Wednesday, 24 March 2010


24th March 2010

Bab 31

Julia menghampiri Iskandar.

"Aku tahu siapa perempuan tu. Aku tak faham kenapa lelaki akan suka perempuan macam dia. Mulanya tunang aku dan kini kau pula." Kata Julia

"Kau diam Julia!" Marah Iskandar. Nina sudah panik. Begitu juga dengan Fuad. Sudah lama dia memendam perasaan tentang perasaan saudaranya itu terhadap bakal tunangnya itu.

"Jue! Jangan nak rosakkan acara orang. Buat apa Jue datang sini lagi? Kan Fuad dah cakap jangan ganggu keluarga kami lagi." Fuad sudah naik angin. Di samping itu juga Fuad tidak mahu mendengar apa-apa tentang masalah yang dia sendiri enggan tahu ataupun dengar. Nizam dan Tasya hanya mendiamkan diri. Mereka bernasib baik kerana hanya mereka saja yang ada di rumah ini, ada pun yang lain tinggal cuma anak-anak kecil dan pembantu rumah keluarga Hajah Sharifah.

"Jue dah cakap sebelum ni Fuad kepunyaan Jue. Milik Jue. Tunang Jue. Buat apa Fuad nak bersama perempuan tu? Bagi je si Is ni! Dia kan suka perempuan tu." Nizam dan Tasya terkejut.

"Kau diam! diam! diam! Jangan nak buat aku marah!" Julia ketawa.

"Jue tahu Fuad sendiri dah tahu akan perasaan Is terhadap perempuan tu kan sebab tu Fuad sengaja nak menyebelahi dia. Terimalah hakikat Fuad! Fuad tetap milik Jue!"

"Walauapapun yang terjadi Fuad tetap milik Ira. Memang benar Fuad dah tahu perasaan Is terhadap Ira tapi Fuad tidak peduli itu semua kerna Fuad tahu Is tak akan buat sesuatu yang melukakan hati Fuad. Dan juga kerna Ira memilih Fuad!" Julia mengetap bibir. Geram.

"Jue akan pastikan Ira akan tinggalkan Fuad! Fuad tunggulah! Fuad tetap akan jadi milik Jue!"

"Kalaupun Ira tinggalkan Fuad, Fuad tetap tak akan memilih Jue! Fuad cuma cintakan Ira!" Julia semakin berang dan terus berlalu pergi meninggalkan kami.

Iskandar menghampiri Fuad sambil kepalanya tunduk. Tidak berani dia memandang wajah Abang Saudaranya ini.

"Abang, Is nak minta maaf. Is tahu Is dah buat salah tentang perasaan Is. Maafkan Is Bang. Is tak tahu macam mana boleh Is ada perasaan begini. Is rasa bersalah dengan Abang. Maafkan Is Bang." Timbul perasaan rasa bersalahnya terhadap Abang Saudaranya ini. Dia tidak boleh mengkhianati Abang Saudaranya ini kerana Abangnya ini lah yang menjaga dirinya seperti adik kandungnya sendiri. Dia sangat menghormatinya.

"Diam! Abang tak nak dengar lagi. Biarlah! Tidak mustahil orang tidak akan jatuh cinta perempuan seperti Ira kan. Abang tahu."

"Abang, Is tak akan layan perasaan ini lagi. Is akan lupakan Ira. Ira milik Abang! Hanya Abang! Maafkan Is dengan apa yang berlaku Bang." Fuad memandang Iskandar dan tersenyum. Nina menarik nafas lega. Selama ini perkara inilah yang selalu tersekat di mindanya.

"Tak apalah Is. Abang percaya Is. Masalah sekarang adalah Julia. Abang takut dia buat sesuatu terhadap Ira."

"A'ahlah Bang. Benci pula Nina. Hari ni kan hari pertunangan Abang. Dia datang nak rosakkan mood kita agaknya. Tak apa! Nina tak akan biarkan dia buat sesuatu terhadap Kak Ira! Kalau Nina tahu dia buat apa-apa dengan Kaka, habis dia!!"

"Berani nampak!" Sampuk Tasya yang dari tadi hanya mendiamkan diri.

"Eh mestilah. Aku tak akan biarkan hal ni! Betul tak Bang?!" Nina memandang Iskandar. Iskandar mengangguk.

