagi kan."

"Itu Abang tahu tapi ini bukan masalah tahu atau tidak tahu, ni masalahnya sekarang Nina sendiri tahu macam mana perangai Julia kan. Bukan senang hendak kendalikan dia ni. Dah berapa kali Julia datang sini mahukan kami bersama kembali. Dua hari lepas dia datang sini lagi, Nina sendiri ada waktu tu, Jue cakap tentang kahwin pula. Dia masih berdegil. Abang takut Ira salah faham pula. Abang tak nak kehilangan Ira."

"Abang tak kisah kalau Ira tahu Jue tu bekas tunang Abang, itu memang patut dia tahu tapi apa yang Abang risau Jue akan buat sesuatu yang melukakan hati Ira. Nina faham kan maksud Abang?" Sambung Fuad lagi. Nina berfikir sejenak.

Memang benar gadis seperti Julia bukan senang hendak di kendalikan. Kalau dia mahukan benda itu, dia mesti dapatkan juga walau dengan cara apa sekalipun. Maklumlah anak tunggal, kesayangan ibubapanya. Dia teringat kedatangan bekas tunang Abangnya dua hari lepas mengatakan hasratnya ingin meneruskan pertunangan mereka dan bercakap tentang perkahwinan. Dah 'terbalik' agaknya dunia ni.

"Jue tak akan biarkan siapa-siapa menghalang hubungan kita ni. Fuad milik Jue. Jue tak akan biarkan 'perempuan kecil' tu merampas kepunyaan Jue."

Kata-kata bekas tunang Abangnya itu masih melekat di mindanya. Begitu dahsyat dan pelik. Berkali-kali Abangnya menerangkan kepada bekas tunangnya itu bahawa dia kini sudah mempunyai orang lain tetapi dia tidak peduli.

"Tentang Kak Jue nanti kita fikirkan macam mana nak selesaikan. Hal yang lain apa pula Bang?" Fuad mengeluh.

"Hmm... hal kedua yang buat Abang risau tentang Is pula." Nina terkejut. Sepantas itu juga dia memalingkan wajahnya dari memandang Abangnya.

"Takkan Abang dah tahu. Susah ni." Nina berkata dalam hatinya.

"Abang tahu Nina pun rapat dengan Is kan. Mesti Nina pun tahu atau 'perasan' dengan hal ini. Sejak sebulan lalu Abang rasa pelik tengok Is. Cara dia layan Abang dah lain. Abang cuba cari apa kesalahan yang Abang dah lakukan rupa-rupanya...Abang tak tahu adakah hal ni benar atau tidak, adakah ini cuma Abang yang terlebih fikir. Is sukakan Ira kan?" Nina semakin terkejut. Nampaknya hal ini bukan rahsia Abang Sepupunya dengan dirinya lagi.

Memang benar apa yang Abangnya fikirkan. Pada mulanya dia hairan melihat perubahan mendadak Abang saudaranya sehinggakan dia sendiri bertanya terhadap Abang sepupunya itu. Pada mulanya Abang sepupunya enggan berterus terang tetapi sudah di paksa barulah dia mengakuinya. Sejak Ira bersama dengan Abangnya, hubungan kami berempat agak rapat. Tapi entah bagaimana 'perasaan' itu hadir di hati Abang sepupunya itu.

Tetapi kalau di fikirkan dengan kebaikkan dan kejujuran hati teman wanita Abangnya itu tidak mustahil mana-mana lelaki akan menyukainya. Kalau harapkan muka cantik tapi 'hati buruk' tidak ada faedahnya juga kan.

"Abang tak tahu bila Abang dah mula sukakan Ira. Abang tahu ini salah tapi Abang tak mampu elak perasaan itu juga. Ada 'sesuatu' tentang gadis itu. Sukar hendak dihuraikan. Abang rasa Abang boleh faham kenapa Abang Fuad dan Hazrul menyukai Ira." Luah Iskandar.

Kata-kata itu masih dalam ingatannya.

"Abang tanya Nina ni. Betul tak kata Abang tu?" Fuad masih lagi bertanya. Nina tersedar dari dunia khayalannya. Nina bingkas berdiri.

"Dah.. dah.. malam Bang. Nina nak masuk bilik. Dah lewat ni. Nanti kita bincangkan hal ni lagi ya. Selamat Malam Bang." Nina pantas berlari meninggalkan Abangnya tanpa mempedulikan panggilan Abangnya. Kedengaran Abangnya mengeluh.

Nina resah dan kebingungan di balik pintu bilik Abangnya.

No comments:

Post a Comment