Julia! Dia tidak akan membenarkan perempuan itu mendekati gadis itu.

Fuad bertekad akan melindungi gadis itu. Hanya dia!

Tuesday, 23 March 2010

Bab 30

Dua minggu berlalu selepas hari perkahwinan Alya dan Zimi...

Akhirnya hari yang aku nantikan sampai juga. Upacara pertunanganku dengan Fuad akan berlangsung hari ini. Beharap berjalan dengan lancar. Begitu juga dengan Nina. Sebelum acara pertunanganku di jalankan, upacara pertunangan Nina dengan Wan akan berlangsung terlebih dahulu. Aku tidak menyangka upacara pertunanganku dan Nina berlangsung di hari yang sama.

Sejak tadi entah kenapa tiba-tiba saja hatiku merasa gelisah seperti ada sesuatu yang berlaku.

"Kau ni Ira, apasal kau nampak gelisah sangat ni? Ini baru tunang, kau dah buat muka macam tu. Mengalahkan perempuan yang nak melangsungkan pernikahan je." Usik Alya.

"Kau ni Al nak usik-usik aku pula. Aku tak tahulah kenapa aku gelisah sangat ni. Kau rasa Fuad okey tak?" Aku berdiri memandang di luar jendela. Keluarga Umi dan Arwah Ayah banyak yang hadir ketika ini.

"Kau ni Ira cakap macam tu pula. Tadi dia ada SMS Zimi tanya tentang kau. Okeylah tu maknanya. Kau ni terlebih fikir pula. Sudah jangan banyak fikir. Duduk sini." Tiba-tiba handphoneku berbunyi menandakan ada message masuk. Aku pantas mengambilnya dan membaca isi kandunganya.

Fuad - I Love You Sayang. Tentu cantik Ney sekarang kan.

Aku tersenyum membacanya. Alya yang duduk di sisiku mencuri membaca SMS kiriman Fuad.

"Wooo! 'I Love You Sayang~~~' Kan aku dah kata dia tentu okey di sana."

"Al! tak baik tau curi tengok." Marahku manja. Alya ketawa.

"Eyelah eyelah. Sorry."

Di rumah Fuad...

Akhirnya acara pertunangan Nina dengan Wan selesai. Kini giliran dirinya pula. Fuad merasa gembira hari pertunagannya dengan gadis yang di cintainya akan berlangsung. Di lihatnya kedua orang tuanya sudah bersiap sedia hendak bertolak kerumah bakal tunangnya itu.

Iskandar dan Nina menemani Fuad di rumah. Ini urusan orang tua-tua biarlah mereka yang menguruskannya.

"Adik Abang ni dah jadi tunangan orang. Tahniah ya Nina." Kata Iskandar. Ketika itu mereka duduk di ruang tamu. Tasya dan Nizam turut ada bersama mereka.

"Terima Kasih Bang. Nina tak sangka secepat ni Nina dah jadi tunang orang."

"Mana tak cepatnya, takkan nak tunggu lama lagi, lagipun Nina dan Wan pun dah lama bersama kan." Nina ketawa kecil.

"Fuad pun dah nak jadi tunangan orang. Bila tarikh perkahwinan kamu Fuad? Dah rancang?" Nizam pula mula bersuara.

"Kami rancang dua bulan yang akan datang nanti. Papa nak kahwinkan kami dua beradik sekaligus di hari yang sama." Jawap Fuad.

"Bagus juga. Akhirnya kawan aku ni nak kahwin. Kau Is bila lagi? Dah ada calon ke?" Mereka semua memandang Iskandar.

"Calon? Ada tapi dah nak kahwin. Aku patah hati je la. Lagipun aku nak puas-puas hidup membujang ni dulu lah." Terbeliak mata Nina mendengar apa yang di katakan Abang Sepupunya itu, di pandangnya Fuad berubah wajah Abangnya itu.

"Perempuan tu dah nak kahwin? Kau tu lembab agaknya sebab tu kau tak sempat. Tapi tak apalah banyak lagi perempuan di dunia ni kan." Iskandar hanya tersenyum kelat.

"Aku tahu siapa perempuan kau maksudkan tu Is." Tiba-tiba saja Julia muncul.

Bab 29

Aku tidak dapat melelapkan mataku. Kata-kata teman lelakinya masih terngiang-ngian di telinganya sewaktu Fuad menghantar Umi dan aku pulang. Aku menutup mukaku dengan bantal sambil ketawa bahagia.

"Hati-hati bawa kereta Fuad." Pesan Umi. Fuad hanya mengangguk. Umi pun berlalu masuk ke dalam rumah. Nina masih menunggu di dalam kereta.

"By, apalagi? By tak nak balik ke? Tu Nina dah tunggu tu." Fuad memandangku.

"Hmm? Kenapa ni?" Tanyaku lagi.

"Ney, By serius apa yang By katakan tadi. By nak suruh Mama Papa datang merisik. Ney tak menolakkan?" Aku memandangnya tanpa kelip.

Hari ini dah berapa kali orang-orang yang dekat denganku bercakap tentang perkahwinan. Pada mulanya Alya, Nina, Fuad sendiri dan juga kedua orang tua Fuad dan Umi.

Aku menarik tangan Fuad dan menyalam lembut tanganya seperti selalu kemudian memandangnya. Fuad masih memandangku menanti jawapan. Aku tersenyum dan mengangguk gembira. Fuad melompat kegembiraan. Nina yang menanti di dalam kereta pantas keluar melihat keadaan Abangnya begitu.

"Weehhh! Abang kenapa? Tak malu buat perangai begitu." Kata Nina. Fuad terhenti dan memandang Adiknya.

"Abang bahagialah sebab Ira setuju nak kahwin dengan Abang." Jawapnya acuh tak acuh. Aku ketawa kecil.

"Dahlah dahlah. Nina nak cepat ni. Nanti malam Nina ada dinner dengan keluarga Wan. Cepatlah Bang. Maaf ya Kak Ira tak masuk hari ni." Aku menggelang.

"Eyelah eyelah. Ney, By balik dulu. Love you." Aku hanya mengangguk. Fuad pun beredar.

***

"Eh eh tak boleh gembira sangat nanti lain pula jadinya." Kataku sendiri. Aku menoleh memandang bingkai gambarku bersama Fuad.

Sewaktu makan malam tadi aku sudah memberitahu Umi tentang lamaran Fuad. Umi gembira sangat dengan keputusanku.

Pada mulanya aku berfikir adakah keputusan ku ini betul atau tidak. Fuad belum banyak tahu tentang diriku begitu juga dengan aku, tidak semua aku tahu tentangnya. Lima bulan itu masih baru. Perkenalan kami pun tidak lama.

"Ah apasal aku ragu-ragu lagi, aku dah terima dia, tak kisahlah lama ke baru ke yang penting kami suka sama suka." kataku sendiri bagi melegakan hatiku. Aku memejamkan mataku memaksa diriku untuk tidur. Pada mulanya susah tetapi akhirnya aku terlelap juga.

Bab 28

Bilik Fuad.. 11:00 malam...

"Okey Abang cerita sekarang." Nina mengambil duduk di sisi Abangnya di atas katil. Fuad bingkas bangun dari katil kemudian membuka pintu memandang ke kanan kiri, memastikan tiada orang akan mendengar. Fuad menutup pintunya kembali.

Fuad tunduk kemudian berjalan ke kanan ke kiri berkali-kali dengan perasaan gelisah. Nina mengerutkan dahi kehairanan. Nina bingkas bangun mendekati Abangnya.

"Abang, kenapa dengan Abang ni? Risau pula Nina tengok Abang macam ni. Mari sini, Abang duduk dan relaks kemudian baru Abang cerita perlahan-lahan apa sebenarnya berlaku."

Fuad menarik nafasnya perlahan.

"Ada dua benda Abang risaukan sekarang. Pertama, tentang Julia." Fuad memulakan bicara. Nina baru teringat akan kehadiran bekas tunang Abangnya itu.

"Oh sebab Kak Jue. Abang, Kalau Kak Ira tahu tentang Kak Jue, tak apalah. Abang dengan Kak Jue bukannya ada apa-apa hubungan lagi kan."

"Itu Abang tahu tapi ini bukan masalah tahu atau tidak tahu, ni masalahnya sekarang Nina sendiri tahu macam mana perangai Julia kan. Bukan senang hendak kendalikan dia ni. Dah berapa kali Julia datang sini mahukan kami bersama kembali. Dua hari lepas dia datang sini lagi, Nina sendiri ada waktu tu, Jue cakap tentang kahwin pula. Dia masih berdegil. Abang takut Ira salah faham pula. Abang tak nak kehilangan Ira."

"Abang tak kisah kalau Ira tahu Jue tu bekas tunang Abang, itu memang patut dia tahu tapi apa yang Abang risau Jue akan buat sesuatu yang melukakan hati Ira. Nina faham kan maksud Abang?" Sambung Fuad lagi. Nina berfikir sejenak.

Memang benar gadis seperti Julia bukan senang hendak di kendalikan. Kalau dia mahukan benda itu, dia mesti dapatkan juga walau dengan cara apa sekalipun. Maklumlah anak tunggal, kesayangan ibubapanya. Dia teringat kedatangan bekas tunang Abangnya dua hari lepas mengatakan hasratnya ingin meneruskan pertunangan mereka dan bercakap tentang perkahwinan. Dah 'terbalik' agaknya dunia ni.

"Jue tak akan biarkan siapa-siapa menghalang hubungan kita ni. Fuad milik Jue. Jue tak akan biarkan 'perempuan kecil' tu merampas kepunyaan Jue."

Kata-kata bekas tunang Abangnya itu masih melekat di mindanya. Begitu dahsyat dan pelik. Berkali-kali Abangnya menerangkan kepada bekas tunangnya itu bahawa dia kini sudah mempunyai orang lain tetapi dia tidak peduli.

"Tentang Kak Jue nanti kita fikirkan macam mana nak selesaikan. Hal yang lain apa pula Bang?" Fuad mengeluh.

"Hmm... hal kedua yang buat Abang risau tentang Is pula." Nina terkejut. Sepantas itu juga dia memalingkan wajahnya dari memandang Abangnya.

"Takkan Abang dah tahu. Susah ni." Nina berkata dalam hatinya.

"Abang tahu Nina pun rapat dengan Is kan. Mesti Nina pun tahu atau 'perasan' dengan hal ini. Sejak sebulan lalu Abang rasa pelik tengok Is. Cara dia layan Abang dah lain. Abang cuba cari apa kesalahan yang Abang dah lakukan rupa-rupanya...Abang tak tahu adakah hal ni benar atau tidak, adakah ini cuma Abang yang terlebih fikir. Is sukakan Ira kan?" Nina semakin terkejut. Nampaknya hal ini bukan rahsia Abang Sepupunya dengan dirinya lagi.

Memang benar apa yang Abangnya fikirkan. Pada mulanya dia hairan melihat perubahan mendadak Abang saudaranya sehinggakan dia sendiri bertanya terhadap Abang sepupunya itu. Pada mulanya Abang sepupunya enggan berterus terang tetapi sudah di paksa barulah dia mengakuinya. Sejak Ira bersama dengan Abangnya, hubungan kami berempat agak rapat. Tapi entah bagaimana 'perasaan' itu hadir di hati Abang sepupunya itu.

Tetapi kalau di fikirkan dengan kebaikkan dan kejujuran hati teman wanita Abangnya itu tidak mustahil mana-mana lelaki akan menyukainya. Kalau harapkan muka cantik tapi 'hati buruk' tidak ada faedahnya juga kan.

"Abang tak tahu bila Abang dah mula sukakan Ira. Abang tahu ini salah tapi Abang tak mampu elak perasaan itu juga. Ada 'sesuatu' tentang gadis itu. Sukar hendak dihuraikan. Abang rasa Abang boleh faham kenapa Abang Fuad dan Hazrul menyukai Ira." Luah Iskandar.

Kata-kata itu masih dalam ingatannya.

"Abang tanya Nina ni. Betul tak kata Abang tu?" Fuad masih lagi bertanya. Nina tersedar dari dunia khayalannya. Nina bingkas berdiri.

"Dah.. dah.. malam Bang. Nina nak masuk bilik. Dah lewat ni. Nanti kita bincangkan hal ni lagi ya. Selamat Malam Bang." Nina pantas berlari meninggalkan Abangnya tanpa mempedulikan panggilan Abangnya. Kedengaran Abangnya mengeluh.

Nina resah dan kebingungan di balik pintu bilik Abangnya.

Bab 27

Acara pernikahan Alya dan Zimi berjalan dengan lancar. Kini kawan baiknya itu sudah sah menjadi Isteri Zimi. Aku bahagia melihat mereka. Saat-saat aku lalai memerhatikan gelagat Alya dan Zimi mengayakan bermacam-macam gaya mengikut arahan jurugambar, entah kenapa ketika itu aku seperti menginginkan apa yang berlaku sekarang pada kawan baiknya itu berlaku pada dirinya.

"Bila agaknya Kaka Ira dan Abang Fuad ni kahwin ye?" Nina tiba-tiba bersuara. Aku menoleh memandangnya dan tersenyum. Terkejut juga aku mendengar apa yang di katakan Adik teman lelakinya itu.

"Tidak lama lagi. Mungkin sebulan yang akan datang." Tiba-tiba saja Fuad muncul di belakangku. Fuad berdiri di sisiku sambil tersenyum memandangku. Aku hanya mampu membalas senyuman itu.

Aku tidak tahu adakah Fuad serius atau tidak berkata begitu.

"Serius Bang?" Nina masih membicarakan hal ini. Aku yang berdiri di tengah-tengah antara mereka merasa gugup mendengarnya. Fuad memandangku lagi. Aku semakin bingung melihat pandangan dan senyuman itu. Bagi mengelak semua itu aku dengan pantas menghampiri Tasya yang berdiri tidak jauh dari pelamin bersama Nizam.

Tasya, siapa tak kenal. Kalau bab-bab kahwin dia paling 'sibuk' cuba mengayakan pengantin dengan bermacam-macam gaya. Jurugambar pula ikut sekepala dengan fikiran dan idea Tasya.

Tasya dan Nizam kehairanan melihatku.

"Kenapa Ira?" Tanya Tasya. Aku cuma tersenyum menggelang. Aku bernasib baik kerana Tasya tidak bertanya apa-apa lagi.
Fuad dan Nina ketawa kecil. Mereka tahu gadis itu mengelak dari mereka berdua apabila mereka membicarakan hal perkahwinan.

"Abang serius ke? Mama dan Papa macam mana?" Tanya Nina lagi. Fuad mengangguk.

"Abang masih belum cakap hal ni dengan Papa dan Mama, nantilah Abang beritahu mereka tentang perkara ni. Abang tahu Mama Papa mesti dah tunggu lama tentang keputusan ni kan. Abang tak nak tangguh apa-apa lagi. Abang tahu hubungan Abang dengan Ira masih baru tapi.. Abang risau Nina." Fuad menandang teman wanitanya. Nina mengerutkan dahinya kurang mengerti.

"Apa yang Abang risaukan?" Belum sempat Fuad menjawap Zimi memanggil mereka berdua untuk bergambar bersama. Begitu juga dengan kami bertiga.

"Tak apa nanti kat rumah Abang cerita. Tu Abang Zimi dah panggil tu. Jom" Nina menarik tangan Fuad kemudian Fuad menarik tangangku pula naik ke atas pelamin. Seperti biasa, Tasya apa lagi sudah mula mengarahkan kami dengan 'gaya' yang dia mahukan. Kami mengikut saja dengan perasaan gembira.

"Fuad, cuba kau duduk dengan Ira kat kerusi ni. Ambil gambar. Manalah tahu menjangkit nak kahwin lepas ni kan." Usik Tasya.

"Lah.. kesitu pula Tasya ni. Ira tak nak..."Belum sempat aku menghabiskan ayatku aku terpandang Fuad sudah duduk di kerusi pengantin kemudian memandangku, Fuad memberi isyarat supaya aku duduk di kerusi yang berada di sisinya itu. Mereka yang lain tersenyum kemudian turun dari pelamin tersebut. Begitu juga dengan Alya dan Zimi. Aku enggan duduk.

"Alah tak payahlah macam ni. Alya dan Zimi kan pengantin. Biarlah mereka..."Alya memotong ayatku.

"Kami dah puas ambil gambar kat pelamin ni. Duduk je lah Ira. Cuma ambil gambar je." Fuad masih lagi memandangku. Akhirnya aku duduk di sisinya dengan perasaan malu. Mereka tesenyum.

"Apasal aku je yang kena usik ni." Kataku sendirian dalam hati.

"Alan, ambil gambar mereka. Ambil cantik-cantik tau." Arah Zimi kepada jurugambar yang di ordernya itu.

Tasya pun sudah mula dengan 'arahannya'. Kami hanya menurut seperti biasa.

Monday, 8 March 2010

Bab 26

Kini aku berada di rumah Alya. Hari ini adalah hari pernikahan Alya dengan Zimi. Akhirnya yang di nantikan oleh sahabat baiknya itu tercapai.

Aku memandang Alya yang sudah siap berhias. Memang cantik sahabat baiknya ini. Selama ini dia tidak pernah melihat Alya mengenakan apa-apa make-up di wajahnya tetapi hari ini, dia betul-betul kelihatan cantik.

"Cantiknya kau Al. Kalau Zimi tengok mesti dia bengang." Pujiku berbaur usikan. Alya tersenyum. Berkali-kali dia menghela nafas, aku tahu kawan baiknya itu mungkin merasa gusar apa yang akan berlaku sekejap lagi. Aku cuba menenangkannya.

"Tak lama lagi kau nak jadi Isteri orang Al, susahlah aku lepas ni. Eyelah lepas ni kau akan bertambah sibuk uruskan perihal suami."

"Apa pula susahnya. Walaupun aku dah kahwin kita tetap macam dulu."

"Tak samalah Al. Mungkin selepas ni kau susah nak tidur di rumah aku lagi, keluar dengan aku dan macam-macam lagi lah. Keseoranganlah aku lepas ni." Alya tersenyum.

"Keseorangan apanye. Fuad kau tu apa?"

"Fuad tu lain. Kau lain. Kau kawan baik aku. Semua hal tentang aku kau tahu semua tapi Fuad tidak."

"Kau kahwin je la Ira dengan Fuad tu. Tak adalah kau sunyi dan keseorangan lagi. Kalau kau dah kahwin dah tak ada bezanya aku dengan Fuad lagi."

"Kau ne cakap senang je. Hubungan kami masih barulah Al. Lagipun aku masih belum terfikir sampai ke situ. Tambahan pula Fuad pun tak ada respon apa-apa kalau Auntie Efa cakap tentang kahwin."

"Itu kata kau. Aku ada dengar Zimi cakap. Kan mereka tu kawan. Fuad rancang nak datang merisik kau. Maknanya Fuad sudah mula berfikir hendak kahwin dengan kau." Aku terdiam.

Sudah lima bulan aku bersama dengan Fuad. Dalam masa lima bulan itulah banyak benda berlaku dalam sekelip mata. Gembira, sedih, bahagia, hampa, marah dan bermacam-macam.

Dalam masa lima bulan itu aku merasa bahagia bersamanya. Fuad sering membuliku dengan bermacam-macam kerenahnya tetapi walaupun begitu aku tetap merasa bahagia. Keadaan itu membuatkan kami lebih rapat. Aku tahu Fuad bukannya sengaja membuat sedemikian.

Cakap tentang kahwin pula. Aku jadi bingung. Bukankah ini terlalu awal untuk menuju ke alam perkahwinan sedangkan hubungan kami masih belum lama.

"Ira.. Ira.." Panggil Alya mengejutkan lamunanku sekejap tadi. Aku tersedar.

"Kau dengar tak cakap aku tadi?" Tanya Alya kepadaku.

"Kau cakap apa Al?" Tanyaku kebingungan. Alya ketawa.

"Kau fikir apa Ira?"

"Hmm fikirkan cakap kau tadi. Aku tak readylah nak fikir bab-bab kahwin ni."

"Umur kau berapa?"

"23"

"Fuad?"

"27"

"Fuad dah 27 tahun memang patut dah kahwin. Kalau umur kau tu tak ada masalah bagi aku. Kau dah kerja pun, kan? Kau tak kasihan tengok Fuad tu?" Aku mengaru-garu kepalaku yang tidak gatal. Runsing memikirkan kata-kata kawan baiknya ini.

Tiba-tiba ibu Alya, Hajah Insan muncul di muka pintu bilik dan menyuruh Alya bersedia untuk keluar kerana pengantin lelaki sudah sampai. Seorang pengangun menemani Alya keluar dari bilik dan membawa ke ruang tamu di mana pihak pengantin lelaki dan keluarga pengantin lelaki berada. Aku turut menemani Alya duduk di sisinya.

Aku memandang wajah Alya, terpacar wajah gembiranya. Aku tersenyum. Bahagia melihat kawan baiknya sudah menemui kebahagiannya.